Assalamualaikum sahabat semua,
1.   Lama betul rasanya penulis tidak mencoretkan sesuatu di halaman blog ini, Betullah apa yang dinyatakan oleh saudara/ri cekodok yang memberi semangat kepada penulis untuk selalu update blog ini...penulis ingin memohon seribu keampunan disebabkan penulis sudah lama tidak mencoretkan sesuatu untuk tatapan pembaca sekalian, ini adalah disebabkan penulis agak "sedikit" sibuk dengan pelbagai program universiti seperti BULAN KEMERDEKAAN UMS 2008, DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2008, HARI KELUARGA KKIP 2008 dan juga SIFE UMS. Tapi penulis akur dan sedar, dalam kita berjuang untuk mencapai sesuatu matlamat, kita harus 'mencari' serta 'mencuri' juga sedikit walaupun tidak banyak masa kita untuk sesuatu yang amat penting.
2.   Hari ini terdetik dihati penulis ingin berbicara berkenaan dengan aktiviti kemahasiswaan yang telah atau sedang mahupun akan dilaksanakan di Universiti Malaysia Sabah ini, adakah  sebenarnya satu kebaikan, pembaziran atau keterpaksaan? Ini adalah persoalan yang perlu kita kupas secara lebih mendalam. Dalam kita berbicara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan ini, penulis berfikir perlu juga untuk kita membincangkannya dalam skop yang lebih luas tanpa menyalahkan mana-mana pihak samada pihak atasan mahupun mahasiswa itu sendiri.
3.   Penulis hari ini mengkonsepkan aktiviti kemahasiswaan ini adalah sebagai segala aktiviti yang dilaksanakan di Universiti Malaysia Sabah yang dianjurkan samada oleh MPP, JAKMAS, atau Persatuan yang wujud di bawah PMUMS.
4.    Persoalan yang bermain di minda penulis pada masa ini ialah, adakah aktiviti kemahasiswaan ini memberikan kebaikan kepada pelajar? atau hanya satu pembaziran ataupun satu keterpaksaan sahaja! penulis berkata demikian kerana
      1. Kebanyakkan atau majoriti aktiviti kemahasiswaan yang dilaksanakn kurang   dapat menarik minat mahasiswa untuk mengambil bahagian.
      2. Peratusan yang hadir untuk sesuatu program adalah ditahap yang kurang memberangsangkan. sehinggakan sesuatu program itu terpaksa meWajibkan AJK untuk menghadirkan diri, jika tidak tindakan akan diambil!!!
      3. Ada sesetengah AJK sesuatu program tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sepenuhnya. Sekadar hanya melepas batuk ditangga.
5.    Pemikiran penulis semakin bercelaru memikirkan hal di atas, apakah sebab utama hal berkenaan berlaku? Adakah ini disebabkan aktiviti tersebut tidak ada disediakan cop passport? atau tidak disediakan makanan mahupun pengangkutan? Maka mahasiswa membuat kesimpulan, baik tak payah datang daripada nanti akan timbul pelbagai masalah,s eperti tiada pengangkutan untuk pulang dan sebagainya...Apakah peranan  yang telah dilakukan oleh MPP dalam menangani permasalahan ini? adakah hanya diam seribu bahasa, ataupun telah dilakukan 'remedy' yang sepatutnya???
6.    Penulis mengatakan sesuatu program tersebut adalah satu pembaziran kerana majlis dan aktiviti yang dianjurkan hanya berjaya menarik hanya sedikit atau segelintir sahaja pelajar untuk menghadirkan diri ke program tersebut, pembazirannya ialah kos untuk merealisasikan aktiviti tersebut adalah tinggi ekoran kenaikan harga minyak dipasaran, seperti kos untuk pengangkutan, pengurusan aktiviti dan juga makanan.
 
7.    Penulis ambil contoh satu aktiviti, ceramah di Kolej Kediaman Indah Permai baru-baru ini, berapa ramaikah yang datang untuk memeriahkannya? Sehinggakan makanan yang disediakan banyak berlebihan. Penulis juga faham untuk mengukur keberkesanan sesuatu program tidak semestinya dinilai dari segi berapa ramai kehadiran mahasiswa tetapi diukur dari segi objektif aktiviti tersebut tercapai atau tidak. Tetapi sedar atau tidak, bilangan mereka yang menjadi sasaran untuk sesuatu program adalah satu kaedah untuk kita mengukur keberkesanan objektif tersebut. Bagi kita hendak membuat perangkaan statistik, kita memerlukan data yang empirikal sebelum inferens dan hipotesis dibuat, selepas itu samada menggunakan t-test ataupun Anova, terpulang berdasarkan jeni data yang diambil, kemudian barulah kita boleh membuat kesimpulannya, samada objektif dicapai atau tidak!
8.    Penulis berpendapat program mahasiswa ini sebagai satu keterpaksaan kerana, aktiviti tersebut wajib dilakukan setiap semester mahupun tahun...iaitu sudah termaktub dalam kalender universiti. Bagi penulis bagus kalau program tersebut hendak dijalankan setiap tahun selagi ianya memberikan banyak kebaikan kepada pelajar. jangan pula disebabkan ianya aktiviti wajib universiti, kita membuatnya ala kadar atau seperti melepas batuk di tangga....Sepatutnya program ini perlu ada perubahan setiap tahun ataupun diberikan nafas yang baru tetapi objektif yang hendak dicapai adalah sama...
9.    Dalam kita membincangkan hal yang cukup rumit ini, adalah lebih  elok kiranya pihak MPP membuat satu 'research' ataupun 'survey' dengan mengedarkan 'questionaire' kepada para pelajar untuk mendapat respon berkaitan penglibatan mereka dalam sesuatu program. Barulah satu tindakan yang empirikal dapat diambil.
     Jangan lupa, setiap permasaalahan sudAH diciptakan penyelesaiannya....hanya bergantung kepada diri kita untuk mencarinya....jika cara dan kaedah yang betul  digunakan untuk mencarinya...saya yakin dan percaya, ianya akan dapat diatasi...InsyaAllah...
Wassalam.....
"KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN"
05 September 2008
AKTIVITI MAHASISWA, SATU KEBAIKAN ATAU PEMBAZIRAN? ATAUPUN SATU KETERPAKSAAN???
Posted by NIVYANFAZZA at 11:30 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

8 comments:
suke blog ko..
kemas^^
thanks sue, suka kau bcoz pandai puji orang...huhu.....
hehehehe berbangga penulis termotivasi dgn kata2 saya.
n spt biasa, bila dah suka melawat blog, i will leave the blog wif a "memory" (a comment)
bg saya, mana-mana aktiviti yg dianjurkan tak kira di uni @ mana-mana, ada manfaat n tak da manfaat di sebaliknya. yg org suka g ialah prog yg kurang atau tak de manfaat. btl tak?
pihak2 penganjur dah promosi tahap gaban, lekat poster lawa2, tampal sana-sini. prog dah cantik, tp penganjur tak leh paksa org dtg. tu jak.
baru td ayah tepon,complain psl ahli persatuan dia x nak dtg mesyuarat agung peniaga kecil. tgk? ini adalah realiti dimana2.
so, my answer is simple:
bukan keterpaksaan atau pembaziran.
diorang hanya menjalankan t/jwb diorang.
ats pada kita (audience) utk g atau tidak.
spt biasa, ni hanya komen dari sebiji kuih cokodok yg kecil.
p/s: kalu tgk kuih cokodok (yg btl2), igt saya (cokodok) tau?
salam saudara/i cekodok yg dikasihi....
penulis memang tidak nafikan itu tanggung jawab pihak tertentu untuk membuat atau menjalankan program...tetapi adakah disebabkan tanggung jawab ini kita teruskan juga program yang tidak mendapat sambutan....lastly kita dapat banyak kerugian darpd manfaatnya...persoalan: bertanggungjawab atau tidak kalau program tersebut kerugian? kalau dah tau program tersebut tak mendapat sambutan, buatlah aktiviti lain yang mendapat smbutan dan bermanfaat...
persoalan tak boleh paksa orang atau tidak, ini memang betul, kita takleh paksa orang, bagi non muslim kita takleh paksa mereka masuk islam...ini bukan persoalan untuk menutup kelemahan...
thanks cekodok!!!!
cekodok akan tetap diingati sepanjang bulan puasa ni...hehe...
KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN
burhan..
blog ni khas untuk memaki kau yang bodoh....
p/s taik lalat kat hidung ko dah buang ker???????????/
hehehe panas betul blog penulis
mau jugak membalas. boleh kan?
saya faham. kalu sesebuah organisasi buat prog, tak dpt sambutan kita cancel jak. sbb, byk kerugian.
jadi,kita truskan buat prog yg byk dpt sambutan. tp penulis, prog yg byk dpt sambutan bkn prog yg bermanfaat tp prog yg melalaikan (bg saya la)
compare "prog hujan n anuar zain" dgn "prog MEKAR n gotong royong". mana lbh dpt sambutan n mana lbh bermanfaat?
hujan yg tak beri ilmu atau manfaat (nyanyi jak pun, bukan nyanyi lagu berilmu pun) tp byk sambutan. walhal prog MEKAR psl kesedaran kanser kpd mahasiswa ada org dtg? tak de. mgp dipaksa? pihak uni mahu sgt2 mahasiswa sedar akn masalah kanser.
kadang2, kita terpaksa paksa utk memberi kesedaran. kalu nak harap buat prog yg hanya memberi sambutan, boleh. tp prog2 tu krg memberi manfaat. ok ka?
bg saya, tidak!
(walaupun sy adalah atr org2 yg mls trn kalu ada prog yg dijalankan uni... hehehe teruk kan?)
tp still saya rasa, harus n perlu prog2 tu.
a small opinion from a small kuih.
thanks to all comentators...
saudara anonymous: thanks for the opinion, that is ur opinion, mayb we got a personal problem between us...let's see face to face to settle it down...this is fasting month, so it isn't good to us squarel like this....don't worry i know who u are! don't ask me how i got it,thanks again for that comments1 sooooo hot!!!! whenever u see me at UMS , don'y forget to say 'hello' to me...
to cekodok : penulis sedar n tahu, kebanyakkan program yang mendapat sambutan ialah program yang kurang dan adakalanya tak memberi manfaat langsung kepd mahasiswa. penulis cadangkan progra yang tak mendapat sambutan itu diganti dgn program lain yang bermanfaat juga, ataupun pihak penganjur boleh membuat penambahbaikan terhadap program tersebut... contohnya program MEKAR tersebut, pihak penganjur boleh anjurkan pertandingan atau games atau tayangan video yang boleh attrac mahasiswa untuk menghadirkan diri mereka....
penulis akan kupaskan lagi isu ini diamsa hadapan dgn lebih jelas...
thanks again..
THIS BLOG IS ALL ABOUT MY OPINION...FOR THOSE THAT DON'T UNDERSTAND THE PURPOSE I CREATED THIS BLOG, I HOPE U WILL UNDERSTAND!
MAY ALLAH BLESS YOU ESPECIALLY MR. ANONYMOUS, BECAUSE I KNOW HIM WELL.....
'KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN'
tu la ko burhan.. Tahi lalat kat idong ada lg x? Kalu ada lg, bila aku jumpa ko kat ums bru aku say hello ok? Kalu xda, xnk tegor la.. Gua kangen banget aja! Kakakakaka..
Post a Comment