

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat Hari Raya aidilfitri penulis ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Syukur Alhamdulillah dapat juga penulis mencoretkan sesuatu dilaman ini biar pun sibuk dengan pelbagai persiapan untuk menyambut lebaran ini setelah beberapa kali penulis beraya diperantauan. Walaupun dapat beraya dikampung halaman, penulis terpaksa kembali semula ke Universiti lebih awal disebabkan ada tugasan yang amat penting yang harus diselesaikan. Bagi penulis, ini adalah salah satu pengorbanan kita sebagai seorang mahasiswa.
1) Kali ini penulis begitu tertarik dengan perkataan mercun. Setiap kali sambutan perayaan aidilfitri mahupun Aidiladha menjelang tiba, kita akan kedengaran di kaca TV mahupun membaca akhbar tentang kecederaan disebabkan "MERCUN'.
2) Dimanakah silapnya mercun ini sehingga mengalahkan Mawi menjelang lebaran setiap tahun.
3) Penulis tidak nafikan yang penulis juga merupakan salah seorang daripada peminat mercun semasa zaman kanak-kanak. Kata orang tidak ada mercun semasa hari raya seolah-olah perayaan kita itu tidak lengkap.
4)Cuba kita berpandangan jauh, mengapa pada hari raya aidilfitri kita kedengaran ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada mercun ini, tetapi tidak pernah kita dengar tentang malapetaka ini semasa sambutan perayaan tahun baru cina mahupun semasa perayaan depavali. Percaya atau tidak, masyarakat cina juga menggunakan mercun semasa perayaan mereka untuk menghalau semangat jahat. Tetapi tidak pernah anak-anak masyarakat cina yang cedera mahupun masuk hospital. Yang memelikkan penulis ialah anak-anak masyarakat melayu juga yang masuk hospital disebabkan oleh mercun semasa perayaan tahun baru cina. Pelik tetapi inilah hakikatnya!
5)Kenapa keadaan ini boleh boleh berlaku? Siapa yang harus kita persalahkan? Salah kanak-kanak atau ibubapa ataupun penjual mercun yang berniaga secara haram???
6) Penulis cuba menilai secara mendalam peranan ibu bapa dalam hal ini. Mungkin ibu bapalah yang menjadi penyumbangnya.
7) Kanak-kanak tidak mempunyai wang atau duit untuk membeli mercun ( yang main mercun biasa kanak-kanak diantara umur 12 tahun dan kebawah yang banyak mendapat kecederaan). Kalau mereka mempunyai duit saku sekali pun untuk membeli mercun, mereka tidak akan dapat merancakkan industri ini menjadi salah satu industri penyeludupan yang bernilai jutaan ringgit.
8) Jadi, bagaimana ini berlaku? Setelah penulis berfikir sejenak, penulis membuat hipotesis dengan mengatakan ibu bapalah yang merancakkan industri penyeludupan mercun ini, kerana ibu bapa mahukan kegembiraan kepada anak-anak mereka semasa menyambut lebaran. Mereka seolah-olah mahukan nostalgia menyambut lebaran sama seperti mana mereka menyambut lebaran pada zaman kanak-kanak (yang mana pada masa itu pengharamn jualan mercu belum lagi dikuatkuasakan!).
9) Mereka mahukan anak-anak mereka merasai bagaimana suasana mereka menyambut lebaran semasa mereka masih lagi kanak-kanak. Tetapi ibu bapa tidak sedar, kanak-kanak zaman siber ini lain daripada mereka dahulu. Kanak-kanak zaman sekarang (terutamanya kanak-kanak melayu) sangat kreatif dan inovatif dalam pelbagai perkara.
10) Cara mereka bermain mercun bukan seperti mana ibu bapa mereka bermain dahulu. Cara mereka sangat berbeza dan berbahaya. Contoh yang penulis boleh kongsikan, bagaimana seorang budak lelaki yang kudung tangannya disebakan bermain mercun bola. Kita lihat bagaimana cara budak tersebut menyalakan mercun ? Budak lelaki tersebut memegang dengan tangan dan akan membalingkannya hanya apabila ianya semakin hampir untuk meletup! Bayangkan kalau sempat baling, Alhamdulillah, kalau tak sempat? Hospital lah jawabnya.
11) Satu lagi contoh kreativiti kanak-kanak zaman sekarang. Mereka akan membuat sesuatu yang pelik dan more adventure untuk bermain mercun. Ada antara mereka meletakkan mercun di dalam botol. Mereka berpendapat bunyinya akan menjadi lebih kuat disebabkan kepadatan disebabkan kekurangan oksigen di dalam botol tersebut. Apa terjadi selepas itu, botol tersebut pecah berkecai disebabakan tekanan udara yang kuat sehingga menyebakkannya terpelanting mengena mata, badan dan sebagainya. Inilah contoh betapa kreatifnya kanak-kanak zaman sekarang.
12) Industri penjualan mercun ini tidak akan maju dan berkembang pesat jika ibu bapa tidak membeli mercun kepada anak-anak mereka atau memberi duit supaya anak-anak mereka membeli sendiri. Kerana yang melonjakkannya industri ini ialah ibu bapa itu sendiri. Jika tiada demand mana mungkin supply akan meningkat. disebakan ada permintaanlah perngeluaran juga meningkat!
13) Jadi, jika ada undang-undang sekalipun, atau ada penguatkuasaan pun, jika ibu bapa itu sendiri yang memainkan peranan dalam hal ini, semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.
14) Penulis bukan ingin menyalah ibu bapa seratus peratus, mungkin ada juga faktor-faktor lain yang mempengaruhinya. Tetapi pada pandangan penulis, penulis nampak peranan daripada ibu bapa itu lebih besar berbanding faktor-faktor lain. Mereka berada amat dekat dengan anak-anak mereka, dan mereka seharusnya lebih mengetahuinya. 
15) Mercun dan bunga api benda yang berbeza walaupun dari sumber yang sama. Bukan penulis ingin mengatakan tidak kepada mercun. Kalau ingin juga bermain, pandai-pandailah berhati-hati semasa bermain. Kalau tidak pandai, mintalah yang lebih pandai mengajarnya. Jangan kita biarkan anak-anak kita beraya di hospital disebabkan kelalaian kita untuk menyambut lebaran.
Sebelum penulis menyudahi tulisan kali ini, mohon ampun dipinta kepada semua atas segala silap dan salah dari penulis. Penulis hanya insan yang lemah dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pentingnya nasihat dan kata-kata semanagat daripada anda semua.
SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA.
I SYAWAL 1429H/1 OKTOBER 2008.
MOHD BURHANUDDIN BIN ISHAK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KOTA KINABALU
28 September 2008
RELAKAH KITA BIARKAN MERCUN BERMAHARAJALELA?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

0 comments:
Post a Comment