26 April 2008

SELAMAT HARI IBUThe people behind me- My beloved parents!!! i love u all so much!






Assalamualaikum...
sihat semua??? harap-harap anda sihat selalu...hehe...
saya 2-3 minggu ni sibuk sikit dengan exam final...fuh... letih....tapi inilah yang dinamakan kehidupan...nak tak nak kita tetap kita teruskan hidup..hehe...yang penting kita enjoy!!!
kali ini, saya akan bercerita pula mengenai orang-orang yang menjadi backbone saya dalam menjalani kehidupan didunia ini. tujuan saya menulis warkah ini, bukanlah untuk menunjuk kepada orang ramai tentang keluarga saya..bukan, tidak sama sekali...tapi inilah bagi saya cara untuk saya berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan semua...keluarga saya bukan keluarga yang sempurna...bukan keluarga kaya...buka juga keluarga yang popular...tapi Alhamdulillah kami sekeluarga hidup bahagia walaupun kadang-kadang badai datang menimpa...inilah lumrah kehidupan...lagipun sedangkan lidah lagi tergigitkan!
ayah saya bernama ISHAK BIN DAUD. dia seorang yang amat tegas dalam mendidik anak-anaknya. dia bekerja sebagai pegawai JASA, Kementerian Penerangan Malaysia. kalau kamu semua ingin tahu, saya pernah dirotan oleh bapa saya.bukan sekali,bukan dua kali, mungking lebih 5 kali kot. tipa kali lepas kena rotan, saya cakap tak sayang ayah saya, saya benci dia. tapi bila dah lama sikit, sayang balikla...hehe..( budak2 biasalah....).Banyak yang saya telah belajar dari ayah saya, tentang kehidupan, belajar mengaji Al-quran, belajar memandu kereta (walaupun laggar orang! kecian...)dan sebagainya. tapi apa yang paling saya tabik kat ayah saya bila dia kata no, nobody can say yes! even my mom. tegaskan! tapi itulah yang membuatkan saya ingat dia selam-lamanya. ayah saya ni seorang yang minat sangat pasal politik. that's whyla dia keje kat kementerian penerangankan!..(propanganda kot!... orang tua2 selalu cakap kemana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasikan! disebabkan ayah saya selalu membawa saya pergi ke majlis yang berorientasikan politik, menyebabkan saya pun terpengaruh...jadi saya pun minat politik gak..(selalu gak bertekak dengan dia pasal politik kat dalam keta, selamat dia tak halau kuar dari keta...hehe...)..walalupun dia seorang ayah yang baik, tetapi sebagai manusia dia juga melakukan kesilapan, sehinggakan saya pernah tidak bertegur sapa dengannya..sehinggakan birthdaynya pun saya tak wish..,marah gler!
tapi bila dah kawan2 bagi nasihat, barulah saya fikir kembali, siapa saya sebenarnya hendak membenci ayah saya sendiri? dia yang bagi duit dan segala-galanya yang saya minta..kesalahannya memang amat berat untuk kami sekeluarga terima kerana ayah saya telah berkahwin lagi. tapi itu hak dia, selagi dia mampu dan berlaku adil, apa salahnya..lagipun bukan dia menyisihkan kami sekeluarga. kasih sayangnya tetap sama dan tidak berubah....Insya Allah. saya sebenarnya patut bersyukur mempunyai seorang ayah yang baik, ada dikalangan kawan2 saya yang tidak mempunyai ayah, malah tidak sempat mengenal wajah seorang ayah...ya Allah aku bersyukur padaMU...
ibu saya pul bernama WAN ROHANI BINTI WAN MAT AMIN.seorang wanita yang amat kental. suka berbisnes. kedai runcitla, restoranla...itulah kejenya sehingga sekarang.ligat dan aktif, tidak mengenal penat dan lelah. walaupun dia terpaksa bangun seawal jam 4 pagi, dia tetap mempunyai semangat yang tinggi. i love u mum! walaupun hatinya terguris dek kerana ayah saya berkahwin lagi, dia tetap tabah menghadapinya. tiada apa yang perlu ditangisi selagi anak2 bahagia, keluarga bahagia, itu sudah cukup membuat hatinya terubat! saya amat rapat dengan ibu. walaupun dia menyorok kesedihan, tetapi sebagai seorang anak kita dapat menangkap perasaan di hatinya.
dan ALhamdulillah keluarga saya hidup bahgia...walauapapun yang berlaku keutuhan keluarga tetap akan dijaga.(ibu saya seorang yang pemalu, jadi dia tidak suka sangat bergambar, kecuali untuk gambar passport...jadi gambarnya tidak dapat di postkan kesini)
jadi kawan-kawan, hargailah kedua ibu bapa kita.bantulah mereka, hargailah mereka, dan sayangilah mereka selagi mereka masih lagi berda di dunia ini. janganlah kita pula menyesal di kemudian hari....

selamat menyambut HARI IBU kepada ibuku dan kepada semua insan yang bernam ibu di dunia ini. semoga segala pengorbanan anda semua akan dirahmati oleh pencipta yang Esa.
wassalam.

0 comments: