Assalamualaikum dan salamat sejahtera.....
Erti sebuah kehidupan, apabila lakaran seindah fatamorgana....
20 OKTOBER 2008
PENAMAAN CALON BAGI KERUSI UMUM DAN SEKOLAH....
Bermula dengan satu rasa rendah diri, diri ini cuba mengagahkan diri walaupun terasa diri ini sesangat kerdil. Diri ini rasa tanpa sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak tidak mungkin diri ini akan teruskan. Semua orang yakin akan kekuatan diri ini. Alhamdulillah, salah satu proses yang amat penting dalam pertempuran ini, sudah pun selesai, walaupun diri ini terlalu takut jika ada kejadian luar duga akan berlaku. Diri ini memang sudah ditakdirkan untuk bertanding kali ini. Bermulala perang yang sebenar...
21-22 OKTOBER 2008
KEMPEN BERMULA DI SELURUH TANAH JAJAHAN UMS, PERANG BEGITU SENGIT....
Diri ini telah mula mengorak langkah, segala persiapan dan perancangan yang diatur sebelum ini bakal digunakan sebagai modus operandi dalam peperangan ini.Ngauman suara-suara reformasi bersahutan di tanah jajahan ini. Diri ini semakin sibuk, diri ini semakin takut, diri ini semakin bertambah keyakinan diri. Rakan-rakan sentiasa dibelakang, rakan-rakan sentiasa dihadapan dan dimana sahaja untuk membantu diri ini. Diri ini harus membuat yang terbaik demi tanah jajahan ini dan juga rakan-rakan diri ini. Diri ini sentiasa memberikan senyuman keyakinan kepada rakan-rakan. Rakan-rakan bertambah semangat keberanian...
23 OKTOBER 2008
HARI PEMILIHAN DAN KEPUTUSAN
8.00 PAGI- 5.00 PETANG
Takut dan berdebar-debar diri ini, semakin tinggi mencapai setinggi Gunung Kalimanjoro. Diri ini rasa kerdil dengan rakan-rakan sepercalonan. Gugup, rimas itu bukan halangan buat diri ini. Senyuman tak lekang di bibir adalah senyuman penawar dihati. Diri ini memberi harapan, rakan-rakan realisasikan impian dalam menuju puncak kejayaan. Berduyun-duyun datang memberi impian kepada diri ini dan juga rakan sepercalonan, apa yang hanya diri ini dapat lakukan disaat-saat genting ini ialah doa kepada yang Esa. Semoga ianya seperti apa yang didoakan.
8.00 PETANG- 1.30 PAGI
Tibalah masa yang ditunggu-tunggukan. Diri ini tidak senang duduk. Di sana sejuk, di sini sejuk, dimana-mana semuanya sejuk. Itulah keadaan medan peperangan, Dewan Canselor di tanah jajahan ini. Sambil diri ini membilang nasib diri, proses pengiraan harapan juga seiring berjalan. Majoriti, minoriti semua akan diketahui pada malam yang sungguh aman ini.
KEPUTUSAN
Diri ini menadah tangan tanda kesyukuran, peperangan sudah selesai akhirnya, 7 orang pemenang telah dipilih oleh pemberi harapan.Diri ini bersyukur kepada yang Esa. Gembira luaran, berat di hati memikul bebanan, harapan dan perubahan. Tetapi, diri ini yakin dengan dorongan dan sokongan rakan-rakan pemberi harapan, bakal meringankan beban. Dengan undian sebanyak 4902, diri ini berasa amat bersyukur kepada Tuhan. Diri ini akan terus membawa bakti selaras harapan rakan-rakan yang memberi harapan. Bukan populariti mahupun materialiti yang diri ini pinta. Doa dan sokongan kepada diri ini agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan tanpa melupakan anda sekalian.
* diri ini adalah SAUDARI MASTURAH BINTI MOHD. NADZARI
Penulis ucapkan tahniah kepada sahabat penulis ini kerana berjaya memenangi pilihan raya kampus kali ini. Tidak dilupakan juga penulis ucapkan tahniah kepada semua calon-calon yang lain yang juga telah memenangi pilihan raya ini. Tahniah penulis ucapankan!
Kerusi Umum (7 orang sahaja)
1) Masturah binti Mohd. Nadzari – 4902 (menang)
2) Azrul bin Ibrahim – 4788 (menang)
3) Hafiza Syafika binti Mohd. Fekeri – 4362 (menang)
4) Stephanie Yap Su Zhen – 4333 (menang)
5) M. Fazlurrahman bin M. Yusof – 4185 (menang)
6) Nurul Aishyah binti Mohamad – 4184 (menang)
7) Azhar bin Harun – 3771 (menang)
Penulis harapkan, jadikanlah kemenangan yang diberikan oleh rakyat UMS ini sebagai satu tanggung jawab yang harus direalisasikan. Jagalah kebajikan rakyat UMS. Janganlah kita berbangga dan tinggi diri apabila berada dipuncak kuasa.
when we be in the sky, we need to look at the earth.
KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN
24 October 2008
Kemenanganmu, Kejayaan semua....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

16 comments:
salam segala salam... kak su... u make me want to cry again and again... T_T
di sini saya, masturah mohamad nadzari.. ulang taipan.. masturah mohamad nadzari... calon no 3.. PRK UMS MPP 08/09, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan2 yang sering membuatkan diri ini terasa begitu berharga...
diharapkan sokongan yang padu ini terus diberikan buat diri ini sampai bila2....
buat kaksu yang sentiasa menyokong.. jasamu ku kenang hingga ke syurga...
MAS SAYANG KAKSU!!!! KAKSU MANTAP!!
~masturah mohamad nadzari~
diri ini.....
salam segala salam... burhan... u make me want to cry again and again... T_T
di sini saya, masturah mohamad nadzari.. ulang taipan.. masturah mohamad nadzari... calon no 3.. PRK UMS MPP 08/09, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan2 yang sering membuatkan diri ini terasa begitu berharga...
diharapkan sokongan yang padu ini terus diberikan buat diri ini sampai bila2....
buat burhan yang sentiasa menyokong.. jasamu ku kenang hingga ke syurga...
thanx for the lollipop k.. hehe
~masturah mohamad nadzari~
diri ini.....
mas, u always the best!!!
make the hope that have been given to u by us, as a motivation to make a change!!!
you are much welcome mas!!!!
lollipop is urs!!!
haha.....
Mas Dgreat!!!
keep be urself forever!!!!
jom ziarah http://onpaperkini.blogspot.com/
ni ape la nie, sesi berterima kasih ka nieh??!!!
kak su korang tu memang, dia nak balas ape yang dia tak dapat dulu... huhuhuhu
kepada mas yang akan lawat lagi page ni, tahniah! janganla lupakan kami kat bawah ni.
balanja la sekali-sekala dan....
LOLIPOP SATU!
buat kak su, jangan dok buat mende lain je, asignment jangan lupe...
minta si mas bagi budget tambahan kat program mu gi indon kay...
jgn lupe bawak ku sekali...
burhan...
bile nak balanje aku lagih??!!
aku da ajak hani gi tgk wayang ngan ko sekali, nanti kita pilih tarikh sesuai kay...
tAuFiQuE N.K.
bila-bila je abang taufiq!!!
haha..
tgk wayang ke nak gi LASBELLA...
bukan boleh percaya dengan pak cik ni...
haha............
salam segala salam..masturah...
jangan menangis lagi...(",)
kasihmu diterima...tahniah atas kemenangan..penat lelah kita dah berbalas...Harap lepas ni dapat jalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik...
Akak sentiasa menyokong apa yang mas lakukan...u are the best girl..
Akak sayang Mas juga...
-Norshuhada Kareem-
Buat Burhan...
Terima kasih kerana turut membantu dan memberikan sokongan kepada Mas..Kejayaannya lebih bermakna dengan adanya sokongan kalian semua..
Thank a lot
Buat TaufiQ..
Anda adalah teman yang paling memahami...
Betul la tu...Su nak pastikan apa yang su tak dapat dulu...Mas akan dapatkan...dengan cara yang adil..
Tima kasih juga kerana sudi menjadi sebahagian daripada orang penting dalam team kita..Semoga kita dapat bekerjasama lagi..
Sekarang mmg tengah bertungkus lumus menyiapkan asgment yg tertunggak...hehe..
Thank a lot..
u are much welcome kak su!!!!
T_T..uwaaaa... doakan diri ini kuat dan mantap dalam perjuangan!
mas
chaiyok3x burhan...teruskan perjuangan hidupmu...
thanks Cton.87 coz lawat blog penulis...huhu....
harini diri ini dgr ade yg tak senang n tak leh tutup mulut dr ckp2 bende yang sungguh mngecewakan diri ini..
sgt2 frust.. kenapakahhhhh???
bengang plak ann..
m
alah, kalau rajin tu buka blog kite sekali...takkanlah, satu sekolah pun tak kenal kot???
anonymous: nape saudara/suadari anonymous? siapa gerangannya tu....
c.ton87: bagilah alamat blog, pasti diri ini akan membukanya....
Post a Comment