Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat sekalian...
1.Hari ini tanggal 15 september 2008, esok adalah 16 september, bagi sesetengah pihak merupakan tarikh penantian kepada sesuatu, tetapi bagi penulis ianya tidak lebih seperti hari-hari biasa.
2. Sebelum penulis melanjutkan coretan ini, penulis ingin mengucapkan selamat menyambut HARI PEMBENTUKKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA yang ke-45 (Semenanjung, Sabah ,dan Sarawak) yang berlalu dengan penuh kegemilangan yang kita kecapi bersama.
3. Penulis juga ini mengucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH, Y.A.B TUN DATUK SRI PANGLIMA HAJI AHMAD SHAH BIN ABDULLAH. Semoga TUN dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu serta diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan pemerintahan negeri ini.
4. Apakah keistimewaan 16 september tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya? Penulis jangkakan pembaca semua sudah mendapat jawapan apa yang penulis cuba ingin nyatakan. Retorik tentang perubahan kepimpinan kerajaan Persekutuan Malaysia daripada BARISAN NASIONAL oleh PAKATAN RAKYAT. Penulis sudah jangkakan yang 16 september pasti akan ditunda ke tarikh yang lain disebabkan perancangan yang dijalankan pasti akan mendapat pelbagai cabaran.
5. Apa rasionalnya penulis bercerita mengenai hal ini. Adakah ada kaitan dengan penulis sebagai mahasiswa?
6. Pada pandangan penulis yang kerdil ini, seiapa pun yang akan memerintah pada 16 september atau pun bila, matlamat, visi serta tugas kita tidak akan berubah, tetap sama. Menggengam segulung ijazah serta dapat mengikuti segala aktiviti Universiti dengan jayanya.
7. Ada sesetengah pihak takut akan perubahan ini, manakala ada sesetengah pihak pula menanti dengan penuh kesabaran. Daripada pengamatan penulis selepas PRU KE-12 ini, pihak yang tidak mahu peristiwa 16 september ini berlaku kerana mereka takut hak mereka sebagai bumiputera ini akan terhakis, manakala sebelah pihak lagi konon-kononnya akan berjuang bukan berdasarkan ras ataupun kaum. Mereka mengatakan bahawa semua kaum adalah sama dari segi kebajikan dan sebagainya.
8. Terus-terang penulis katakan setiap orang atau bangsa mempunyai sifat "chauvinisme" dalam diri masing-masing. Perkara ini memang tidak boleh lari, termasuk juga diri penulis. Adakah sikap ini perlu kita semarakkan atau perlu kita padamkan? untuk menjawab persoalan ini, penulis suka merujuk kepada satu firman Allah S.W.T dalam Al-quran "Wahai manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal –mengenal(al-Nisa’ 1)" . Apakah tujuan Allah S.W.T menciptakan kita (manusia) ini berpuak-puak, berbangsa-bangsa? Tidak lain adalah untuk kita saling kenal-mengenali dan seterusnya menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah. Bukannya untuk kita bermegah-megah dan menindas-nindas bangsa-bangsa lain. Apa penyelesaiannya kepada hal ini? Ianya adalah Islam.
9. Ada juga yang mengatakan dengan kita menjaga bangsa kita iaitu melayu, maka sekaligus kita akan menjaga kesucian islam. Sejauh mana kebenaran ini pada zaman sekarang? Jawapannya terletak pada diri anda. Apabila penulis berbicara mengenai bangsa bukan bererti penulis ingin berbicara mengenai sifat assabiyah yang sempit, kerana sebagaimana yang kita ketahui berpuak-puak dan bersuku-suku itu adalah sunatullah.
10. Islam merupakan wadah yang paling sesuai untuk mengerat dan mewujudkan perpaduan antara kaum tanpa wujudnya rasa sangsi terhadap perbezaan ras ini. Apabila agama dijadikan medan perubahan, pasti kemenangan dan kejayaan akan dicapai. Tetapi jangan kita alpa, ada sesetengah pihak menggunakan nama agama sebagai satu batu loncatan untuk popular atau memperolehi "political mileage". Penulis tidak menunding jari kepada mana-mana pihak. Tetapi ini adalah hakikat sesetengah daripada kita.
11. Penulis yakin, mana-mana "coalition" pun yang akan memerintah Malaysia, percayalah industri pendidikan tidak akan mereka hapuskan! Kita tetap akan diberikan keutamaan dari pelbagai segi, kerana mereka tahu dengan pendidikanlah sesuatu bangsa itu akan mewujudkan tamadun yang gemilang dan terbilang!
12. Ada orang bila dah lama pakai kereta "Proton" ni, sesekali nak juga try naik kereta "Mercedes", bukan tak suka dan sayang pada "Proton", tapi nafsu dan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru itu tidak dapat dikawal. "Proton" tetap juga disayang, kerana penulis sedar dengan "Proton" inilah penulis berada pada tempat mana penulis berada sekarang, tidak seperti mereka yang menggunakan "Chevrolet" dan "Dahaitsu", masih lagi mencari halatuju. Tapi penulis yakin, bila kita sudah mengguna "Mercedes" nanti, kita pasti akan membandingkan dengan "Proton", jikalau "Proton" JAUH lebih baik dari "Mercedes", penulis memberi jaminan , penulis pasti akan menggunakan kembali "Proton" yang banyak berjasa ini. Adakah penulis sudah terlewat untuk menggunakan "Proton" selepas menggunakan "Mercedes"?
13. Terjadi atau tidak 16 september, itu bukan persoalan. Kita sebagai mahasiswa harus memandang kehadapan, terus mara, kerana suatu hari nanti mungkin kita pula yang akan membuat PERUBAHAN yang baru, mungkin 17 september pula akan menjadi sejarah baru dalam arena politik malaysia? Tiada sesipa yang dapat mangetahuinya.
14. Semoga kita semua hidup dalam aman dan rukun tanpa ada persengketaan seperti negara-negara lain. Penulis amat menyayangi keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini di Malaysia. Penulis tidak akan memaafkan kepada sesiapa yang mencetuskan pergaduhan. Kerana mereka inilah sebenarnya sejenis manusia yang tidak mensyukuri nikmat tuhan. Jangan menjadi terlalu liberal dan jangan juga kita menjadi terlalu extremist dalam sesuatu hal, kerana setiap keadaan itu perlu ada kesederhanaannya!
15. Sekali lagi penulis mengucapkan selamat menyambut HARI MALAYSIA YANG KE-45. Semoga hari-hari berikutnya pasti akan membawa kejayaan yang gemilnag kepada setiap insan.
Wassalam....
KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN
15 September 2008
Ya atau Tidak, 16 September tetap seperti hari-hari biasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

10 comments:
penulis, sabar... tggu esok. cokodok rasa sesuatu akan berlaku.
penulis tetap akan menunggu kehadirannya...
sesuatu berlaku kan?? 15 sept ada rapat umum besar2an kat bukit jalil.
16 sept ada press conference
"hari itu akan berlaku atr tarik 16 sept, 17, 18,19,20 sept".
sama2la kita tggu
penulis bukan nak mengata...tapi sampai 20 hbln pun belum ada perubahan...betullah macam Pak Lah cakap..ni semua pembohongan yang nyata....
huhu...
cekodok jgn marah...
x mrh. tp penulis kene cuba tgk situasi sebenar. cokodok ni neutral. bkn penyokong anwar mahupun pak lah. tp cuba bygkan kita ialah anwar ok? teringin betul nak jd pm, nak ubah malaysia. berusaha dgn gigihnya menarik mp lompat perti, berabis duit bg habuan, tiket flight beribu gara2 nak ke sabah sarawak (usaha tarik mp). berkempen lg. peningkan kepala otak cr lubang nak tumbangkan pak lah. nak selesai masalah si saipul lg.
teiba, dia dpt kumpul 21 mp. Akhirnya! plan utk 16 sept dah siap. mmg first class la! ngam2 hari tu, dia nak buat perarakan ke parlimen, buat hal n jd pm.
pak lah lbh cekap. dia wajibkan semua mp g "bercuti sambil bekerja" (gaji jalan ok?). jd, kalaupun anwar tak dpt nak lompatkan 21 mp ni n parlimen tak dpt bersidang sbb kurang mp dlm dewan.
jd boleh atau tidak plan anwar jalan? tak leh kan?
so adakah ni salah anwar?
bg cokodok, anwar akan memerintah! kalu bukan 16 sept, akalu bukan 20 sept, dia tetap akan memerintah sebelum pru14. percayalah!
it needs time! he will find a way for him to bersidang in that damn parlimen with or without the mp's! if he managed to make 21 mp's to hop parties, he can do anything.
this is juz a small prediction 4rm a small fat oily kuih which might not affect my beloved malaysia a little bit. but as a malaysian, i cant juz sit n watch my malaysia that dato onn fought for go back to the hands of some irresponsible ppl. i'm not emotional nor angry, but ths is fact.
u cant blame anwar nor pak lah 4 today's scenario. this was the scenario (politics)since b4 we got our independence. dun believe me?? hehehe check teh history. the real history, how we realy got independence.
cokodok tak pernah marah penulis. cokodok rasa berbesar hati penulis menghargai komen2 cokodok n membantu menggelapkan identiti cokodok. teruskan usaha anda menegakkan apa yg penulis rasa perlu ditegakkan.
saya akan tegakkan apa yg saya rasa perlu ditegakkan.
thanks cekodok...small,fat and oily kuih....delicious!!!
for me , penulis rasakan apa sistem yang diwujudkan didalam dunia ini oleh manusia semuanya ada baik dan ada buruknya...tidak seperti hukum islam yang jelas dan nyata..
penulis tidak akan menyalahkan sistem sebelum merdeka mahupun selepas merdeka, krn sebelum merdeka kita dijajah dan diluar kawalan kita...dan selepas merdeka kita buat sistem kita sendiri but still ada element dari barat...kerana our country is multiracial....not homogeneous! jadi dalam kita nak buat apa sistem we have to look at the whole situation....
the system is already there for more than 51 years....wlaupun ada naik turun dalam sistem tersebut...our leadership stil can manage it better....biasalah masalah yg timbul...lagikan lidah pun tergigit...
persoalan, kenapa Dato' Sri Anwar Ibrahim when he was kick out from BN, baru terhegeh nak buat perubahan? nape tak masa dalam BN? lagi senang..he was also DEputy Prime Minister and menister of finance! ....ada org kata mahathir akan bantah kalau tak ngam ngan apa yang dia nak......tp kalau Anwar cerdik, dia harus jadi Mr. Clean macam PAK LAH buat, baru jadi PM....tapi Anwar gelojoh, apa yang tun mahathir nak, dia pi buat benda lain....mana taknya dikatakan lawan bos....(kes liwat and so on, is out of our discussion, eventhough he has been sentenced by the court, only the Almighty Allah knows the truth!)
for cekodok, i like ur opinion about political issue...same like me really interested in this "cruel" field!
we have to stand if that thing is right!
thanks 4 sharing the same view, but v r actually in different boats moving to the same destination.
v neva managed any problem, v avoid them. bila ada masalah je, cuba handle. tp makin teruk sbb yg terlibat org sendiri, masuk dlm isa. hbs cerita. ada lagi masalah, cuba nak settle. tak dpt? tak da masalah. ada isa. is this wat u called managing teh prob??
when anwar is in the gov, he do the corruption together wif other ppl (i neva c him doing corruption wif my own eyes, but according to some reliable sources, he do) n when he's out of the gov, he wants those privilege back.
4rm my point of view, the main goal he is striving like hell to become a pm is becoz he wanna prove to mahathir he can b a pm. taht's it.
blh ka anda memberikan negara anda kpd seorang yg jd pm gara2 nak menyahut cabaran tp bukan utk membentuk malaysia sbg satu negara yang maju n baik?
yup, no country in this world is clean. yes! tp tlgla jgn main kotor sampai mcm ni. ok, kalu nak pun main kotor, jgn sampai terbocor.
wait! in the liwat case, i got my own personal opinion. i wanna share it wif u. hehehe MY PERSONAL OPINION.
1997 case, was the liwat case he might or might not do. might be a stupid speculation to bring him down or he realy2 did that, n gov wants to sentenced him.
but, the 2008 liwat case, i doubt the gov will use the same dirty trick again. if v can bomb altantnuya, y not shoot anwar in a press conference? a cleaner job to finish him off, rite?
but, in the liwat case, nobody knows anything about it (the gov ppl). mcm yg 1997 punya case, semua mp pun ve something to say. kali ni, tak de ape pun. mungkin, ini citer yg anwar sendri buat. to me la!
tp ada kebarangkalian ini adalah citer yang dibuat2 kerajaan. wallahualam.
macam besa ja 16sept kat sini...siap enjoy lagi pi buka posa kat KK..ahahaha...slamat ari raya nivyanpazza.....
thanks lal..
ye kan...macam bese je...aku siap p kk 2 kali lagi 16 september..ingatkan tukar kerajaan...huhu..
selamat hari raya kembali lal....
nasib kau tak kena tikam masa tu kat kk ngan kawan2 aku...
Post a Comment