03 August 2008

KONSERT ANUAR ZAIN Vs KONSERT HUJAN




















ASSALAMUALAIKUM...
Berjumpa kita lagi..penulis rasanya terdetik untuk memberi sedikit komentar terhadap kontroversi serta spekulasi yang wujud sejak kebelakangan ini berkaitan dengan penganjuran konsert hiburan di UMS! Ini hanya pendapat dan pandangan penulis sahaja terhadap isu-isu yang timbul, tidak berkaitan dengan mana-mana pihak!

Saya berpendapat begini,

1) Memang bagi sebuah institusi pendidikan tinggi tidak ada apa-apa masalah untuk menganjurkan konsert mana-mana artis selagi ianya tidak melanggar AUKU dan tatatertib. Yang menjadi kontroversi disini ialah apabila ianya dilaksanakan di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah yang menjadi mercu kegemilangan ketinggian ilmu itu!

2) Tidak ada masalah jika konsert tersebut hendak juga dilaksanakan, tetapi hanya dibuat didataran Dewan Canselor.Memang bagi pihak penganjur ini merupakan satu masalah yang besar! seperti bagaimana untuk membezakan antara penonton yang membeli tiket yang berharga rm100, rm200 dan sebagainya. Tetapi itu merupakan cabaran bagi pihak penganjur jika masih lagi "berdegil" untuk melaksanakna konsert hiburan didalam kampus, kerana mereka perlu ingat disinilah terletaknya kilang yang memproses cendekiawan masa hadapan negara.

3) Sebagai tuan rumah kita juga perlu menggunakan budi bicara yang berhikmah untuk menunjukkan "ketidakselesaan" kita terhadap penganjuran konsert tersebut. Kita tidak boleh menjadi terlalu "ekstremis" dan "emosi" sehinggakan perlu memulau konsert tersebut ataupun sebagainya. Kita masih lagi ada jalan yang lebih menjurus kepada "win-win situation" dalam hal ini.Jika kaedah penyelesaian ini masih juga tidak boleh menyelesaikan hal tersebut, maka gunakanlah kuasa yang ada pada tangan Saf kepimpinan yang telah diberikan mandat oleh rakyat UMS!

4) Dalam kita membicarakan persoalan HARAM atau tidak sesuatu benda itu, kita perlulah merujuk kepada misi dan matlamat sesebuah konsert tersebut dan cara penyampaian konsert tersebut. Saya bukannya seorang yang arif dalam bidang agama untuk menentukan status halal atau haram seseuatu perkara. Tetapi bagi saya, persembahan nasyid pun juga boleh menjadi satu persembahan yang "lagha" jika kita tidak mengikuti lunas-lunas yang dibenarkan oleh islam. Baik atau buruknya sesuatu itu berdasarkan bagaimana ianya dilaksanakan apa yang ingin dicapainya!

5) Bagi saya selaku mahasiswa, tidak bersetuju jika konsert tersebut diadakan didalam Dewan Canselor kerana dewan tersebut boleh dianggap sesuatu yang sangat EKSLUSIF kepada mahasiswa sebagai puncak kegemilangan mereka setelah menuntu ilmu! kalau konsert tersebut dibuat di luar dewan iaitu di Dataran Dewan Canselor bagi saya tiada apa-apa masalah, jika segala peraturan keselamatan, disiplin diaplikasikan dengan betul. kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti apa yang terjadi semasa konsert sifu rock Malaysia, Amy Search!

6) Bagi konsert Hujan yang bakal diadakan, alangkah manisnya jika dibuat di dataran dewan canselor bagi menangkis serangan dari spekulator-spekulator yang wujud di sini...

7) Diharap penganjur bagi apa-apa konsert hiburan pada masa akan datang dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang telah berlaku, sebelum melangkah lihatlah kekiri dan kekanan..manalah tahu ada kereta yang tersesat melanggar kita! mungkin kecederaannya akan lebih parah!
wassalam......

0 comments: