assalamualaikum...
Sambil penulis duduk berborak-borak dengan beberapa teman tentang MPP beberapa hari yang lepas, terdetik dihati ini untuk membincangkan satu topik berkenaan MPP. Topik ini sebenarnya cukup panas untuk dijadikan sebagai polemik perbincangan, tapi penulis yakin dan percaya, jika kita berbicara atas dasar keikhlasan tanpa memburukkan peribadi seseorang, penulis yakin kita bleh berbicara dan mengulasnya tanpa sebarang masalah.
Apa yang sebenarnya penulis ingin memperkatakan tentang MPP, main sorong tarik papan ni???. Betul ke dengan istilah tersebut?Kalau silap harap diampunkan ye. Tapi rasionalnya penulis berkata sedemikian ialah penulis seakan-akan dapat membaca rentak tari sesetengah MPP yang hanya menurut perintah dari pihak "atas", walaupun perintah tersebut kurang mendapat persetujuan rakyat UMS. Mereka ini rela menjadi popular atas sesuatu dasar yang adakalanya tidak memberikan kebaikan kepada mahasiswa-mahasiswi.
Ini adalah pendapat peribadi penulis tanpa dihasut atau "dibayar" oleh mana-mana pihak.Ianya timbul dari hati nurani penulis sendiri..
1) Sebelum pilihan raya berkobar-kobar calon-calon MPP menyampaikan manifesto mereka. Berjumpa dengan si A senyum, berjumpa dengan si B pun senyum. Mana tidaknya berjumpa dengan si C musuh ketatnya juga senyum, manalah tahu ada rezeki dapat undi daripada musuh kan!
2) Selepas pilihanraya, semangat kemenangan masih lagi berterusan dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Walaupun ada sesetengah daripadanya sudah mula menunjukkan taring dan mula meninggikan diri. Maklumlah dah jadi wakil rakyat ni mestilah jaga kredibiliti dan peribadi. Penulis amat bersetuju, sebelum jadi MPP kalau kita kurang elok, jika selepas jadi MPP jadi lebih elok, Alhamdulillah la....at least ada perubahannya juga.
3)Selepas 3,4 bulan demam pilihanraya kampus sudah senyap sunyi, yang menang mula mengorak langkah memastikan manifesto mereka tercapai. Bagi yang berjanji untuk memberikan sesuatu yang luar dikemampuannya, sememangnya amatlah tipis peluangnya untuk ditunaikan.
4) Ada juga MPP yang semakin lama semakin hilang semangatnya untuk memberi khidmat kepada mahasiswa.Dah la tugas yang sepatutnya dia lakukan disuruh orang lain lakukan! Apa ni kerja sendiri pun takleh lakukan sendiri ke??? Penulis mempunyai hati yang baik.Penulis sentiasa bersangka baik. Mungkin mereka mempunyai tugas lain, jangan terus kita menghukumnya.
5) Berkenaan konsert untuk hiburan, MPP harus menjelaskan pendirian mereka samada melalui verbal ataupun media cetek seperti makalah, buletin dan sebagai.Ini supaya mahasiswa mengetahui pendirian sebenar MPP samada menyokong, menolak atau bebas tanpa pendirian, kalau wujudnya blog, buatla promosi supaya rakyat UMS ni membukanya.
6) Sesetangah MPP juga lebih cenderung kepada permainan politik arus perdana, terutamanya selepas PRU KE-12 baru-baru ini. Bukan penulis hendak menghalang daripada berpolitik, berpolitiklah selagi kita mampu. Tetapi kalau terlalu emosional dan memberi kesan negatif kepada pihak lain, penulis berpendapat baik tak payah!!
7) Penulis berpendapat, dalam sesebuah negara perlulah ada juga pembangkang as a "check and balance".Kalau hanya ada pro aspirasi dalam satu universiti, tak elok juga, nanti pemimpin MPP tersebut tidak mengetahui baik buruk dan kesilapan yang dilakukannya. Jadi kalaulah boleh, penulis rasakan perlu wujud satu lagi badan atau pihak yang menjadi penegur serta badan penasihat kepada MPP. Itupun kalau betul boleh diwujudkan la...kalau tak MPP kita hari ni akan tidur tanpa terjaga la....
Rasanya, setakat ini sahaja untuk kali ini..nanti penulis akan sambungkan tentang masalah aduan kepada MPP.....jumpa lagi, jangan lupa komen ye..
07 August 2008
MPP UMS-Ibarat main sorong tarik papan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
sekadar memberikan pandangan.
sama spt penulis, saya x dibayr utk mengomen di sini.
bg saya, apa2 yg mpp nak buat, semunya ats pd org "ats". diorang x leh bergerak ikut nawaitu sendiri. walaupun sblm msk mpp, byk yg diorang nak buat n nak ubah, sebenarnya diorang tak berkuasa bila dah jd mpp. ini semua org tahu. saya rasa penulis pun tahu kan?
buletin mpp tu pun,saya rasa 2 mcm. 1) mpp tak guna buletin 2 sebaik mungkin(mcm penulis ckp) utk jelaskan pd kita apa yg mpp dah buat.
2) buletin 2 "org ats"control. sehinggakan terpaksa buka blog mpp utk tau apa yg mpp buat.
dahsyat kan?
ini apa yg saya fikirkan.
Post a Comment