
Walaupun kes perebutan pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah selesai beberapa bulan yang lalu, hati kita masih lagi mempunyai perasaan sakit dan marah terhadap keputusan ICJ yang menyerahkan Pulau Batu Putih atau Pedra Blanca itu kepada Singapura. Keputusan ini adalah keputusan yang tidak adil terhadap rakyat Malaysia. Tetapi malangnya kerajaan malaysia telah membuat pengumuman yang menyakitkan hati rakyat dengan mengatakan bahawa kita masih lagi menang, kerana situasi ini dikira "win-win situation". Jika difikirkan dari segi logik akalnya, pulau batu putih ini mempunyai jarak yang lebih dekat dengan Malaysia berbanding dengan Singapura, jadi sepatutnya Malaysia yang lebih berhak terhadap pemilikannya. Jika diimbas kembali dari segi sejarahnya pula, Pulau Batu Putih dahulunya adalah dibawah kekuasaan Kesultanan Johor-Riau termasuklah juga dengan Pulau Singapura (negara Singapura tu dulu pun pulau milik kerajaan johor, patut hantar ke ICJ buat tuntutan balik), tetapi berlagak serta tamak dalam meluaskan wilayahnya. Antara hujah serta fakta kes yang diberikan oleh Hakim-hakim yang mengadili kes tersebut ialah Pulau Batu Putih itu adalah milik Singapura berdasarkan surat seorang pegawai rendah kerajaan Johor kepada pegawai British di Singapura supaya menjaga dan menyelia rumah api Pittersburgh, maka ICJ memberikan hak pemilikan Pualu Batu Putih tersebut kepada kerajaan Singapura. Apakah tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan kita selepas kekalahan ini??? Diam? Atau menunggu masa untuk kawasan perairan Ekslusif pula diambil oleh Singapura? Fikirkanlah sampai bila kita harus tunduk kepada negara kecil tersebut....Jika kita tidak membuat perubahan dari sekarang, Malaysia suatu masa nanti akan menjadi Singapura Raya...Sebagai mahasiswa apa tindakan kita yang mampu kita lakukan???Persoalan tersebut anda perlu tanya diri anda sendiri!!!
dibawah ini petikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohammad Berkaitan Pulau Batu Putih:
sumber: dipetik dari www.chedet.com 
1. Kita menjangkakan yang Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan mengisytiharkan Pulau Batu Putih sebagai hak kita, termasuk South Ledge dan Middle Rocks. 
2. Tetapi keputusan Mahkamah tersebut mengejutkan saya. Pulau Batu Putih yang lebih hampir pada Malaysia tetapi amat jauh dari Singapura diserahkan kepada Singapura manakala dua tunggul batu yang merupakan sebahagian daripada terumbu yang sama tetapi lebih jauh daripada Malaysia jika dibandingkan Pulau Batu Putih diserahkan kepada Malaysia. 
3. Tiada keputusan dibuat tentang persempadanan perairan. Tetapi kita boleh anggap yang terumbu tersebut berada di dalam perairan Malaysia kerana keputusan untuk serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura didasarkan kepada satu surat yang ditulis pegawai rendah Johor semasa di bawah jajahan British kepada pegawai British di Singapura. Sepatutnya ianya hendaklah dititah dan ditulis di bawah kuasa Sultan. 
4. Apa pun soal perairan di antara Pulau Batu Putih dan batu-batu tersebut tidak dibangkitkan Singapura di Mahkamah Antarabangsa. Tuntutannya hanyalah ke atas Pulau Batu Putih dan Mahkamah telahpun menyerahkan "Pulau" ini kepada Singapura. Perairan merupakan hal lain sama sekali. 
5. Dakwaan Singapura bahawa perairan sekeliling adalah haknya ialah kerana Kerajaan Malaysia sekarang sentiasa bersedia untuk melayan apa sahaja tuntutan Singapura walaupun ianya tidak masuk akal sama sekali. Demikian Kerajaan Malaysia telah putuskan yang ianya tidak mempunyai hak untuk menyentuh tambak Johor walaupun di kawasan sebelahnya di Selat Tebrau kecuali terlebih dahulu mendapat kelulusan Kerajaan Singapura. 
6. Reaksi pertama berkenaan tuntutan Singapura yang baru ini datang daripada Menteri Luar Malaysia. Tidak ada kepastian yang Perdana Menteri tidak akan mematah balik pendirian yang telah diambil Menteri Luarnya. 
7. Ini pernah berlaku. Apabila Timbalan Perdana Menteri umum kita akan teruskan pembinaan jambatan indah (bengkok), beliau telah diperbodohkan bila selang beberapa hari Perdana Menteri berkata yang kita tidak akan bina langsung jambatan samada bengkok mahupun lurus. 
8. Untuk menekankan lagi kesediaannya untuk tunduk kepada Singapura, Perdana Menteri telah arahkan Menteri Luar untuk memaklumkan Menteri Mentor Singapura bahawa Malaysia tidak akan bina apa-apa jambatan. Kenapa kita harus maklumkan kepada Singapura tentang keputusan kita dalam Negara kita adalah sesuatu yang saya tidak dapat faham. 
9. Di Laut China Selatan kita telah bina sebuah pulau daripada bahan Terumbu Layang-Layang. Apa yang saya lihat daripada gambar batu-batu yang diserah kepada kita, ianya boleh ditambak dan disatukan. Kita boleh adakan sebuah pulau yang sempurna sebagaimana Singapura membina Pulau Batu Putih untuk menempatkan pasukan keselamatan. 
10. Tidak ada apa-apa di dalam perjanjian dengan Singapura mahupun di dalam keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menghindarkan kita daripada membuat tebusguna ini. Keputusan terletak atas bahu kita semata-mata. 
11. Saya tak akan cuba meneka apa yang akan diputuskan (oleh Kerajaan kita).
01 August 2008
Dimanakah maruah kita sehinggakan Tebuan perlu takut kepada Lalat???atau lalat sudah bertukar menjadi lebah!!!
Posted by NIVYANFAZZA at 5:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

0 comments:
Post a Comment