03 November 2008

Email kepada Pengarang Hiburan, Berita Harian

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...

SEMPENA DENGAN MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER INI, PENULIS INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN DENGAN JAYANYA.
SETIAP KESUSAHAN ITU PASTI ADA KESENANGANNYA.
SENTIASALAH KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T AGAR SEGALA PENAT LELAH DAN USAHA KITA SELAMA INI AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG BAIK.
INSAYA ALLAH.
USAHA+DOA+TAWAKKAL= KEJAYAAN (INSYA ALLAH!)


GOOD LUCK! GAMBATE! CHAYOK!

baru-baru ini juga, penulis ada menghantar email kepada pengarang berita hiburan, berita harian berkaitan dengan keadaan industri seni tanah air yang semakin hari semakin hilang keindahannya....

Tujuan penulis menghantar email tersebut bukan penulis ingin menunjuk yang penulis ini seorang yang baik, tetapi atas dasar kita sesama islam, harus saling bantu-membantu dan tegur menegur. samada diterima atau tidak itu bergantung kepada mereka yang membacanya.......








SALINAN EMAIL TERSEBUT:






Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuan/Puan Pengarang,

Saya seorang mahasiswa di salah sebuah IPTA di Malaysia. Saya selalu membaca akhbar Berita Harian, terutamanya ruangan Hiburan. Apa yang membuatkan saya terdetik untuk menulis kepada Tuan/Puan Pengarang, adalah kerana saya sudah rasa sangat meluat dan sakit hati dengan pelbagai peristiwa yang menjelekkan berlaku dalam industri hiburan kita pada hari ini yang melibatkan kebanyakkan artis-artis kita yang beragama islam.

Yang terbaru berkaitan dengan kes pelakon saudara Norman Hakim yang ditangkap berkhalwat bersama pelakon baru yang bernama saudara mimie.Untuk pengetahuan Tuan/Puan pengarang, saya tidak pernah sama sekali mengenali saudari Mimie sebelum heboh beritanya dengan saudara Norman Hakim. Dalam hal ini, saya tak salahkan 100% Norman Hakim mahupun Mimie, kerana masing-masing masih belum lagi dijatuhkan bersalah oleh mahkamah. Walaupun belum lagi dijatuhkan bersalah oleh mahkamah, saya rasa semua peminat di luar sana sudah pun membuat keputusan mereka sendiri, siapa yang bersalah dan siapa yang tidak!. Kalau ada kawan-kawan saya bertanyakan saya mengenai hal ini, saya sendiri pun sudah mempunyai jawapannya. Kerana saya berpendapat kes ditangkap khalwat sesama artis bukan baru di dalam dunia hiburan di Malaysia, malah dalam kehidupan kita pun perkara sedemikian berlaku.

Di sini saya ingin mencoretkan sedikit nasihat ikhlas saya kepada para artis yang betul-betul mahu memperjuangan seni, anda (para artis) perlu lihat kembali, apakah niat anda untuk menjadi seorang artis? Samada untuk menjadi popular semata-mata atau ingin mencari rezeki dan memperjuangkan seni tempatan. Kalau anda mahu menjadi artis hanya untuk menjadi popular, saya rasa lebih baik anda menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau pun bekerja di sektor awam sahaja. kerana kami diluar sana ingin melihat mereka yang betul-betul ingin memperjuangkan seni dan bakat.

Sekarang ini ramai anak-anak muda seperti saya yang ingin menjadi artis, kerana mereka berpendapat bila jadi artis mereka akan menjadi popular seperti mana Mawi dan Dato Siti Nurhaliza, kemudian, akan mendapat duit yang banyak, dapat beli kereta mewah dan sebagainya, tanpa perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Masuk sahaja Akademi Fantasia, One In A Million dan sebagainya, anda pasti akan menjadi artis walaupun anda diundi keluar pada minggu pertama. Mana tahu mungkin rezeki anda ada dalam bidang lakonan mahupun pengacaraan.

Oleh yang demikian, dengan pertambahan bilangan insan-insan yang ingin menjadi artis ini, maka industri seni tanah air juga mempunyai pelakon, penyanyi, pengacara yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Disebabkan itulah maka, timbullah kes-kes seperti artis kita berpakaian tak senonoh, bercium, bergambar separuh bogel walaupun dengan alasan untuk simpanan, khalwat, berzina dan banyak lagi ( tak terkata hendak dinyatakan satu-satu).

Kepada para artis, anda jangan melenting jika diri anda dijadikan buah mulut oleh masyarakat tentang perangai tak senonoh anda, kerana anda mesti ingat sebaik sahaja anda menjejakkan kaki anda dalam dunia artis ini, anda harus menerima segala-galanya. Jangan hanya pandai memberikan alasan bodoh seperti artis adalah manusia juga, tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kerana anda itu adalah manusia lah anda harus menjaga serta mengelak diri anda dari terjebak dalam hal-hal yang boleh merosakkan masa hadapan karier anda. lainla kalau anda haiwan, kami peminat pun tidak akan ambil tahu!

Lastly, dunia seni itu indah, tetapi yang membuatkan keindahan itu semakin pudar adalah orang seni itu senidiri. Untuk mengelakkan keindahan itu hilang, kita harus bertindak. Caranya tidak lain dan tidak bukan, kita harus mencantas artis yang menyebabkan keindahan itu semakin malap. Oleh itu, saya menyeru kepada semua peminat seni, wartawan hiburan, Produser, Penerbit drama dan sebagainya, marilah kita sama-sama memboikot artis yang benar-benar bersalah dan melakukan kesilapan. Tiada gunanya kita memberi peluang kepada mereka yang tidak mensyukuri nikmat tuhan ini. Industri hiburan kita tidak akan mati jika tiada mereka yang bersalah ini, malah masih ramai lagi mereka yang mempunyai potensi di luar sana yang mahu menjadi artis. Dengan memboikot mereka yang bemasalah ini, saya pasti masalah kebobrokan ini akan bekurangan.
jangan kita bagi muka kepada mereka yang tidak mensyukuri nikmat ini!

BOIKOT!!!!!!!!!

1 comments:

Anonymous said...

BURHAN HAI GUD LUCK EXAM
WWW.KOMUNITIKKIP.BLOGSPOT.COM