05 September 2008

BERBALOIKAH KITA DENGAN MEMBURUKKAN SESEORANG DEMI MENYELAMATKAN "RUMAH YANG SUDAH USANG"???

Debat Piala Naib Canselor 2008, telah menutup tirainya dengan pelbagai onak dan duri pada malam 29 ogos 2008, sehari sebelum seluruh rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51 yang bertemakan "Perpaduan Teras Kejayaan". Penulis merasakan sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini penuh dengan dengan kelancaran dan kesederhanaan. Tetapi penulis terfikir pula bagaimana dengan kelancaran perjalanan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2008, adakah kelancarannya sama seperti kelancaran Program Sambutan Kemerdekaan yang ke-51 atau sebaliknya? Seribu satu persoalan dan andaian bermain di fikiran penulis.

Setelah penulis membuat penilaian serta analisa tentang pertandingan Debat Naib Canselor 2008 ini, penulis terus terang mengatakan tidak ada satu pun perubahan yang dilakukan oleh penganjur, malah boleh dikatakan teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Penulis berkata begini bukan hanya lontaran kata-kata sesuka hati penulis, tetapi ini berdasarkan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang berlangsungnya pertandingan DPNC ini. Penulis faham, tulisan penulis ini seolah-olah penulis hanya mahu menghentam pihak penganjur disebabkan oleh kepincangan yang berlaku. Mungkin ramai di antara pembaca yang akan mengatakan yang penulis ini "TIDAK ADIL" dalam membuat analisa dan komentar. Sebelum penulis melangkah lebih jauh lagi, penulis memohon seribu kemaafan andai kata, tulisan penulis ini akan menguris hati mana-mana pihak.Maaf dipinta, Keampunan dipohon.

Penulis hanya terfikir dan terus berfikir kenapa....

1. Masa untuk pertandingan DPNC 2008 seolah-olah tidak sesuai dan tidak kena pada masanya? Kerana kebanyakkan peserta dan AJK mempunyai peperiksaan pertengahan semester, ini akan memberikan kesulitan kepada para peserta untuk mendapatkan pengecualian peperiksaan daripada pensyarah. Kenapa pertandingan ini tidak dilakukan pada awal atau pertengahan bulan ogos? Adakah ini disebabkan oleh "proposal" program ini sememangnya telah diluluskan lambat oleh HEP atau adakah ini sememangnya tarikh yang dipilih oleh pihak penganjur untuk DPNC 2008 iaitu pada akhir bulan ogos? Boleh dikatakan, Disinilah bermulanya titik permasalahan, dan hal ini juga telah menjadi salah satu rungutan dikalangan para peserta. Penulis bukannya hendak menghentam pihak penganjur dengan mengatakan mereka tidak pandai membuat perancangan atau sebagainya, jika hal ini sememangnya berlaku disebabkan oleh pihak atasan, tidak ada apa yang boleh kita lakukan untuk membaikinya..hanya kita perlu mengikutnya sahaja..tetapi bagi pendapat penulis tarikh untuk sesuatu program boleh diubah jika kita memohonnya dengan pihak HEP, mungkin pihak penganjur fikir akan mengambil masa yang lama untuk diproses lalu mereka teruskan juga DPNC 2008 dengan tarikh tersebut. Dan jikalau hal ini disebabkan oleh kelemahan pihak penganjur sendiri dalam membuat perancangan, sememangnya mereka harus mengambil anisiatif yang besar agar DPNC 2009 tidak akan berulang kembali.

2. Permasalahan pengambilan hakim pelajar yang terdiri daripada pendebat-pendebat universiti adalah salah satu daripada kelemahan pihak penganjur pada temasya kali ini. Penulis juga sudah mendapat penjelasan mengenai hal ini daripada Pengarah iaitu Saudara Hasra, dan MT DPNC 2008 sendiri berkaitan permasalahan ini. Penulis faham dengan masalah yang timbul ini, tetapi pihak menganjur seharusnya mencari alternatif yang lebih baik serta boleh diterima ramai. Jikalau tiada hakim jemputan yang datang, pihak penganjur seharusnya menyediakan sekurang-kurang 3 orang hakim bagi satu pertandingan, seperti hakim pertandingan "renang berirama" dan juga "terjun papan anjal" lakukan...yang mana setiap hakim datang dari pelbagai negara yang berbeza. Contohnya untuk mengadili perlawanan antara CD dan IP, hakimnya perlu tiga orang yang terdiri daripada pendebat universiti yang diiktiraf untuk menjadi hakim oleh pihak penganjur dari KG CD,E dan juga AB. At least tidaklah nampak "bias" akan berlaku dengan ketara walaupun "bias" ini boleh juga berlaku...ini hanya cadangan penulisla....

3. Berkenaan dengan syarat pertukaran peserta untuk wakil setiap kolej membuat percaturan baru juga menjadi isu hangat. Seharusnya pihak penganjur membuat ulasan atau "briefing" terlebih dahulu dengan semua peserta dan pengurus pasukan sebelum bermulanya pertandingan pada pagi 26 ogos 2008. Mereka seharusnya menjelaskan bahawa semasa saringan percaturan boleh dilakukan jika mana-mana "team" itu tidak cukup atau kekurangan peserta dan pada "semi final" percaturan tidak boleh dilakukan lagi. Ini syarat pertandingan, maka pihak penganjur perlu memastikan para peserta dan pe ngurus pasukan harus jelas dan faham. Penulis bukan hendak melawan pihak penganjur ataupun menidakkan kewujudan peraturan, tetapi penulis berpendapat jika "team" tersebut hanya tinggal seorang sahaja, apa salahnya syarat tersebut diringankan. Lagipun misi kita adalah untuk mencungkil bakat baru, bukan hanya untuk mengejar kemenangan semata-mata. Tetapi, Penulis dengan jelas nampak ada "team" yang seolah-oleh terdesak untuk memenangi pertandingan ini sehinggakan melemahkan semangat pasukan lain. Penulis juga perlu mengakui hakikat ada "team" yang mencari pendebat untuk pasukan mereka hanya 3 orang sahaja tanpa mempunyai pemain simpanan! Ini mungkin kesilapan mereka, tetapi persoalan yang timbul ialah bagaimana masalah kekurangan pendebat ini boleh berlaku? Ini tidak lain disebabkan oleh penarikan pendebat-pendebat yang baik ke kolej-kolej lain. Kita lihat sahaja selepas DPNC 2008, sudah kedengaran di sana-sini tawaran bagi pendebat yang berpotensi untuk di tarik ke kolej berkenaan. Sehinggakan surat untuk penempatan kolej pun mereka sanggup keluarkan, yang penting masuk kolej tersebut.Adakah ini semata-mata mimpi penulis atau sebaliknya, kalau ini adalah mimpi, penulis seharusnya segera sedar dari tidur...kalau ini adalah realiti, penulis mohon perkara ini harus dihentikanlah....

4. Ketidakhadiran penulis pada malam penutup DPNC 2008, bukanlah disebabkan penulis ingin menunjukkan protes atau ketidakpuasan hati penulis terhadap mana-mana individu ataupun mana-mana pihak. Tersemat disudut hati penulis ingin ke majlis tersebut bagi sama-sama memeriahkannya bersama teman-teman yang lain, namun apakan daya penulis, pada malam tersebut juga penulis mempunyai program lain di Kolej Kediaman Indah permai yang mana memerlukan komitmen penulis untuk turut sama-sama menjayakannya. Penulis sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk cuba menghadirkan diri, tetapi inilah yang dikatakan perancangan Allah lagi tepat dan jitu. kita manusia hanya pandai merancang, tetapi segala keputusannya adalah terletak di tangan Allah."Man propose, Allah dispose".

4. Berkaitan isu yang mengatakan penulis telah menghasut pendebat kolej tertentu supaya melakukan "itu dan ini", penulis rasakan ini adalah "fitnah" yang sengaja dibuat-buat oleh orang-orang tertentu untuk memburukkan peribadi penulis semata-mata. Dan "fitnah" ini pula disampaikan oleh seseorang kepada pendebat-pendebat KKIP sendiri. Ini seolah-oleh "dia" hendak memburukkan nama penulis. Dan setahu penulis, penulis tidak ada apa-apa masalah peribadi dengan "beliau"! Tetapi penulis tidak melatah, penulis menerima ini semua sebagai satu ujian sebelum menjelang bulan Ramadhan Al mubarak! Penulis tahu orang yang ditindas doanya akan dimakbulkan oleh Allah. Hanya satu doa penulis, agar orang tersebut berhenti dari menyebarkan berita-berita yang tidak berasas ini dan bertaubatlah segera kepada ALLAH. Amin!!!. Penulis bukannya marah atau melenting, tetapi sedikit terkilan tentang hal tersebut.

5. Penulis juga terfikir adakah dengan "beliau" menyebarkan berita tersebut ,kredibiliti "beliau" yang sememangnya jatuh merudum semasa berlangsungnya DPNC 2008, akan meningkat kembali sehingga mencecah langit ke-7? Jadi dengan segala tohmahan yang "beliau" lemparkan tentang penulis, maka segala ketidakadilan yang beliau lakukan akan hilang di telan angin arus perdana, tetapi "beliau" lupa, sekali orang tahu hal sebenar, kredibiliti serta integritinya tetap akan dipersoalkan selam-lamanya...Jangan kita memburukkan orang lain demi kita hendak menyelamatkan "rumah yang sudah usang".

Rasanya cukup setakat ini sahajalah polemik untuk penulis komentarkan. Walaupun pelbagai masalah telah timbul, tetapi akhirnya DPNC 2008 berjaya juga ditangguhkan dengan jayanya walaupun pada malam tersebut telah berlaku sedikit kecacatan yang ketara (menurut kata-kata sahabat penulis yang telah menghadirkan diri). Kepada pihak penganjur jadikan ini sebagai tauladan dan "reflection" kepada kita supaya DPNC 2009 akan dapat dijalankan dengan jayanya. Janganlah kita taburkan baja pada pokok pisang tersebut, supaya pokok pisang tersebut tidak akan berbuah dua kali....

Kepada peserta-peserta Kolej Kediaman E, tahniah diucapkan atas kejayaan anda merangkul PIALA DPNC 2008 seterusnya mengekalkan kejuaraan tersebut. Kepada yang belum lagi berjaya, teruskan usaha anda, jangan mudah putus asa jadikannya sebagai batu loncatan untuk terus berjaya DI MASA HADAPAN!!

Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan di UNIVERSITI MAALYSIA SABAH KHUSUSNYA DAN AMNYA RAKYAT MALAYSIA, agar Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua...Amin...
wassalam....

18 comments:

Anonymous said...

dsbbkan penulis begitu berkobar2 bercerita psl dbnc, maka cokodok pun g la tgk dpnc kt sktm.
ramai2 kwn2 saya masuk. mcm penulis, ramai tak puas ati sbb dpnc buat masa midterm. masalahnya, diorang dah complain dari mula2 perjumpa'n. kononnya ada perjumpa'n awl2 dulu. time 2 lg kwn kite dah tanya, MT2 ckp diorg akan urus. pastu ada lg kwn22 dr kg lain pun ada complain. msg2 n calling MT2, pun tak dpt ubah. kesian kwn kita, kena marah ngan lecturer sbb x dpt hadir midterm.

final dpnc agak cacat. perdebatan n majlis tu. walaupun tak g2 arif dgn dunia dbt, tp mcm boring. dah la tak da bus.

masalah membeli pendebat... saya rasa itu MUNGKIN salah faham. ada gak pendebat2 ip yang berpotensi mcm kwn2 cokodok. jd, kononya jurulatih debat uni mengesyorkan diorang tinggal kt dlm uni. senang nak g lat. itu yg kwn kite cite la. yg lain2, cokodok tak tau.

sekadar memberi pandangan...

keep posting! jgn biar blog bersawang! rajin2 penulis update, rajin2 saya menyibuk hehehe jgn marah ya?

Anonymous said...

cekodok ni pagi-pagi dah buat penulis lapar dibulan puasa...teringat cekodok buatan ibu penulis...apa-apa pun penulis hargai pandangan cekodok....

Unknown said...

Slm, adik ku Burhan,

akak agak tertarik dengan perenggan berikut;

Berkaitan isu yang mengatakan penulis telah menghasut pendebat kolej tertentu supaya melakukan "itu dan ini", penulis rasakan ini adalah "fitnah" yang sengaja dibuat-buat oleh orang-orang tertentu untuk memburukkan peribadi penulis semata-mata. Dan "fitnah" ini pula disampaikan oleh seseorang kepada pendebat-pendebat KKIP sendiri. Ini seolah-oleh "dia" hendak memburukkan nama penulis. Dan setahu penulis, penulis tidak ada apa-apa masalah peribadi dengan "beliau"!

seingat akak, akak tidak dengar apa2 fitnah buruk mengenai Burhan. siapalah manusia durjana tersebut? selepas perlawanan btwn IP dan E, kami tidak mendengar apa2. kami dengan dunia kami. akak agak terkilan dengan apa yg berlaku sama ada di pihak penganjur mahupun dipihak akak. sepatutnya, pihak penganjur perlu menjelaskan keadaan yg sebenar kepada semua pendebat. kegagalan mereka berbuat demikian, menyebabkan ketegangan berlaku. sesuatu yg tidak sepatutnya berlaku.

untuk pengetahuan Burhan, kami tidak terdesak untuk menang, cuma itu adalah apa yg dinyatakan oleh pihak penganjur mengenai syarat pertandingan. akak x nk ulas pnjng, menambahkan sakit di dada.akak tidak menuntut kemanangan, yg penting setiap anak buah akak mendapat pengalaman. kami kalah ke kami menang ke tetap sama. hikmah disebalik semua ini, hubungan kami betul2 macam sebuah keluarga yg besar. pada awalnya akak ingat akak gagal membentuk mereka spt keluarga, nampaknya, ketegangan menyebabkan kami semakin utuh as a family.

Jauh di hati akak, Burhan tetap adik akak yg dulu. akak mohon maaf sekiranya tingkah akak ada menyakitkan hati Burhan. semuanya akak serahkan kepada Nya. kita boleh mempersoalkan keikhlasan seseorang tp Tuhan lebih memahami semuanya.

Anonymous said...

kak intan, first of all kak, penulis minta maaf dan ampun sekiranya akak ada terasa hati dengan kata-kata dan perlakuan penulis pada hari semi final tersebut.. tidak terdetik di hati penulis ini untuk menyakitkan hati kakak khususnya dan amnya pendebat KG E....dalam kita mencari sesuatu pengalam yang manis, biasalah berselisih pendapat, lagikan lidah pun boleh tergigit.
berkaitan dengan persoalan yang penulis timbul kan itu, penulis tidak menuduh mana-mana pihak tetapi ini adalah satu realiti. pertuduhan ini dibuat semasa final DPNC hari tu oleh seseorang dibahagian penyokong AB. itu yang tidak kedengaran. lagipun saya buka apa kak, saya kenal orang tu, tp bukn kg E....takpela biar dia dengan hal dia...yang penting kita happy!!!
akak thanks lawat blog penulis..
comel la akak senyum...
hidup kak intan!!!!!

Anonymous said...

hm....1st of all...slm ramadhan...xtau nak mula kat maner n berenti kat maner...rasenyer xpayah mgulas pasal bnda yg dh ketara btol..pgurusan dpnc..o namer glamer skunk kdpnc yg of coz hnye gempaq pader namer...of coz la hancor..xde sikit pon elemen pnambahbaikk yg diorg janji2kn...yg pling ketara ialah time final....bleh mc tu (yg hnye pndai main pantun,tp xpndai mengacara)x umum namer sorg hakim yg didtgkn oleh dr ramzah khas dr kl..?myumpah2 dr ramzah...brp kali timbalan pengetua diorg tuh kna trun naik pntas sbb diorg xreti sruh dier tgu c2 jea bg hadiah yg len....ya Allah, aq plak yg rase malu...pgurusan yg cam2 teruk bleh diorg agung2kn..stakat final yg cam2 hampeh klo dibanding ngan final last yer..y low profile tp mjadi....tp dah la...bnda dh lalu..klo diorg xpnh blaja dr silap, xkn ader pnambahbaikkn....after 8 yers of establishment, ni bkn ssuatu y patot blaku...n ni blom lg sal proses ptandingan...pasal pcaturan tu, aq no comment, sbb aq mmg xder tme ia dbuat...i regret it either...for the stupidity to bring it up...keeping that aside, igt brp kali diorg leh salah kire markah...smpi korg pon jadik mangsa...n kiter plak y tlaga-laga kt c2 sbb jadik mgsa keadaan..wlupon byk y aq dgr ttg situasi hari tu, aq xnk comment coz aq xtgk sndr..aq rase klo ktelusan diorg yg mjadi penganjor xdiupgrade, integriti diorg la y hilang...pganjur xleh dpengaruhi oleh pdebat len..hm..nt bpage2 plak aq mgarang...ni ko ni...suara mahasiswa la..aper la..btol ke ko mperjuangkn suara msiswa...hm..xtau la ko dh jauh b'ubah dr dlu ke...tp klo s'igt aq, burhan y aq knl dlu..juz pndi bckp,xde tindakan..yeke?stil, samer o mmg ade anjakan paradigma...?tepok dada, tnye tuan punyer diri..

Anonymous said...

thanks to saudari anonymous..pjg lebar sungguh komennya...berkaitan dengan penganjuran DPNC or KDPNC tu memanglah wujud banyak pemasalahan yang ketara..selamatlah jugak penulis tak pergi malam tu, kalau tak penulis pun akan turut tempias berasa malu, ni ke DPNC yg berprestij tu, pengacara dahla berterabur dan sebagainya...penulis malas nak ulas pasal kepincangan ni lagi...rasanya sudah cukup....tapi kalau penganjur tak juga reti-reti nak buat penambahbaikan, tak tahula nak cakap macam mana lagi....makin banyakla timbul kontroversi....

ada orang kata sesuatu itu berubah mengikut perubahan masa, penulis pun boleh dikatakan begitula..huhu....anjakan paradigma itu bukan satu ukuran untuk melihat satu perubahan, tapi sejauh manakah keberkesanan itu tercapai. Alhamdulillah nak dikatakan penulis 100% berubah karutla, turistikla nak buktikan, tapi kalau setakat 75%, penulis can admit it....
penulis sebagai mahasiswa, tetap akan memperjuangan hak mahasiswa selagi hayat dikandung badan. takkan kita nak tgk segala kepincangan yang berlaku tanpa boleh memberi pendapat..lama-kelamaan mereka akan naik lemakla....ini universiti kita, tanah air kita, jadi tidak bertanggungjawabla kita kalau kita tidak memperjuangan keadilan dan kebajikannya...

hidup mahasiswa..

KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN

Anonymous said...

ye la tu KAK intan...
plastik...

padahal kau yang beria-ia cakap pasal peraturan, tapi kau yang mencaturkan budak2 kau..

dan kemenangan ke E tak bersih
sebab nama senior kg E2 bukan lah nama2 pendebat yang beraksi di pentas final hari tue..
kecuali nicolas jer...

boleh check nama asal senior kg e2 ngan penganjur...



last2 dah masuk final(itupun hampir kalah) nak salahkan penganjur...



masa ip nak tukar orang kau yang beria-ia pertahankan peraturan..

bila kau yang tukar , ada orang kecoh? lu fikirlah sendiri...


sebab tu juara tahun lalu tak masuk final...



dah kena sumpahan ALLAH...

kebenaran tetap berlaku...

tahun depan, sediakan 80 orang pendebat kg e, supaya ko boleh tukar2 dengan alasan MIDTERM...

nanti kalo masuk final, tukar lagi orang...

Anonymous said...

sabar saudara anonymous...
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
setiap perbuatan yang x elok pasti ada balasannya...
itu terpulang kepada pencipta...
dia yang menentukan segala-galanya....samada org itu betu atau salah...
bagi kami yang menjdi mangsa, hanya bersabar menerima dugaan ini, kerana kami yakin dan percaya,ALLAH itu maha adil....
Thanks saudara Anonymous lawat blog penulis...teruskan melawat n memberi pandangan yang bernas...amin...

"KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN"

Anonymous said...

burhan, tolong la jgn bersikap "ortodoks" dan "hipokrasi" sgt..

kalau bagi komen dan pandangan ko mmg no.1. tp kalau ko check blk apa yg ko ckp tu, keseluruhannya melambangkan yg korang berada di pihak benar dan sume yg silap dr org lain. Come on la!!!

akak nasihatkan ko periksa n do a review back for evrything. jgn sesedap mulut je memberi pendapat.

u know what, dalam blogers ni ada 2 kategori. 1, bloggers berilmu. 2, bloggers tidak berilmu. Ko tau mana tmpt ko? of coz no.2. Sebab? ko sendiri la pun rasanya dah faham n tau kan.

Last but not least, mmg sume ketentuan dan dugaan dtg dr Allah, itu mmg tak dinafikan sebab dia Maha Pencipta dan Penguasa yg Agung. tp, jgn gunakan istilah2 suci ini mengaburi mata org dan seumpamanyalah. Cuba bw berfikir skjap, sbb apa Tuhan nak turunkan bala mcm yg ko rasa, sbb Tuhan lebih mengetahui tentang apa yg telah dan akan berlaku secara tersurat dan tersirat (burukkan org sana sini,buat penipuan dll) dan sbg balasan terimalah akibatnya.

Tlg la fikir sume ni,
jgn asyik bcp dan menulis dgn otak kosong, tp guna otak tu dgn waras dan posotive setiap masa .

Sekadar teguran,
x dpt terima is ok..
if dpt terima, syukur alhamdullh..

ikhlas,
8 ramadhan 1429 H

Unknown said...

to Burhan: tq....salah fhm btwn kita da setel...


to anonymous: Percaturan? yup!!! mmg km wat percaturan tp bersebab. 2 weeks b4 pertandingan i dah berjumpa dengan Fatimah dan Hasra dan mereka bersetuju. i thought mmg x ada problem sbb i dgr semua kg ada problem dan bebudak debat kg e ada mid term and some of lectures x nk lepaskan.

2. penganjur sendiri yg setuju dan kata boleh digabungkan senior dan junior. jgn sedap tulis tanpa usul periksa.

3. penganjur kata di final x boleh tukar pemain...i still ikut rules..right?

4. jgn jd pengecut dgn berselindung dgn nama anonymous..klu berani bersemuka dengan nama real...

Anonymous said...

buat kak intan sekali lagi..

haha haa..

kak intan sendiri akhirnya mengaku buat percaturan...

alasan midterm tak diterima sebab pendebat kh lain tak ada pun tukar2 orang... jgn nak kaitkan kolej lain..

kami dah jumpa penganjur, memang nama2 pendebat final ko yang beraksi tu cuma nicolas jer...

kau yang menipu... walaupun kami duduk kolej luar, kami tau apa yang berlaku...

kalau ko nak tau, ada junior2 kg e bgtau, dorang tak ngam dengan pemilihan kau.. terpaksa jadi pak turut.. kitorang pernah dengar sendiri dari mulut pendebat kau...

lu fikirlah.. jangan nak dapat nama jak.,..
ndak lama jugak tu kg\e...
kolej kami akan hapuskan dorang dan kau sekali tahun depan..

kami akan pastikan kau letak jawatan akibat kekalahan/....

kak intan ku sayang........

Anonymous said...

bodoh la BUrhan ni

blog ko ni memang khas untuk memaki kau..

Anonymous said...

ntah la korg ni sume.. asik2 bertelagah sesama sendiri..

well, xde apa yg perlu dibanggakan pun pd fnal dbt NC tu.. tak perfom & hancur.. jatuhkan maruah dbt ums je...yg menang n kalah sama je..

dgr la kata2 dr Ramzah, dah dua tahun keputusan dbt nc ums ni pemenang yg selayaknya menang tak dpt menang..

fikirlah wahai pendebat sekaliannya.............

Anonymous said...

saudara anonymous...
setakat saudara cakap bodoh n apa, bagi penulis tidak ada apa-apa kesan....
kalau saudara cerdik, Alhamdulillah...
tp jgn jatuhkan hukum seseorang itu bodoh atau tidak..
jaga mulut, jaga diri, hiasi peribadi..


'KEBAJIKAN TERS PERPADUAN'

Anonymous said...

sebab kau bodoh lah memang tak ada kesan...

post2 kau tu tak berguna..
tak berilmu
mengkritik tak tentu pasal...

jangan kritik, bagi resolusi
kalau dah hebat.

lagi sekali bangang dan bahalol...

tolol... dan shit...

bodoh...

Anonymous said...

saudara anonymous...

panas betul saudara ni ( rasanya pondan, sebab cepat melatah), terasa kot dengan artikel yang ditulis oleh pemilik blog ni, kalau saudara yang hipokrit dengan berselindung disebalik nama 'anonymous' lagila pondan ini mengatakan tulisan tersebut bodoh dan karut, saudara janganlah baca dan bagi komen, kerana, kalau betullah tulisan ini bodoh, saudara yang baca pun bodoh jugala maksudnya. kalau dah dua-dua bodoh, tak payahlah kita nak bising-bising...kita diam-diam ja....
pastu siap hina and kutuk-kutuk orang lagi, masyaALLAH kurang pahala puasa..si penulis blog ni takda pun hina and kutuk ko...
kalau sakit hati sangat, terus jumpa face to face, habis cerita...

aku pun dah jumpa si burhan, and tanya sapa yang sakit hati sgt dgn ko....dia ada bagitau la....patutla pun dia ni......malas gue nak komen pjg....
biar pun tulisan dia ni sedikit kurang asam, at least dia ada idea...yang ko mengutuk je lebih) hanya pandai hina orang ni, tak bahalol ke????????

Burhan, ko treus jak tulis, jangan diendah manusia yang berhai busuk dan dengki dengan ko.....walaupun tiada syaitan di bulan ramadhan, syaitan yang bertopengkan manusia tetap ada....amin....

Anonymous said...

Assalamualikum...
kepada saudara anonymous thanks for being "nice" to me..
Amin!!!

Anonymous said...

www.komunitikkip.blogspot.com
tak habis-habis isu-isu...