04 May 2008

Hajat Umi Slaia tidak kesampaian~ibu Umi AZLIM






PASIR PUTEH - "Kalau boleh, dia nak tengok sangat Along (Umi Azlim Mohamad Lazim) dibebaskan''.

Begitulah luah Mohammad Lazim Jusoh, 51, mengenai hasrat terakhir isterinya, Umi Slaia Ibrahim, 46, namun ia tidak kesampaian apabila Umi menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Zainab II, Kota Bharu pada pukul 6.30 pagi semalam.

Umi Slaia meninggal dunia selepas menghidap penyakit barah leher sejak dua bulan lalu.

Mohamad Lazim berkata, meskipun penyakit kronik itu 'menghantui' Umi Slaia, namun ingatannya tetap kepada Umi Azlim dan dia kerap bercerita untuk pergi ke China bagi mendengar sebutan semula kes dadah yang melibatkan anaknya itu yang mesra dengan panggilan Along.

"Sepanjang hayatnya, dia sentiasa berdoa agar Umi dibebaskan dan sentiasa melakukan solat hajat dan dia tetap yakin Umi Azlim mempunyai harapan yang cerah untuk dibebaskan kerana tidak bersalah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Umi Slaia menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suaminya bersama-sama empat anaknya kecuali seorang anak yang masih menuntut di Universiti Medan, Indonesia dan Umi Azlim yang berada di penjara negara China

Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Khamis, dekat sini pada pukul 5 petang ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mengenai Umi Azlim yang ditahan sejak 19 Januari lalu atas kesalahan membawa masuk heroin seberat 2,983 gram.

Anak sulung daripada enam beradik itu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou pada 15 Mei lalu setelah menjalani hukuman penjara kira-kira lima bulan.

0 comments: