11 December 2008

DEMONSTRASI BUKAN JIHAD, TAPI MAKSIAT??? Part 1




Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

SALAM EIDUL ADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Hampir satu bulan penulis tidak mencoretkan sesuatu di blog ini, akibat banyak perkara yang harus diselesaikan oleh diri ini, termasuklah juga dengan cuti Eiduladha yang telah menjelang tiba beberapa hari yang lalu...
Dalam kesibukan juga penulis tidak melupakan sesuatu yang amat penting kepada Mahasiswa iaitu membaca pelbagai jenis buku-buku bacaan samada ilmiah atau fiksyen dalam mencari sekelumit ilmu Allah ini...
Dalam penulisan kali ini, penulis hanya memberikan pendapat penulis dan tidak menunding jari kepada mana-mana pihak sama ada yang pro itu atau pro ini...Ini adalah hanya salah satu perkongsian idea ataupun komentar yang boleh penulis kongsikan...Andai timbulnya perselisihan atau perbezaan pendapat, itu lumrah dalam kehidupan. perbezaan itu kita anggapkan sebagai Rahmat dalam mencari kebenaran...



1) Semakin hari, semakin banyak tunjuk perasaan atau demonstrasi berlaku di dunia ini, ini tidak terkecuali juga kepada negara-negara islam termasuklah Malaysia.

2) Pelbagai pendapat menyatakan tentang tunjuk perasaan ini, ada yang mengatakan ini adalah tamsilan kepada perasaan manusia, ada yang mengatakan ini adalah disebabkan oleh manusia yang ‘jahil’ dan dihasut oleh sesuatu pihak, malah ada yang mengatakan demonstrasi adalah salah satu wadah atau sarana untuk berdakwah.

3) Dalam tulisan ini penulis bukan untuk menilai samada pendapat di atas benar atau salah, tetapi tulisan ini ingin mengupas adakah demonstrasi ini boleh dijadikan alat untuk berdakwah kepada pemimpin? Dan apakah tindakan ini boleh diistilahkan sebagai jihad?

4) Dalam sejarah islam, bermulanya demonstrasi adalah selepas kejadian terbunuhnya Saidina Uthman bin Affan dan hal ini telah dipelopori oleh pemikiran khawarij.

5) Kejadian ini berlaku adalah rentetan daripada fitnah yang dilemparkan oleh seorang pendita yahudi yang munafiq bernama Abdullah bin Saba’.

6) Antara fitnahnya ialah Saidina Uthman telah merampas pemerintahan yang sepatutnya Saidina Ali yang menjadi ketua, dan sebagainya serta mengajak kaum muslimin pada masa itu melakukan pemberontakkan terhadap Khalifah Uthman.

7) Adakah amar makruf seperti tunjuk perasaan, keluar dari pemerintahan kemudian memberontak, menyebarkan kesalahan-kesalahan pemerintah di forum-forum awam, di jalanan yang mana semua ini akan menimbulkan lagi satu fitnah yang besar kepada umat islam, adalah cara kita berdakwah?

8) Walaupun pemerintah itu melakukan kemaksiatan dan penentangan (terhadap syariat) yang tidak mengakibatkan pemerintah itu kufur dan terkeluar dari islam, kita wajib menasihati pemerintah dengan cara yang betul bukan dengan berdemontrasi jalanan dengan menyebarkan aib-aib pemerintah kita yang beragama islam.

9) Menurut manhaj Salaf As Soleh cara untuk kita menasihati pemerintah dengan cara yang sesuai dengan syariat. Bukan dengan dengan cara yang kasar atau melaung-laungkan keburukan pemerintah di jalanan, di tempat-tempat terbuka yang disaksikan oleh masyarakat bukan islam, pelancong asing dan sebagainya.

10) Rasulullah S.A.W pernah bersabda: barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah dengan suatu perkara, maka janganlah ia dipaparkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa dengan empat mata. Jika ia menerima, maka itu (yang diinginkan) dan jika tidak, maka sungguh dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menasihati). Dilalul Jannah fi takhriji Sunnah.


penulisan ini bersambung kepada bahagian 2....
harap komentar daripada sahabat sekalian amat dialu-alukan...
jazakumullah khairan kathira....

0 comments: