Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, kita telah berjaya menjalani ibadah puasa pada yang hari ke-12 dengan perasaan yang tenang dalam keadaan yang aman dan damai. Tiada peperangan di sana-sini, tidak seperti sahabat kita di Pakistan ,Iraq, Afghanistan dan sebagainya yang terpaksa berpuasa dalam suasana yang tidak aman dan damai. Inilah antara sebabnya mengapa kita perlu besyukur kepada Allah S.W.T atas nikmat yang amat besar yang telah diberikan kepada kita masyarakat islam di Malaysia.
1.  CINTA. Apakah itu cinta? Adakah ianya hanya manifestasi perasaan kita  sesama manusia sahaja, seperti lelaki cintakan wanita dan vice versa. Atau lebih daripada itu?
2.  kali ini, tergerak dihati penulis ingin mencoretkan sesuatu di blog ini berkaitan CINTA. Mesti ramai di antara para pembaca yang akan bertanya, kenapa penulis beria-ia sangat menulis berkaitan "cinta". Adakah penulis sedang dilamun cinta? Atau pun telah putus cinta? Pelbagai persoalan pasti sedang menerjah pemikiran pembaca.
3.  Penulis sebenarnya baru sahaja ***** cinta. (bukan bermaksud penulis ingin menjaja kisah peribadi, tetapi sekadar berkongsi apa yang terselit di pintu hati). betulLAH kata orang-orang tua, kalau kita dah bercinta, segalanya milik kita berdua, ke mana kita pergi pasti akan bersama, sehinggakan kita alpa dengan segala-galanya.
4.  Dalam islam menggalakkan kita becinta selepas kita berkahwin. Bukan menghalang kita bercinta sebelum kahwin, tetapi takut kita tidak dapat menahan godaan syaitan sehinggakan akan membuat diri kita hanyut di bawa arus lautan asmara. Dek panahan syaitan kita bisa melakukan sesuatu di luar batasan.
5.  Penulis rasakan cinta ini sebenarnya ada pro and kontranya. Ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana niat kita menghayatinya berlandaskan syariah, dengan agama diletakkan dalam segala keputusan yang hendak dibuat. Ada orang bercinta kerana kawan-kawannya juga bercinta, ada orang bercinta kerana rasa mahu disayangi dan menyanyangi. Seperti juga penulis, mempunyai hati yang juga mahu dikasihi dan mengasihi. Tetapi, adakah apa yang penulis lakukan ini adalah betul?, setelah penulis memandang ke langit sambil berfikir sejenak , sebenarnya begantung kepada bagaimana kita membawa perasaan itu, kalau kita halakannya kejalan yang diredhai, Alhamdulillah, kalau ke jalan yang tak betul, Nau'zubillah. Cinta itu manis, tetapi kita mesti ingat azab Allah lagi berat kepada orang-orang yang lalai.
6.  Dalam kita mengejar cita-cita dan cinta, kita lupa Allah tidak akan membiarkan umatnya hidup tanpa diberikan ujian. Bukan Allah tidak sayang, tapi untuk menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah, untuk menggelakkan umatnya lalai, diberikan ujian untuk disedari. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur kepada Mu.
4.  TRIBUTE I
Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia
Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu
Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela
Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu
Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu
5.  TRIBUTE II
Berputar-putar kurenung gambar wajahmu 
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi 
Lupakan saja cerita lama 
Usah dirayu pada yang tak sudi 
Janganlah dinanti pada yang telah pergi 
Hanya luka lama kan berdarah kembali 
Kini kecewa tidak terkata 
Mengapakah itu disebut lagi 
Apalah yang hendak dikata 
Sudah suratan takdir menentukan 
Inilah ragam manusia 
Manis di bibir pandai bermain lidah
 
Berputar-putar membelitkan kata-kata 
Hanya linangan airmata kan menitis 
Pada bayangan di angin lalu 
Membisikkan kata rindu bayangan
6. Cinta yang hakiki ialah cinta kepada pencinta, cinta yang suci ialah cinta kepada kedua ibu bapa, cinta yang harmoni ialah cinta sesama kita, dan cinta yang memeningkan cinta antara lelaki dan perempuan.
7.  Pilihla jalan hidup kita dengan betul, jadikan agama sebagai tanda aras kepada kita dalam segala keputusan yang akan kita lakukan.
8.  Selamat berpuasa dan bertarawih kepada semua sahabat sekalin.
KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN
12 September 2008
CINTA, DI MANAKAH KESUDAHANNYA???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

2 comments:
Salam Wasilah Ukhuwah Fillah
Suatuy penulisan yg baik. Teruskan dik.
- Abg CD
assalamualaikum..
thanks abg CD.....
Post a Comment