08 August 2008

Perjuangan kebiasaan memerlukan pengorbanan, dicaci dan dikutuk asam garam kehidupan..






Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Salam Kemerdekaan buat semua!!!!


Hari ini, hari jumaat yang indah, ketenangan dan keberkatan menyelubungi seantero alam. Sedang penulis minum secawan Nestum dan melihat keindahan alam ciptaan tuhan, penulis tergerak ingin mencoret sesuatu berkenaan dengan perjuangan dalam memberikan pendapat dan pandangan. Sebagai mana yang diketahui ada pelbagai perjuangan di dunia ini, samada perjuangan menuntut kemerdekaan, perjuangan menuntut hak, perjuangan sebagai mahasiswa dan sebagainya.

1) Sebelum ini penulis tidak pernah mengetahui apa itu blog! Sehinggakan penulis membaca beberapa blog yang dibuat oleh beberapa kenalan.Penulis juga tidak mengetahui apa-apa tentang benda yang dinamakan blog ini? Untuk pengetahuan kawan-kawan blog ini merupakan cetusan idea blogger untuk dikongsi bersama, boleh juga dijadikan diari dan sebagainya. Rasanya kalau blog ini kita jadikan tempat untuk kita "copy" sesuatu dan "paste" disini, itu baiklah tidak payah dibuat blog. Sebab itulah penulis selalu mengatakan "phrase" ini "ini adalah pendapat penulis, ini adalah luahan hati penulis....dan sebagainya" kerana ini merupakan coretan hati dan pendapat penulis semata, akalu ada pendapat orang lain penulis akan menyatakan sumbernya.Jika perkara tersebut merupakan spekulasi ataupun desas-desus pasti tiada sumbernya tetapi kita boleh jadikannya sebagai polemik untuk berdiskusi. Lagipun inikan dinamakan SPEKULASI dan DESAS-DESUS, betul atau tidak berbalik pada pandangan masing-masing!

2) Penulis pula terfikir, kalau sudah ada blog, macam mana nak suruh orang baca blog kita? Jadi mestilah ada "promotion" yang perlu dibuat. Kalau tidak dibuat promosi maka idea dan pandangan kita tidak akan dibaca, membuang masa sahaja kita menulis berjela-jela tapi tiada yang membacanya. Bila dah dibuat promosi terpulanglah kepada mereka yang membukanya samada mahu membaca atau tidak. Tidak ada istilah ingin "memaksa" sesiapa untuk membaca blog ini. Terpulang pada anda, keputusan ditangan anda! tepuk dada tanya selera dan tanya iman!

3) Berkaitan soal pendapat penulis yang dikatakan jumud,bodoh, dangkal, membabi buta dan sebagainya yang diberikan oleh komentator. Bagi penulis biasalah tu, kita ni manusia yang tak sempurna, seperti juga penulis manusia yang tak sempurna. Ini pendapat penulis dan "for sure" akan wujud perbezaan pendapat dengan orang lain. Penulis berpendapat tak salah ada perbezaan tersebut kerana perbezaan pendapat itu adalah satu rahmat. Yang penting kita perlu enunjukkakn kematangan dalam mengulaskan sesuatu isu.

4) Dalam kita memberikan sesuatu pendapat kita mesti ada keberanian. Dicaci , dihina, dikutuk dan sebagainya itu adalah asam garam dalam memberikan pendapat mahupun menjadi blogger. Kita jangan takut menerima kritikan selagi kritikan tersebut merupakan kritkan yang membina. Kita perlu sedar dalam dunia ini ada pelbagai ragam manusia, ada yang begitu" dan ada juga yang "begini". Jadi kita harus tabah dalam menjalani kehidupan ini.

5) Jika kita melawat blog-blog pemimpin kita pun ada juga yang memberikan pendapat dan komen-komen yang panas dan pedas. Tidak ada pun salah seorang daripada mereka melenting mahupun menamatkan blog yang mereka tulis selama ini. Mereka terus juga menulis. Sebab kita perlu ingat, jangan kita biarkan kerana seekor nyamuk yang mengigit serta menghisasp darah, maka habis satu kelambu dibakar.

6) Dalam kita menjadi seorang blogger, kita tidak perlulah mengambil jalan mudah untuk mendapatkan publisiti murahan dengan mencaci dan menghina peribadi seseorang. Bagi penulis itu adalah berlawanan dengan etika penulisan kreatif dan sebagainya. Penulis juga berpendapat memanggil seseorang itu dengan perkataan yang boleh menjatuhkan maruah serta menyinggung perasaan seseorang juga tidak patut dilakukan dan seblehnya perlu dielakkan kerana kita selaku mahasiswa perlulah menjaga pertuturan dan keintelektualan yang kita ada.

7) Bagi menghukum sesuatu blog itu berilmu atau tidak itu terserah kepada pendapat dan pandangan masing-masingla... Penulis juga tidak pernah mengatakan tulisan penulis ini sebagai satu bentuk ilmu atau tidak. Seperti mana penulis terangkan sebentar tadi, Itu terserah. Tetapi penulis akan tetap menulis selagi ada masa dan kesihatan yang mengizinkan.

Jadi perjuangan tetap perlu diteruskan.Penulis rasa setakat ini sahaja pendapat penulis bercerita tentang dunia blogger untuk kali ini. Andai kata ada silap dan salah serta terkasar bahasa, mohon diampunkan! Hidup didunia ini hanya persinggahan bukannya satu keabadian.

Jadi teruskan kawan-kawan memberikan pendapat dan sebagainya!!!!
Nantikan coretan seterusnya daripada penulis berkaitan dengan KEMERDEKAAN dan juga BULAN RAMADHAN!!!!

4 comments:

Anonymous said...

ok. I found an information here that i want to look for.

Anonymous said...

WE CAN SHARE ANY IDEAS HERE..DON'T BE AFRAID AS LONG AS WE KNOW WHERE WE STAND!!!

Anonymous said...

thanks for the people that view my blog! thanks!!

Anonymous said...

blog adalah tempat utk kita meluahkan pendapat secara bebas n at the same time bg org lain komen scr bebas di blog. jd, jgn terasa dgn mana2 komen yg diutarakan. baca, kaji, fikir, pastu amik yg baik. yg lain2 kita abaikann. mungkin komen2 yg "membina" ini membantu meningkatkan populariti blog ini. jd, rjn2 la update blog dgn isu2 yg lbh best k?

debat nc tu start hari selasa kan?
buatla liputan kt blog ni. hehehehe
sekadar cadangan dari seseorang yg kerdil