Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Salam Perjuangan...
Salam untukmu Palestin
VOTE
1.     Tujuan penulis mengadakan survey ini, bukanlah untuk memalukan atau memandang rendah kepada mana-mana pimpinan MPP UMS 2008/2009, ini adalah sekadar pandangan mahupun pendapat daripada akar umbi @ "grass root" masyarakat UMS itu sendiri. Kerana yang menilai pimpinan ialah mahasiswa UMS itu sendiri. Jadi, apa keputusan terimalah dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan.
2.     Kepada sahabat sekalian, selamat mengundi survey ini. Segala undian anda amat dihargai dan sememangnya undi anda adalah rahsia.
MY BLOG
3.     Penulis ingin memohon maaf kepada semua sahabat jika keadaan blog penulis yang agak lawak dan bersepah ini. segala kesulitan amat dikesali, kerana blog ini dalam proses pembaikan. ~THIS BLOG UNDER CONSTRUCTION~.
NIVYANPAZZA @ NIVYANFAZZA
4.    Setelah hampir setahun penulis menjadi teman istimewa kepada laman blog ini, seringkali penulis ditanya, malah disoal siasat seperti pesalah tentang nama laman sesawang penulis ini iaitu www.nivyanpazza.blogspot.com. 
5.     Apakah maksud nama diatas? Apa yang wujud disebalik nama di atas? Bermacam-macam persoalan timbul. Malah ada juga yang mengatakan nama ini "pelik", "lawak" dan sebagainya. For me, u are free to say so. Penulis berdiam diri, ibarat bisu seribu bahasa, kerana bagi penulis ini bukan isu ummah seperti isu Palestin yang perlu diuar-uarkan atau pun dicanang-canangkan, tetapi apabila semakin ramai yang bertanya, penulis ingin mengambil sedikit ruang untuk merungkaikan maksud dan asal usul nama di atas.
6.    Sebelum penulis menyertai blog ini, apa yang wujud di dalam kepala penulis pada masa itu adalah untuk mencari nama yang sesuai bagi blog ini. Penulis inginkan nama yang lain daripada yang lain. Semasa penulis melayari satu laman sesawang, penulis tergerak hati untuk membuka "Arabian names for kids". Penulis fikir, manalah tahu tiba-tiba ada terjumpa nama yang sesuai untuk "baby" baru ini (hehe...).
7.    Dan Alhamdulillah penulis telah terjumpa satu nama yang pelik dan unik bagi penulis iaitu "NIVYAN" yang bermaksud cerdik,pandai. Perkataan ini lain daripada perkataan bahasa arab yang selalu kita pelajari seperti "ZAKIYYUN" atau "ZAKIYYAH" dan sebagainya. Penulis tanpa berfikir terus mengambil nama tersebut. 
8.    Tetapi penulis rasa seperti tidak lengkap nama asas tanpa nama kedua, ianya ibarat BURHANUDDIN tanpa MOHD. Jadi penulis cuba gabungkan NIVYAN dengan nama pena HRH. Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rasheed Al-Makhtoum , putera DUBAI iaitu "FAZZA' ", kerana penulis sangat suka dengan hasil seni (poems) yang dihasilkan oleh HRH. Sheikh Hamdan.
9.     Maka terhasillah...Nivyanpazza walaupun pada asalnya ialah nivyanfazza, tetapi untuk memudahkan sebutan, penulis menukar kepada NIVYANPAZZA.
PALESTINE ISSUE Vs. NON MUSLIMS
10.     Ini adalah sekadar teguran kepada  "sahabat" kita yang tidak begitu memahami isu Palestin ini. Penulis ada terdengar daripada sahabat penulis tentang "sahabat" kita dikalangan bukan muslim yang mempertikai dan mempersoalkan, kenapa mereka patut juga menyertai kempen untuk rakyat Palestin, sedangkan mereka bukan beragama islam.
11.      Penulis terkedu seketika, di hati penulis, penulis masih lagi bersangka baik, mungkin "sahabat" kita ini tidak pernah mengambil tahu berkenaan isu dunia, isu peperangan dan sebagainya. Mungkin "sahabat" kita ini hanya menumpukan 100% kepada pelajaran. 
12.     Penulis harap, apa yang di sangka penulis itu adalah betul. Kalau sebaliknya, pembaca nilai la sendiri. Kalau "sahabat" yang bertanya itu adalah mahasiswa biasa, penulis boleh menerima keadaannya, tetapi kalau pertanyaan ini datang daripada pemimpin pelajar, penulis agak terkilan dan kecewa. 
13.     Ceteknya ilmu "sahabat" kita ini tentang dunia, ceteknya ilmu tentang kemanusiaan dan ceteknya ilmu tentang sejarah serta ketamadunan!
14.     Penulis ingin berkongsi secara ringkas tentang isu ini, kerana penulis yakin sudah banyak hal ini diberitakan di dalam blog-blog lain. 
15.     Isu Palestin adalah bukan sahaja isu antara Islam dan Yahudi, malahan ianya juga isu berkenaan dengan hak, berkenaan dengan maruah, berkenaan dengan perikemanusiaan dan sebagainya. Di palestin bukan sahaja masyarakatnya adalah islam, ada juga masyarakat kristian, yahudi dan sebagainya. Isu ini merentasi persoalan agama.
16.      Kami benci, kami lawan Israel dan Amerika kerana yang pertama, kerana kami islam dan masyarakat islam palestin adalah saudara kami dan juga kiblat umat islam yang pertama terletak di sana dan yang kedua adalah kerana perbuatan ini adalah jelas melanggar hak-hak kemanusiaan seperti merampas tanah penduduk palestin untuk menubuhkan kerajaan haram Israel, membunuh dengan kejam penduduk palestin (islam, kristian dan yahudi), dan sebagainya.
17.      Bagi mereka-mereka yang tak faham mengenai isu ini, kerajaan Malaysia juga akan membantu mana-mana negara yang ditimpa musibah atau pun hak asasi mereka dicabuli. Contohnya di Afrika Selatan yang menjalankan dasar Apartheid terhadap golongan kulit hitam, apa kerajaan malaysia lakukan? 
18.      Kerajaan dan masyarakat Malaysia secara amnya memboikot negara yang terlibat, mendesak diadakan persidangan PBB dan sebagainya. Harus ingat Afrika Selatan bukan negara islam, tetapi atas dasar perikemanusiaan , kita membantu mereka.
19.     Kalau suatu hari nanti negara Thailand dijajah oleh kuasa besar dengan kejam pun, Malaysia dan rakyatnya tetap juga akan menghulurkan bantuan. Ini bukan hanya persoalan mengenai agama.
20.     Kepada sahabat yang tidak faham, bukalah mata, bukalah hati dan dan terangilah diri. Jangan jadi "pemimpin" yang dikatakan sebagai  tidak berilmu.
BOIKOT HARUS TERANCANG!
Jangan kita memboikot secara membuta tuli....
~penilaian dengan ilmu, bukan dengan hati~
13 January 2009
SNIPPETS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

0 comments:
Post a Comment