
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah pilihan raya kampus telah menutup tirai dengan jayanya. Tiada apa-apa masalah yang besar serta boleh mengugat keamanan terjadi. Alhamdulillah kesyukuran dipanjat.
Dalam pada penulis sedang asyik meraikan kejayaan sahabat dalam PRK baru-baru ini, penulis telah diuji oleh yang Esa dengan ujian yang seharusnya penulis sedar dan menginsafinya.
Pada 26/10/2008, dalam jam 6.40 petang penulis telah kehilangan dompet kesayangan beserta dengan MYKAD, Kad Matrik, kad-kad bank, kad kredit, kad-kad ahli seperti KFC, SERVAY, TESCO dan duit berjumlah RM 100.
Penulis ibarat hilang segala-galanya, ibarat hilang punca. kosong!
Tanpa membuang masa, penulis telah membuang laporan polis di Balai Polis Alam Mesra pada 27/10/2008 untuk membuat MYKAD yang baru. Inilah hadiah sempena DEEPAVALI kepada penulis, Hehe....
pada 28/10/2008, penulis akan ke Balai Polis Karamunsing untuk tindakan lanjut. Ini disarankan oleh Pegawai Polis disana.
Penulis berasa sedih dan kecewa dengan kewujudan budaya pickpocket yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, terutama di Taman Indah Permai. Ini mungkin disebabkan oleh kewujudan ramai pendatang tanpa izin (PTI) di negeri Sabah,  sehinggakan susah untuk mereka mencari sesuap nasi, hanya  mencuri kudrat terakhir mereka untuk mengisi perut.
Bersempena dengan kejadian ini, penulis ingin menasihatkan kepada rakan-rakan pembaca agar berhati-hati dengan dompet anda, terutama lelaki yang suka meletakkan dompetnya dipoket belakang. Duit boleh dicari, tetapi IC lambat untuk diperolehi. Jadi sayangilah dompet anda!
KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERAGAMA HINDU, SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI NAL VALTHUKHAL! LIMPAHLAH CAHAYA KEAMANAN KITA DENGAN CAHAYA PERPADUAN!!!!
KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN
27 October 2008
Ujian yang harus dilalui.....tabahkan hati....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

2 comments:
kesiannya...harap2 dapat jumpa balik la...
thanks kak su..
insaya Allah
amin!!!
Post a Comment