Adakah kerajaan persekutuan malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) akan jatuh ke tangan pembangkang pada akhir bulan ogos atau 16 september nanti? 
Ini adalah satu spekulasi yang sungguh menarik untuk dikongsi oleh kita sebagai mahasiswa-mahasiswi universiti. Bukan niat kita untuk mencampuri urusan politik negara atau melanggar AUKU yang telah digubal beberapa tahun lamanya, tidak sama sekali.Tetapi sebagai seorang mahasiswa yang peka terhadap keadaan semasa politik negara kita sekarang, apa salahnya kita berdiskusi secara ilmiah, adakah polemik yang sedang tersebar dengan luas ini hanya satu ramalan atau suatu perancangan yang telah disusun secara rapi dan hanya menunggu masa untuk bertindak?
Menurut Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Sri Anwar bin Ibrahim mengatakan bahawa ada ahli-ahli parlimen di negeri Sabah dan Sarawak yang akan memasuki pakatan rakyat untuk membentuk kerajaan di peringkat kebangsaan. Dato Sri Anwar menjangkakan kemungkinan pada 31 ogos nanti iaitu bersamaan dengan Sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51 atau pada 16 september sempena sambutan hari penubuhan Malaysia. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak menjelaskan BN tidak akan menganggap perkara ini sebagai satu perkara yang remeh. kerajaan Barisan Nasional akan melakukan apa yang sewajarnya bagi menggelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
Jika kita melihat dari segi asasnya, kenapa BN yang telah memerintah negara kita selama 50 tahun dengan melaksanakan pelbagai pembangunan dan kemudahan kepada rakyat, tetapi semasa pilihan raya umum ke-12 telah ditolak oleh rakyat dengan kemenangan 5+1 negeri kepada Pakatan Rakyat? Inilah yang perlu kita selidiki dan kaji secara mendalam. Kita perlu timbulkan pelbagai jenis persoalan untuk menjalankan proses muhasabah ini. Soalan pertama yang perlu kita suarakan ialah mengapa BN boleh kalah sedangkan BN mempunyai banyak kubu kuat? apakah masalahnya? kenapa begitu dan begini?. Inilah jawapan ataupun solution yang diberikan dan yang selalu dikatakan oleh Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir Mohammad " If you lose you way, go back to the beginning", BN perlu menyiasat serta melakukan post mortem secara mendalam bermula dari A hingga Z. Di peringkat akar umbi parti, apa masalah yang wujud? Adakah pemimpin yang dipilih adalah korup atau seorang yang tidak bersih dari melakukan sesuatu yang bertentangan dengan normal kehidupan manusia seperti tingkah laku yang tidak sopan, membuat maksiat dan sebagainya. Kemudian dari segi memberi khidmat serta kebajikan kepada rakyat, adakah rakyat mendapat kebajikan yang sepatutnya? adakah rakyat miskin semakin berkurang atau semakin banyak para pemimpin yang menjadi kaya-raya? Semua persoalan ini perlu diselesaikan secara berhemah dan  wajib dilakukan dengan pelaksanaan solusi yang diterbitkan.
BN juga perlu melihat cara serta modus operandi yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, mereka mementingkan kebajikan rakyat. kebajikan rakyat menjadi nadi utama pejuangan mereka. Walaupun negara kita mempunyai bangunan yang tinggi tetapi kebajikan rakyat diabaikan ia ibarat kita makan nasi tetapi tidak merasai kekeyangannya.
Hanya waktu dan masa yang menentukan! kita tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku pada dua atau tiga bulan kemudian. mana-mana parti yang memerintah, bagi saya selagi kebajikan rakyat dijaga, hak rakyat diberikan dan sebagainya, itulah kerajaan yang sepatutnya.Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat adalah hanya pada nama, mereka tidak salah, tetapi yang menentukannya buruk atau baik adalah hanya orang-orang yang melaksanakan misi serta visinya secara betul.
Kepada kawan-kawan, apa pula pendapat anda semua? Jangan malu dan segan untuk memberikan pandangan kita sebagai seorang mahasiswa."Mahasiswa Pemangkin Ummah" itulah motto MPP UMS sesi 2007/2008. kita merupakan pemangkin kepada ummah.
Oklah, kita sambung lagi topik panas ini pada masa akan datang...jangan lupa untuk saudara dan saudari sekalian memberikan pendapat!!!
Selamat meneruskan kehidupan anda!!!
26 April 2008
Pilihan antara donut dan dorayaki, atau nangka dengan cempedak? itulah politik kawan2!!!
Posted by NIVYANFAZZA at 11:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

0 comments:
Post a Comment