Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersedia dan sanggup memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri jika mendapat sokongan wakil-wakil BN yang melompat parti khususnya di Sabah dan Sarawak. 
Beliau bagaimanapun tidak memaksa wakil-wakil rakyat BN di Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan Rakyat. 
"Saya juga tidak pasti bila mereka akan menyertai Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui wartawan selepas sidang media atas kunjungan bapa Altantuya Shaariibuu di pejabatnya semalam. 
Katanya mereka yang hendak lompat parti dan mahu menyertai Pakatan Rakyat hendaklah dengan niat untuk meninggalkan parti perkauman serta mahu menegakkan keadilan. 
Kelmarin ketua umum KeADILan Dato' Seri Anwar berkata, beberapa ahli parlimen BN di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September. 
Anwar berkata, apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang. 
sumber: harakahdaily.net
25 April 2008
Saya bersedia jadi PM jika ada sokongan - Wan Azizah
Posted by NIVYANFAZZA at 4:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

0 comments:
Post a Comment