05 August 2008

DEBAT PIALA NAIB CANSELOR -SATU PERCATURAN ATAU KEBETULAN???

ASSALAMUALAIKUM..

Sempena dengan Bulan atau Karnival Debat Naib Canselor ni, penulis rasanya seperti mahu mencoretkan sesuatu tentang "keunikan" pertandingan ini. Penulis juga rasa apa salahnya jika diperturunkan sedikit komen dan idea-idea yang berkaitan tentang pertandingan yang berprestij ini.
Sekarang ini, bermulanya detik ini, semua kolej kediaman sedang bersemangat berlatih dan berlatih untuk menghadapi pertandingan yang akan berlangsung tak lama lagi...pasukan yang menang pada tahun lepas pasti mahu mengekalkan kejuaraan, yang tidak menjadi juara pasti akan mencari jalan juga untuk menjadi juara. Dalam kita mengorak langkah, pelbagai persoalan mulai timbul, mungkin dek kepanasan bahang Debat Piala Naib Canselor yang akan diadakan nanti!!!
Penulis hanya termenung sambil berfikir..mengapa....

1) Kebanyakkan peserta debat Piala Naib Canselor dimonopoli atau boleh dikatakan semuanya adalah mereka-mereka dikalangan peserta-peserta Debat Universiti. Adakah pertandingan debat ini adalah wadah untuk ahli-ahli Debat Universiti menunjukkan kehebatan mereka?

2) Kenapa tidak dibuat satu peraturan supaya ahli-ahli Debat Universiti tidak boleh turut serta dalam pertandingan ini atau kalau kita mahukan juga penglibatan mereka, apa kata kita buat satu lagi kategori khas kepada mereka untuk mereka menunjukkan taring! Taklah peserta-peserta yang baru ni terkial-kial menahan nafas dek kepetahan serta kehebatan ahli-ahli Debat Universiti.

3) Kebanyakkan peserta-peserta Kolej Kediaman di dalam kampus mempunyai pelbagai jenis rujukan dan juga kemudahan berbanding dengan peserta kolej luar kampus seperti KKIP dan juga KF(kalau adala KF lagi), bagaimana dengan KKIP dan KF yang tiada sumber rujukan asas yang mencukupi..Kalau adapun hanya sekelumit..Itupun terus juga dijadikan mangsa oleh kolej-kolej kediaman di dalam kampus semasa pertandingan.

4) Spekulasi penarikan mahasiswa yang pandai berdebat dari sesebuah kolej ke sesebuah kolej yang lain dengan penawaran pelbagai jenis janji manis, sehinggakan ada sesetengah kolej kepupusan mahasiswa/wi yang berbakat di dalam debat. Siapa yang harus dipersalahkan di sini? Adakah kita akan menyalahkan juga ibu mengandung???

5) Kalau betul-betul berlakulah spekulasi tersebut, maka disini telah terjadi satu Pertandingan yang tidak sihat atau boleh dikatakan sebagai "UNFAIR COMPETITION". Baik kita tidak perlu membuat pertandingan Debat Niala naib Canselor, jika hanya satu kolej sahaja yang memonopoli dari pelbagai segi!!! Peserta debat sesubuah kolej bukannya seperti pemain bola sepak Liga Inggeris yang bleh dijual beli sesuka hati. kolej lain juga memerlukan mereka untuk membentuk pasukan debat. Misi pertandingan adalah untuk mencungkil bakat mereka yang terpendam bukan hanya kemenangan semata-mata. Kalau semua mereka-mereka yang mempunyai bakat berdebat ke satu kolej sahaja, bagaimana mereka hendak menunjukkan bakat mereka? yang dipilih hanya 2 kumpulan sahaja iaitu seramai 8 orang! yang selebihnya? researcher? atau terlopong melihat wakil kolej mereka berdebat????

6) Kala hal ini terus berlaku, tak perlulah dibuat saringan untuk mencari wakil kolej Kediaman untuk keperingkat akhir perandingan Debat Piala Naib Canselor, ambil je terus kolej yang kuat dengan peserta mereka terus keperingkat akhir. kolej yang kekurangan peserta ini, terus diisytiharkan kalah tanpa bertanding atau diiktiraf tidak layak bertanding!(senang cerita, jimat kos penganjuran!).Then jemputlah kami memenuhi dewan persidangan akhir nanti, yang penting dapat cop passport!!!

7) Penulis berfikir, kita perlulah memberi peluang kepada wakil kolej lain juga untuk merasai kemanisan kejuaraan tersebut tanpa perlu menarik mereka -mereka yang boleh berdebat ke kolej lain.

8) Jika ingin mengekalkan kejuaraan sekalipun, janganlah membiarkan pihak lawan terkapai-kapai di dalam arus deras lautan dalam mencari peserta mereka sebagai wakil. Biarlah pertandingan ini berlaku dengan adil tanpa sebarang JANJI-JANJI YANG BERSIFAT MATERIALISTIK!.

Penulis berpendapat jika ini terus berlaku...yakin dan percayalah pemenangnya adalah peserta dari kolej yang sama setiap tahun, kalau tidak percaya, tunggu dan lihat sahajalah keputusannya! Jika berubah sekalipun pemenangnya kepada Kolej luar kampus, kemenangan tersebut kemungkinan kebetulan!!!

wassalam....

1 comments:

Anonymous said...

salam...

ini sekadar respon untuk penulis...

1) Kebanyakkan peserta debat Piala Naib Canselor dimonopoli atau boleh dikatakan semuanya adalah mereka-mereka dikalangan peserta-peserta Debat Universiti. Adakah pertandingan debat ini adalah wadah untuk ahli-ahli Debat Universiti menunjukkan kehebatan mereka?.....
PERTAMA, JANGAN PANDAI-PANDAI NAK MAIN TUDUH-TUDUH. SEHINGGA KE HARI INI, SEMUA KOLEJ MASIH MENGEKALKAN KOMBINASI PENDEBAT UMS DAN PENDEBAT BARU, ANDA YANG TAK FAHAM.DEBAT NC, MERUPAKAN PLATFORM KEPADA SEMUA MAHASISWA KOLEJ MASING-MASING.DAN MENJADI SATU BONUS SELEPAS DEBAT NC, MEREKA DIPILIH MEWAKILI UMS. JADI, INI BUKAN SATU MASALAH. SAYA KIRA, ANDA YANG TERKILAN SEBAB TAK PERNAH MENJEJAKKAN KAKI KE FINAL. SEBAB TU HANYA MENJADI PENONTON TEMPELAN.

2) Kenapa tidak dibuat satu peraturan supaya ahli-ahli Debat Universiti tidak boleh turut serta dalam pertandingan ini atau kalau kita mahukan juga penglibatan mereka, apa kata kita buat satu lagi kategori khas kepada mereka untuk mereka menunjukkan taring! Taklah peserta-peserta yang baru ni terkial-kial menahan nafas dek kepetahan serta kehebatan ahli-ahli Debat Universiti...

INI SATU LAGI PENDAPAT YANG DANGKAL. KERANA, SETIAP PENDEBAT BARU DAN LAMA DIBERIKAN MASA UNTUK BERLATIH. MENCARI PEMBIMBING, BUAT KONSEP YANG KAW2.. SO, BILA KALAH, JANGAN SALAHKAN PENDEBAT ATAU SESIAPA. INI SALAH SENDIRI YANG TAK PERFORM.SAYA KIRA, PENDEBAT UMS SENDIRI SAMA TARAF DENGAN PENDEBAT BARU. YANG MEMBEZAKAN, CARA PERSEMBAHAN.. ADA JUGAK YANG GAGAP.

3) Kebanyakkan peserta-peserta Kolej Kediaman di dalam kampus mempunyai pelbagai jenis rujukan dan juga kemudahan berbanding dengan peserta kolej luar kampus seperti KKIP dan juga KF(kalau adala KF lagi), bagaimana dengan KKIP dan KF yang tiada sumber rujukan asas yang mencukupi..Kalau adapun hanya sekelumit..Itupun terus juga dijadikan mangsa oleh kolej-kolej kediaman di dalam kampus semasa pertandingan.

MASALAHNYA, TAJUK DAH DIBERI AWAL. SO INESIATIF SENDIRI. KALAU NAK MENANG, KENA USAHA. SAYA KIRA PEMENANG2 SEBELUM NI CUKUP KERJA KERAS. BUKAN MACAM ANDA YANG MUNGKIN DUDUK YANG MENGHARAP BULAN JATUH KE RIBA ANDA.JANGAN PANDAI2 CAKAP KOLEJ LUAR TU D JADIKAN MANGSA, PADA DEBAT NC 2006, IP BERJAYA BUKTIKAN MEREKA LAYAK KE SEPARUH AKHIR. BUKAN SEPERTI ANDA. INI SEMUA REZEKI..

4) Spekulasi penarikan mahasiswa yang pandai berdebat dari sesebuah kolej ke sesebuah kolej yang lain dengan penawaran pelbagai jenis janji manis, sehinggakan ada sesetengah kolej kepupusan mahasiswa/wi yang berbakat di dalam debat. Siapa yang harus dipersalahkan di sini? Adakah kita akan menyalahkan juga ibu mengandung???..

PERTAMA, DAH NAMANYA SPEKILASI. ANDA SENDIRI TAK TAHU KEBENARANNYA. JGN MEMFITNAH SESUKA HATI. PENARIKAN PESERTA BELUM PERNAH BERLAKU. MANA BUKTI ANDA? BERIKAN NAMA2 ITU. ! INI PENDAPAT MEREKA YANG TEWAS DALAM PERJUANGAN. DAH BERAK, NAK SALAHKAN ORANG LAIN. RASANYA KOLEJ YANG ANDA DUDUKI MEMPUNYAI PERSERTA DEBAT UMS YANG BERBAKAT. MEREKA YANG AMBIL KEPUTUTSAN QUIT . SO, SALAH SENDIRI !

6) Kala hal ini terus berlaku, tak perlulah dibuat saringan untuk mencari wakil kolej Kediaman untuk keperingkat akhir perandingan Debat Piala Naib Canselor, ambil je terus kolej yang kuat dengan peserta mereka terus keperingkat akhir. kolej yang kekurangan peserta ini, terus diisytiharkan kalah tanpa bertanding atau diiktiraf tidak layak bertanding!(senang cerita, jimat kos penganjuran!).Then jemputlah kami memenuhi dewan persidangan akhir nanti, yang penting dapat cop passport!!!

SATU LAGI PENDAPAT JUMUT. SELAGI MANA ADA PUSINGAN AWAL, SELAGI ITU BAKAL DAPAT D TONJOLKAN. SESIAPA PUN LAYAK UTK MENANG. REZEKI DAH TERCATAT. ANDA YANG TIDAK PERNAH MERASA DI PENTAS FINAL, PASTI TERKILAN DENGAN KETIDAK PERFORM ANDA SENDIRI. RASANYA ANDA SENDIRI PERNAH DISQUALIFY SEMASA PEMILIHAN ROYAL 2006. SAYA TABIK KOLEJ E.. TETAP USAHA KERAS. DAN MEMBUAHKAN HASIL. SELEPAS 6 TAHUN. SO, WHAT? ANDA YANG PERLU BETULKAN NIAT SEMASA DATANG KE PENTAS FINAL. COP PASSPORT BUKAN UKURAN. ILMU YANG UTAMA. PATUTLAH DAPAT SUMPAHAN.

7) Penulis berfikir, kita perlulah memberi peluang kepada wakil kolej lain juga untuk merasai kemanisan kejuaraan tersebut tanpa perlu menarik mereka -mereka yang boleh berdebat ke kolej lain.

PELUANG SENTIASA ADA. KEJUARAAN ADALAH HAK SESIAPA. TAK PERLU DIRANCANG. MACAM KOLEJ AB/. SETELAH 6 TAHUN AKHIRNYA TEWAS. ADAKAH INI PERCATURAN? BERBANDING KOLEJ ANDA. TAK PERNAH KE FINAL.
JANGAN NAK JALAN MUDAH. TAPI TAK BERKUALITI,. KEMENANGAN MILIK SEMUA.

8) Jika ingin mengekalkan kejuaraan sekalipun, janganlah membiarkan pihak lawan terkapai-kapai di dalam arus deras lautan dalam mencari peserta mereka sebagai wakil. Biarlah pertandingan ini berlaku dengan adil tanpa sebarang JANJI-JANJI YANG BERSIFAT MATERIALISTIK!.

SATU LAGI PERTUDUHAN TANPA EMPIRIKAL, JGN JADI ORANG YANG SUKA MEMBUAT ANDAIAN. TIDAK PERNAH PUNDI JANJIKAN APA2.. SAYA PERNAH JUARA SUATU KETIKA DULU, TIDAK ADA JANJI MANIS.YANG ADA HANYA KENDURI KESYUKURAN. PERTANDINGAN SENTIASA ADIL JGN PERTIKAIKAN JURI2 YANG LEBIH PENGALAMAN. KEJUARAAN SENTIASA INGIN DIKEKALKAN. .. DENGAN USAHA, BUKAN PERCUMA...

P/S.. JAGA DIRI HIASI PERIBADIMU...