03 August 2008

Bas oh bas kenapa kau tak datang! Macam mana aku nak datang @#$$%%^ panggil aku.....

Alkisahnya bermula begini...aku mulai bangun pada jam 5 pagi, seperti biasa bangun untuk solat subuh.selepas selesai mengerjakan solat, timbul perasaan rajin dalam diriku ini ingin ke Library UMS. Bermula persiapan untuk keberangkatan diriku ini ke library, terfikir sejenak dalam benak fikiranku ini, hari ni hari ahad, ada ke bas ke UMS atau kampus???persoalan tersebut bertubi-tubi menerjah dibenak fikiranku...sedikit sebanyak semangatku untuk ke kampus jatuh merudum apabila memikirkan persoalan tersebut...bermula dengan dengan 100% turun mendadak menjadi 65%. Tetapi kerana keazaman yang kuat, maka aku terus cekalkan juga hati ini untuk menjejaki kampus.Rindu benar rasanya hati ini pada kampus setelah seharian tidak melihatnya. Jam menunjukkan pukul 9 pagi....dengan semangat keazaman yang tinggi aku terus mengorak langkah ke tempat menunggu bas, senyuman suria pagi menyinari ke seantero kolej kediaman Indah Permai yang menjadi nadi penempatanku. Berteguran sesama kawan-kawan menjadi wadah pengerat silaturahim di pagi hari.Aku tiba di perhentian bas kira-kira 10 minit selepas itu, aku mencari tempat kosong disana untukku duduk sambil menunggu bas yang dalam hatiku masih lagi berteka-teki akan muncul atau tidak...setengah jam sudah berlalu. Aku masih tersenyum melerek dek kata-kata lawak yang dituturkan oleh kawanku disebelah.Lupa sekejap dengan masa yang pantas berlalu. sejam sudah berlalu...kemudian satu jam setengah juga sudah berlalu....mana bas ni...ada ke takda..atau tak jumpa cari jalan ke kolej kediaman Indah Permai atau rosak ditengah jalan sehinggakan memerlukan masa untuk dibaiki. Pelbagai persoalan menerjah pemikiranku....lawak kawanku disebelah bukan lagi menjadi bahan ketawa kepadaku, lawak kawanku kini ibarat minyak petrol yang menyemarakkan lagi api kemarahanku. Tapi hatiku yang kecil ini berkata "tunggu la sat lagi....mayb sampai la tu".Thanks hati kerana telah menyabarkan diriku yang lemah ini...masa terus berputar, kini sudah hampir 2 jam aku menunggu bas, diriku ini seolah-olah menunggu bulan jatuh ke riba! Api kemarahanku sudah sampai kemuncaknya.Tanpa memandang kekiri dan kekanan aku terus bangun dan menuju ke tempat menunggu CityBus! Rela aku menghabiskan duit RM 1 daripada membuang masa 2 jam disana.. dahla panas, berhabuk, bising bunyi kenderaan menjadi juga menjadi hidangangku ketika menunggu bas!!! Tetapi yang ditunggu tidak juga timbul!!!
Begitulah alkisahnya..
Hari ni penulis hanya nak berkongsi serta memberikan sedikit komentar berkaitan dengan masalah Bas di UMS terutamnya dari kolej kediaman IP ke kampus. Penulis juga mendengar pelbagai spekulasi dan kontroversi daripada kawan-kawan berkaitan dengan masalah bas.Tapi penulis hanya mampu tersenyum. Bukannya tidak setuju dengan pendapat mereka, dan bukan juga setuju dengan pendapat mereka. Tetapi penulis merasakan isu ini merupakan isu yang berbangkit sejak dulu lagi. Walaupun saf kepimpinan MPP sudah berubah wajah, namun masalah ini terus juga berlaku, ada resolusi dan penambahbaikan yang dibuat tapi dari segi pelaksanaannya mungkin masih lagi basi. Siapa yang harus dipersalahkan? MPP? MAHASISWA UMS? PENTADBIRAN UNIVERSITI atau PEMANDU BAS? bagi saya kalau kita asyik menuduh serta menunding jari antara satu sama lain, sampai bila masalah ini takkan selesai.Pada tahun lepas pula telah dibuat satu sistem baru,boleh dikatakan sayalah manusia yang paling gembira di UMS pada ketika itu melihat jadual perjalanan bas telah dikeluarkan oleh MPP walaupun jadualnya cukup padat dan berjela-jela sehingga mengalahkan takwim solat! Penampalannya diserata UMS mengalahkan poster pilihanraya. tetapi apa yang berlaku? selesaikah masalah pengangkutan ini? Minggu pertama, ye boleh dikatakan berjaya....minggu kedua pula sudah bertukar rentakknya kejayaan pada minggu pertama sudah semakin terhakis! Lama kelamaan takwim bas hanya tinggal pada nama!Tinggal pada kenangan! Tinggal pada pembaziran! Yang menjadi titik persoalannya disini, tidak pernah mana-mana wakil MPP UMS menjalankan satu kajian terhadap kejayaan atau kegagalan sistem baru tersebut! Hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa kenyataan!
Antara persoalan penting yang perlu dijelaskan ialah:
1)Adakah perkhidmatan bas akan disediakan pada hari Ahad atau pun hari minggu? kalau tidak disediakan harap dimaklumkan kepada pelajar. Kalau disediakan dari pukul berapa sehingga pukul berapa! jangan biarkan kami tunggu seperti zombi kampung pisang!
2)Selang masa untuk bas menghantar dan mengambil pelajar pada hari kuliah(weekdays) dan juga cuti umum dijelaskan! samada sejam sekali atau bagaimana! kalau ikut takwim adalah selang masanya, tapi hanya takwim je!
3)Buat kajian balik terhadap perkhidmatan bas ke KF, buat pengiraan terhadap bilangan pelajar disana dan berapakah bas yang diperlukan! tidak perlulah menggunakan bas sewa atau UMS yang besar dan panjang jika hanya untuk mengangkut 2 orang sahaja pelajar ke KF. Kalau boleh gunakanlah Bas sewa yang kecil. Tumpukan pada kolej yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai!
4)Buat satu jadual perjalanan bas yang lebih senang dan praktikal serta diterima oleh semua pihak termasuk driver dan pelajar! Contohnya setiap setengah jam sekali bas akan datang, jadi senang kepada pelajar untuk menunggu dan menentukan masa!tak perlulah menunggu ibarat buah yang tak jatuh.
sekian untuk minggu yang penuh dengan kepanasan ini...moga2 air sembahyang dapat menyejukkannya kembali!!!

0 comments: