10 September 2008

KEMELUT DI MUARA KASIH vs. MADAH BERHELAH

'Manusia yang mempunyai keazaman dan ketahanan yang tinggi, tidak pernah melatah dengan tekanan manusia dan dunia'...profesor Darren Paul.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera penulis ucapkan kepada semua pembaca blog ini yang serba kekurangan dan tidak lepas dari segala kontroversi.

1. Pada kali ini penulis akan berbicara mengenai kebebasan bersuara di kalangan kita, masyarakat Malaysia. Samada kita ini seorang mahasiswa, mahupun sebagai seorang apa sekalipun, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat kita walaupun sesetengah orang kata pendapat tersebut adalah karut mahupun sampah.

2. penulis rasakan topik ini cukup hangat diperkatakan oleh media arus perdana baru-baru ini terutamanya selepas PRU 12, Begitu banyak blog-blog yang menyuarakan pendapat masing-masing melalui gaya dan cara mereka tersendiri tumbuh bagaikan .endewan selepas hujan, termasuklah juga diri penulis ini.

3. Kebebasan bersuara ini boleh dijelaskan sebagai seseorang mahupun individu tertentu, yang memberikan pendapat mereka atau pun kata-kata tanpa ada sekatan mahupun melanggar undang-undang serta Akta Hasutan 1948, semakan 1969.

4. Pada pandangan penulis, selagi kata-kata itu tidak menimbulkan 'Society Riot', dan selagi ianya tidak menghina mana-mana agama, bangsa, negara mahupun budaya, kita bebas menyuarakan pendapat kita.

5. TRIBUTE

my fellow readers,
After i read comments in every single topics that i published here, i could feel that, most of the comentators tried to give their own opinion about the issues that the auth0r arose here.

And i also noticed that, some of the COMMENTS here even used a nasty words to me. NO EXCEPTION for those who gave me a good advices, ideas and opinion as well as encouraging me to continue my writing, thank you for your supporting me, eventhough some of them said my writings are idiot and rubbish!

The author accepted all the comments as a 'reflection' to be a good writter in the future.

Everybody well-known about this person, Y.A.B Tun Dr Mahathir bin Mohammad or his 'pena' name is chedet. While he was studying in the university, he also was one of the author for the university magazine. He is a great writer and got his own writing style. For example, how he revealed or discussed about the particular topic or subject (i mean hot and may be a controversial topic at that time). He was writing without any hesitating and felt afraid to anybody, eventhough at that time, almost of his published articles got a bad feedback from the readers.

What was they said about Tun published aricles?. Tun Dr.Mahthir's writing is rubbish ( he also has published a lot of books, even MALAY DILEMMA also had been banned by the government).

What he did after that hard situation? Is it he quit from writing something? Absolutely he doesn't stop from writing and until now, he is still writing. And right now, Tun Dr,Mahathir also has his own Blog (www.chedet.com), and surprisingly, his blog got more than 6 billion surfers or readers within 6 months after publishing.I salute his bravery!


6. Itu cerita berkenaan negarawan teulung kita, walaupun dikeji, dihina dan sebagainya, Tun tetap juga menulis tanpa mengenal erti putus asa. Kerana Tun tahu, dicaci dan dikutuk sudah menjadi asam garam dalam kehidupan kita. Kalau kita tidak dapat menerima teguran dan kutukan, jangan kita mencari nahas untuk mencuba sesuatu bidang yang kita minati. Bukan melarang, tapi takut kita akan jatuh tersunggur sebelum lagi kita memulakan melangkah yang pertama.

7. Kebanyakkan tulisan penulis disini adalah kupasan idea dan pendapat penulis sendiri tentang sesuatu isu yang timbul di Universiti Malaysia Sabah. Penulis mewujudkan blog ini adalah hanya untuk menjadi salah satu daripada 'check and balance' kepada mana-mana badan, ataupun pihak di universiti ini. Bukan penulis mengatakan yang penulis ini seorang yang bagus, mantap dan sebagainya, sehinggakan penulis menggelarkan diri ini sebagai 'check and balance' di UMS, bukan itu maksud penulis. Untuk pengetahuan pembaca semua, semua daripada kita boleh menjadi 'check and balance' selagi ianya tidak melampui batas yang ditetapkan. ini juga merupakan salah satu daripada cabang kebebasan bersuara.

7. Sebagai seorang mahasiswa ynag merdeka, kita boleh dikatakan cukup matang untuk membicarakan sesuatu isu yang timbul. Pendapat kita juga harus didengari oleh pelbagai pihak, walaupun pendapat tersebut adalah 'nothing
bagi mereka. Kita sebagai mahasiswa janganlah menjadi seperti katak di bawah tempurung, kita kena keluar dari kepompong yang akan menyebabkan kita mundur, kita mesti keluar dengan melihat dunia luar, we have to think 'out of the box' without crossing our morality and eastern values. For intances, we have to know about Palestinian issues, Iraq war, the up side-down Pakistan current politics, same to Thailand, and what happen to our malaysia, especially politics, uncertainty Malaysia economy, educational problems and so many more.We don't have to be afraid to give our opinion heard!

8. Penulis ingin mengulas sedikit tentang komen yang diberikan oleh pembaca yang mengatakan penulis ini ortodoks, hipokrit, bodoh, membodohkan diri dan sebagai. Kalau itulah pendapat pembaca, apa yang boleh penulis buat, penulis hanya boleh mendiamkan diri.Tetapi, penulis diam tidak bererti penulis setuju, atau penulis menjawab tidak bererti penulis melawan. Kita harus jelas bagaimana konsep ortodoxs dan hipokrasi itu digunakan dalam penulisan dan sebagainya. Dalam teknik penceritaan, samada novel mahupun drama, konsep ortodoxs ini selalu juga digunakan sebagai salah satu perindahan gaya penulisan, maksudnya tidak mempunyai apa-apa masalah kalau digunakan!

9. Tetapi apa yang penulis faham daripada komen tersebut ialah, Komentator mengatakan yang penulis ini otodoxs ialah penulis masih lagi menggunakan cara ataupun pemikiran yang tradisional. Manakala hipokrasi pula ,ialah penulis ini menyembunyikan perangai sebenar dengan menggunakan bahasa penulisan yang indah. Penulis ingin memberikan sedikit komentar, untuk kita menuduh seseorang itu ortodoxs ataupun hipokrasi kita harus membuat beberapa penilaian terhadap beberapa aspek, barulah kita boleh menjatuhkan hukuman seseorang itu ortodoxs ataupun hipokrasi. Kepada AKAK ANONYMOUS, mungkin akak telah kenali penulis ini lebih daripada 10 tahun kot, dan kita pernah berkawan rapat, sebab itulah akak boleh mengatakan penulis sedemikian.

10. Perbezaan antara perangai dan hasil penulisan adalah sesuatu yang nyata. Hasil penulisan samada fiksyen ataupu bukan fiksyen, harus disulami dengan menggunakan bahasa yang indah dan dapat menarik perhatian. Inilah konsep penulisan kreatif, manakala kalau sesuatu itu adalah fakta, walaupun ditulis dengan apa cara sekalipun ia tetap akan dikenali sebagai fakta selagi ianya tidak lari dari perkara yang sebenar. Al-Qur'an juga menggunakan bahasa yang indah lagi cantik peribahasanya, sehinggakan masyarakat Arab jahiliyah pada masa itu mengatakan bahawa Nabi kita Muhammad S.A.W, sebagai ahli sihir disebabkan betapa indah dan tingginya bahasa Al-Quran. Tetapi masyarakat Arab jahiliyah pada masa itu tidak juga percaya kepada Al-Qur'an dan agama Islam. Allah S.W.T telah mencabar mereka di dalam Al-Qur'an, kalau mereka mengatakan bahwa Al-Qur'an dan agama Islam ini tidak benar,Allah S.W.T cabar mereka mencipta sepotong ayat yang mana lagi indah dan tingginya bahasa berbanding bahasa Al-Qura'an.Tidak ada satu orang pun pada masa itu yang dapat menirunya mahupun menciptanya, malahan telah ramai pula ynag memeluk agama Islam. Itulah kebesaran serta kemukjizatan al-quran. Takbir!!!. Sama juga dalam penulisan kreatif. p/s : penulis bukan ingin membandingkan mana-mana hasil penulisan dengan Al-Qur'an, harap maklum.

11. Penulis rasakan, dalam memberikan pendapat mahupun komen, penulis tidak hipokrasi, penulis dengan jelas dan nyata mengatakan siapa diri penulis, dari mana penulis datang dan sebagainya. Dan untuk mengukuhkan lagi hal ini, penulis juga meletakkan gambar penulis di sini, maka semua tahu siapa diri empunya penulis ini. Untuk kita menggelak diri kita daripada dikatakan hipokrit oleh seseorang samada penulis ataupun sesiapa sahaja, maka kita haruslah memeberikan nama yang sebenar ketika menulis mahupun MEMBERIKAN KOMEN. Bukan untuk disaman, tetapi untuk kebaikan. Bak kata pepatah "mengata dulang paku serpih, mengata orang........".

12. Dalam setiap penulisan penulis, penulis juga bukan hanya memberikan komen semata-mata, penulis ada mengusulkan cadangan kepada permasalahan tersebut. Kalau pembaca masih lagi ragu-ragu dan tidak percaya, baca kembali artikel yang telah penulis siarkan sebelum ini.

13. Sempena ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama membersihkan diri, mencerahkan hati, membaiki kata-kata, supaya ramadhan kita kali ini akan menjadi lebih beRerti.

Penulis memohon seribu kemaafan andainya, kata-kata penulis ini mengguris hati dan sanubari. Kerana penulis tahu dan yakin yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu juga datangnya daripada Allah, tetapi disandarkan kepada diri penulis untuk kita membezakan antara makhluk dan KHALIQ.

Amin

KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN

8 comments:

Anonymous said...

nicely said. but sedikit terasa sbb saya juga atr manusia yg komen disini tidak menggunakan nama sebenar. harap penulis x kisah ttg itu. kalaupun saya meletakkan nama sebenar, bkn org kenal pun kan?? a small person 4rm a big world.
neway, i like this sentence

"Sebagai seorang mahasiswa ynag merdeka, kita boleh dikatakan cukup matang untuk membicarakan sesuatu isu yang timbul. Pendapat kita juga harus didengari oleh pelbagai pihak, walaupun pendapat tersebut adalah 'nothing
bagi mereka. "

i love that! this is the prob wif the ppl nowadays. even i myself, sometimes have this prob.

bg pandangan saya, kupasan idea penulis sgt lain drp diri penulis sendiri. saya sendiri terkejut bila membaca blog penulis buat pertama kalinya. sgt lain.

can i add something?

so, continue writing. this is a blog dude! blog is a place 4 u to spill wateva u think, feel n wish to say.

n bear in mind, it also a place for us ppl to say n express wateva we feel.

u noe me. i'll say wat i feel n i will always wanna noe ur point of view. n will always support u. support doesnt mean i agree to wateva u say. support meaning i will try my best to leave a comment here n there to show u i visit ur blog.
hehehehe bear wif me k? i am becoming ur frequent visitor.
all the best pal!
p/s: bl penulis ckp bahasa penjajah, cokodok pun teringin. hehehe

Anonymous said...

Fisrt of all, i will announce that cekodok will be my first 'fave comentator' for this month!!!!!!hehe.....

ok, sebenarnya kalau kita seorang yang berani dalam kita hendak memperjuangan pendapat dan suara kita, kita juga harus berani memberitahu dunia, who we are!!!! ( the answer for the cekodok, but if you cannot gv the real because of smething, it's ok...but use the opportunity "anonymous' wisely.

penulis teringat pula satu pepatah inggeris yang mana mengatakan " don't judge a book by it's cover". jadi kalau personaliti penulis lain dari hasil tulisannya.....janganlah kita terus judge penulisan penulis juga seperti personalitinya. kalau seseorang memberikan kita nasihat walaupun orang itu adalah seorang pelacur, selagi mana nasihatnya itu betul, maka harus kita menerimanya!

for cekodok don't worry, i will continue to write until my last breath. Only time can change it!
thanks for visit, gv a commnt, all ur comments are appreciated!

hidup cekodok!!!

"KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN"

Anonymous said...

kerana kami berani la, kami luahkan rasa n pendapat agar ko dpt baiki blog ko ni. Bnyk sgt isu2 remeh n murahan yg ko bangkit kan, dah la ulasan panjang lebar n asyik2 membela 'benang basah ko' tu. Kseluruhan topik "madah berhelah" yg ko buat ni pun sudah memperlihatkn kelemahan ko sendiri, membela sendiri tulisan ko. Terpulang la sama ko burhan, akak nak tegur apa yg btol je. Jgn nak menyamar jd org lain n bg komen sendiri kat blog ko ni, akak tau sgt2 taktik kotor ko ni. Akak bukan buta IT. Dah terang2 salah, xkan akak nak betulkn sume perkara yg ko ckp. 'lu fikir Sendiri la Burhan'.

Anonymous said...

thanks akak anonymous,

thanks for ur comments..
akak, bagilah suggestion apa topik yang bukan remeh temeh! topik apa? akak hanya pandai mengkritik, tapi cadangan tidak pernah akak berikan...kalau akak seorang yang berani, akak bagi alamat blog akak, bia saya lawati..saya nak tengok topik apa yang akak bincang yang dikatakan tidak remeh temeh. saya sedih dengan akak, akak kata ini tak itula, tak inila...habis apa yang harus saya tulis...pasal keburukan saya, pasal kejahatan saya. akak ini blog, apa yang saya ulas adalah pendapat saya, setuju atau tidak terpulang pada akak. saya dah tak faham macam mana nak bagitau akak yang tak faham apa-apa. akak ni ambil kos psikologi ek, macam nak psyko penulis je....

pasal comments, ada ke penlis nak comments untuk diri sendiri. giler ke akak ni. macam cekodok, saya kenal dia (xleh bagitaula), hamba Allah, saya juga kenal..yang saya tak kenal ialah akak, dan segala anonymous yang berselindung disebalik nama tersebut! hipokrit yang teramat sangat!

bagi cadangan apa yang penulis perlu tulis.

lagi satu, penulis nak puji penulis ke, nak kutuk penulis ke, nak buat apa ke..ini laman penulis...tak perlu minta kebenaran dari sesiapa, harap maklum..
panjangnya komen kali ni...penulis harap semua faham...
betulla apa yang cekodok kata, blog tempat untuk penulis kata apa sahaja, dan blog juga tempat penulis terima apa sahaja komen...akak ur comments are appreciated!


KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN

Anonymous said...

1 je soalan utk ko, adakah dgn org tau ni blog ko maksudnya ko x hipokrit? Eee..tlg la.. Akak rasa ramai yg knal ko juga burhan, bnyk sgt ceritera tentang ko yg akak dgr. Then, x perlula ko kenal akak, akak pun bukan kenal ko sgt, xperlukan ko pun, xknal pun sapa cokodok atau nick2 lain lg la yg ada kat blog ko ni. Ntah btol ke x diorg tu wujud, itu x tau. Apa yg buat akak bengang, kseluruhan komen ko mengenai industri dbt ni asyik2 nak menghanjengkan je dbt, seblum dbt NC lg pun ko dah bising2 pasal pcaturan la apa la, dah slesai dbt NC pun ko bising2 lg pasal kptusan la, hakim la, pnganjuran la n etc lg la. Bukan nk ko memuji atau memberi penghargaan, sbb akak rasa ko pun xlayak lg.. Cuma komen la dgn cara membina, berhemah dan TANPA PREJUDIS. Sure xkn ada org melenting dgn ko. Ni komen ko menghanjengkan org, apa x org pun pg sentapkn ko blk. Itu bru CHECK N BALANCE. Jgn la pula minta akak bg pandangan, sedangkan ko mengkritik je pun tanpa ada cadangn n pndngan. Pandai2 pula minta soh akak. Tak perlu juga akak jelaskan apa isu bukan remeh yg ko kena ckp, sbb ni blog ko la adik oi, xkan la nak akak ajar ko tulis itu dan ini. Teknikal mcm ni pun ko x faham,aduhh... patot la gaya pmikiran ko mcm ni. Ko x sedar n buat review blk kan apa org komen, seharusnya ko buat semak selia, tgk n terima pandangan org seadanya. Lg baik kalu ko x buat entri2 yg sama je n seolah nak bela kenyataan2 ko yg dulu. Ni yg murahan sgt. Please la. Dgr cni baik2, ni adalah komentar akak terakhir. Mls dah nak layan lg, sbb xda gunanya pun kalau x d dengar n x d amik pngajaran pun. Up to ko la Burhan. Jgn jak jd mcm Raja Petra n konco2nya, kena tahan ISA atas tulisan blog yg mengundang kontroversi. Fikir2 la ek. Kalau di himpunkan sume peminat dbt kat ums ni skalipun, rasanya ramai yg sokong akak bbnding ko sendri. Ntahlah.. Lu fikir sendirila Burhan. By.

Anonymous said...

salam...
Alhamdulillah....
terima kasih akak ( sebenarnya lelaki, cuma guna akak coz penulis sudah kenal siapa orangnya)....
apa-apalah...
pembaca semua sudah bijak untuk membuat kesimpulan.....
keputusan terletak di tangan pembaca.....

kalau pembaca mengatakan penulis ialah itu....itula....kalau pembaca kata penulis ini...inila...

wassalam...

KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN

Anonymous said...

astaghfirulah, mmg betul la kan ko ni prejudis orgnya mcm yg dah akak ckp sblm ni, akak pompuan tulen pun ko ckp lelaki.. Adoii-ni la susah kalu lelaki nk jd pompuan, imaginasi mmg bagai, bila bkata ikut ssedap rasa n mulut mmg puaka. If dh jd mcm ni, rasanya pembaca sekalian pun lg lah dpt perhatikan sapa yg lbh bijak dan sapa yg kurang cerdik dlm hal ni. Hati2 je la nasihat akak terakhir, kadangkala kita dah meludah ke langit tp akhirnya terkena btg hidung n tahi lalat sendiri.. Baru tau kan! Beringat sblm kena adalah lbh baik utk d amalkn. Akhir kata, Slm lebaran semua,mohon maaf zahir & batin. By.

Anonymous said...

burhan ni memang pukimak