22 October 2008

PILIH JANGAN TAK PILIH....



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Salam perpaduan dan salam pilihan raya kampus....

Dalam kita membuat penilaian, siapakah calon yang patut diundi, kita harus melihat kepada beberapa skop yang penting.

Bagi penulis ianya amat penting, kerana ini akan membawa kepada jatuh bangunnya sesebuah institusi yang telah diasaskan oleh mereka sebelum kita.

Untuk memilih calon yang baik, kita harus memilih seperti mana kita mahu memilih calon untuk isteri kita sendiri. Untuk memilih calon isteri, sudah pasti kita akan memilih calon yang terbaik daripada yang terbaik.

Calon umum untuk pilihan raya kampus Universiti Malaysia Sabah pada sesi ini adalah seramai 11 calon, yang perlu dipilih adalah 7 orang, 5 akan tersungkur.

Penulis tidak mahu menjadi bias terhadap mana-mana calon. Undian ini adalah hak masing-masing.Ianya hak ekslusif kita. kerana kita harus yakin dan percaya UNDI ADALAH RAHSIA.

Yang menang adalah rezeki dan bala. Menang adalah indah, tanggungjawab adalah keutamaan.Yg kalah, jangan putus asa, kerana anda masih lagi punyai harapan. Kalau mahu lagi, apa salahnya cuba tahun depan.

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN....
JANGAN LUPA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH....



MOHD BURHANUDDIN BIN ISHAK
insan kerdil yang menunggu Sang Pujangga
Tingkat 1, A1 06,
Taman Indah Permai
Kota Kinabalu
Sabah

2 comments:

Anonymous said...

motif meninggalkan alamat n nama penuh??
adakah supaya si sang pujangga dpt menghubungi penulis??

walau siapa yg naik, yg penting kebajikan mahasiswa yg sedia ada x diganggu. kalu nak tambah, tambah. tp kebajikan yg dah dibetulkan olh yg terdahulu, x perlu diganggu.

penulis x bertanding ke??

Anonymous said...

salam cokodok, hehe...motif? sambil menunggu, kalau tidak diberikan alamat manakan dapat dijejaki diri ini....haha...
kalau penulis mengharapkan satu perubahan yang besar drpd MPP yang baru, penulis rasa amat tak patut, kerana penulis tahu untuk membuat satu perubahan di UMS ini bukan sesuatu yg amat mudah. akan timbul pelbagai masalah dan kerenah daripada pelbagai pihak. jika kebajikan pelajar terjaga dan terjamin, itu sudah cukup bagus bagi diri penulis ini....

penulis ada beberapa kekangan untuk bertanding, apa kekangan itu, biarlah menjadi rahsia antara penulis dan Tuhan.
thanks ye cekodok!