14 December 2008

PERDANA MENTERI MALAYSIA










Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini...

Sambil penulis melihat kembali akhbar-akhbar lama di bilik penulis, penulis terbaca satu berita berkaitan dengan seorang ahli politik dari kaum minoriti yang ingin satu lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan..iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, dari kaum minoriti, kata beliau lagi ini adalah perlu sejajar dengan perubahan yang di alami oleh negara Amerika Syarikat.

Penulis tidak ingin mengatakan perlu diwujudkan atau tidak jawatan tersebut, kerana iainya terletak dalam bidang kuasa YAB Perdana Menteri dan kabinet serta kelulusan daripada YANG DIPERTUAN AGONG untuk mewujudkannya.

Artikel kali ini penulis ingin berkongsi berkenaan, sipakah yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa hadapan, selepas Dato' Sri Najib menjadi PM yang ke-6 selepas March nanti.

Penulis juga bukan hendak membincangkan mengenai peribadi seseorang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi lebih kepada persoalan perkauman, iaitu kaum manakah yang layak menjadi Perdana Menteri,untuk memilih calon mana yang layak dari kaum majoriti adalah hak rakyat Malaysia. Persoalannya di sini adakah jawatan ini khusus untuk kaum bumiputera atau melayu sahaja atau pun masih ada peluang kepada kaum-kaum minoriti yang lain untuk menjawat jawatan ini?

1) Kemenangan Senator Barack obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini telah membuka satu lagi lembaran sejarah baru kepada posisi kaum-kaum lain di negara Uncle Sam tersebut, malah hal dan isu ini juga telah melebar ke negara kita, Malaysia.



2) Kaum-kaum minoriti yang lain seperti cina, india dan sebagainya, penulis yakin ada terdetik di hati mereka untuk melihat perubahan yang berlaku di Amerika itu juga dapat merubah landskap politik negara kita. Mereka juga inginkan Perdana Menteri Malaysia daripada kalangan mereka seperti Perdana Menteri cina dan india atau sebagainya. Penulis tidak mengatakan ini salah kerana mereka juga mempunyai hak selaku warganegara yang sah.


3) Dalam Perlembagaan negara kita sendiri juga tidak pernah menyebut tentang kaum mana yang harus menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malah dalam perlembagaan malaysia, iaitu per.43(2)(a) tidak memberikan penekanan kepada bangsa mana yang harus dilantik oleh YANG DIPERTUAN AGONG sebagai Perdana Menteri Malaysia.


4) Tetapi bagi penulis, untuk menentukan siapakah yang bakal dan layak menjadi Perdana Menteri Malaysia tentulah mereka yang berasal daripada kaum majoriti di dalam sesebuah negara. Sebagai contohnya di Singapura, majoriti masyarakat di sana ialah Cina dan minoriti pula ialah melayu dan india, maka yang majoritilah yang akan menetukan tampuk pemerintahan dan siapa Perdana Menteri sesebuah negara.


5) Jadi selagi melayu ataupun bumiputera yang menjadi majoriti di Malaysia, selagi itulah Perdana Menteri Malaysia akan kekal melayu dan bumiputera.



6) Untuk pengetahuan semua, takrif bangsa melayu itu sendiri mengikut perlembagaan adalah mempunyai 3 syarat asas, 1. mestilah beragama islam, 2. lazim bercakap bahasa melayu 3. menurut adat-istiadat melayu.



7) Ramai orang mengatakan jika Amerika yang dahulunya menindas kaum minoriti dan sekarang telah mengiktirafkan kaum minoriti sebagai Presiden mereka. Penulis ingin mengatakan di sini bahawa Amerika Syarikat mengambil masa lebih kurang 150 tahun untuk menerima kaum minoriti ini menjadi Presiden mereka, malahan kemenangan Barack Obama juga bersyarat. Jika kita hendak bandingkan negara kita Malaysia, kita baru sahaja mencapai 51 tahun usia merdeka.
Kita perlukan masa untuk berubah!


8) Penulis juga ingin mengatakan yang Mr. Barack Obama hanyalah berkulit hitam pada luaran sahaja. Tetapi segala keperibadian Mr. Barack Obama adalah sama seperti kaum majoriti yang lain ( kaum kulit putih) di Amerika.



9) Mr. Barack Obama bersusur galur dari negara Kenya yang mana bapanya seorang kulit hitam yang beragama islam. tetapi Mr. Barack Obama sekarang adalah seorang penganut agama kristian seperti mana rakyat Amerika secara umumnya, bukan lagi agama islam seperti kaum asalnya di Kenya. Barack Obama juga bertutur dalam bahasa Inggeris iaitu bahasa majoriti rakyat Amerika, Barack Obama tidak bertutur dalam bahasa nativenya seperti di Kenya, dan juga Barack Obama mengamalkan cara hidup sama seperti masyarakat umum Amerika seperti cara makan, berpakaian dan sebagainya bukan lagi berpakaian seperti kaum nativenya di Kenya.
sememangnya Barack Obama telah menjadi salah seorang kaum majoriti di Amerika. Jika ini terjadi di Malaysia juga penulis juga akan mengundi Mr. Barack Obama sebagai Perdana Menteri Malaysia!



10) Penulis ingin pembaca semua memandang kehadapan, jika pada hari ini, ada kaum cina ataupun india yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia, penulis ingin mengatakan "yes, you can!", sekiranya memenuhi syarat majoriti rakyat Malaysia.



11) kita ambil contoh seorang pemimpin kaum cina iaitu YB Lim Kit Siang. Lim Kit Siang boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya dia menganut agama islam seperti mana agama yang dianuti oleh kaum majoriti di Malaysia, bukan agama asalnya iaitu agama Buddha. Kemudian, Lim Kit Siang juga harus bertutur secara lazimnya dalam bahasa melayu seperti bahasa pertuturan masyarakat majoriti Malaysia, bukan bahsa cina seperti keturunannya. Dan yang terakhirnya Lim Kit Siang perlu mengamalkan cara hidup dan budaya masyarakat majoriti Malaysia seperti makan menggunakan tangan bukan menggunakan "chopstick", berkain pelikat, berkopiah dan sebagainya. Barulah YB Lim Kit Siang boleh di iktiraf sebagai salah seorang daripada kaum majoriti di Malaysia seperti Barack Obama di Amerika.




12) Jadi, persoalan siapa yang layak dan tidak menjadi Perdana Menteri biaralah kaum majoriti yang menetukannya. Kepentingan dan hak-hak kaum minoriti yang lain wajib dijaga oleh pemerintah dari kaum majoriti.




13) "Tidak aku jadikan manusia itu berpuak-puak melainkan untuk mereka berkenal-kenalan".




14) Selaku kaum majoriti yang menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang adil kepada semua pihak. Jadikanlah kelebihan yang diberikan oleh Allah ini sebagai salah satu cara untuk kita mendapatkan keredhaan-Nya.


"BALDATUN THOYYIBATUN WARABBUL GHAFUR.."

AMIN!


KEBAJIKAN MENJANA PERPADUAN

4 comments:

Anonymous said...

to me,now, anyone can become a prime minister. if america took 150 years to accept a black, v dun need 100 yeras too to accept a chinese or an indian as a pm. v dun nid to follow them! enough is enoughof following them!
if v, the citizen thinks that a chinese or an indian can lead the country, then y not?
the rule in malaysia, like u said neva state only malays can be pm. but the leading party will lead the country. in this case, BN is the leading party-holding more seats than keadilan n etc. in bn, umno has more seats. so, the leader of umno, is the leader of the country. that is wat our opposition leader is trying his best to own more setas in parliament than BN so that his party can rule. when his party rules, a chinese or an indian or a malay or even a kadazan can be a pm. same wif bn. if the supp win more seats than umno or mca or mic, then he will sit as the pm.
correct me if i'm wrong. i wrote this based on a discussion i had wif my fren some time ago.

keep posting!

NIVYANFAZZA said...

thanks cekodok, i don't wanna be sceptical about this...
i as a muslim ( not talking about race) want some1 that muslim be my PM...i don't care about the race, as long as he is muslim, i will accept..
why we don't need to copy US in this case, right we can almost copy everything from them, economy (bretton wood system), globalisation n so on...

rindu dengan pendapat cekodok yang bernas...haha..
i like to debate with u on some case....
just keep reading my new posting k my friend!

NIVYANFAZZA said...

ingat azizi..thanks my dear friend!!!
my best kisasian friend!haha...

NIVYANFAZZA said...

InsyaAllah next year..bulan 4...
minah indon takdala...haha...
nanti aku balik aku p HUSM Kubang Kerian....kita jumpa kat sana...boleh kita outing pi KB MALL ke, kalau free....