Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan sekalian...
Kali ini penulis rasanya seperti ingin bercerita mengenai kisah seorang rakan penulis yang sedang menghadapi dilema disebabkan oleh kecederaan yang menimpanya beberapa hari sebelum menyerttai pertandingan larian yang berprestij yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pertandingan larian 100 meter akan bermula tidak lama lagi. Mungkin beberapa hari lagi penganjur akan mulai mengeluarkan borang untuk peserta mengisi borang penyertaan. Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Sukan dan Olahraga dengan harga RM5 sahaja. Sesiapa sahaja boleh menjadi peserta, jika semua syarat yang dikehendaki dipenuhi.
Encik Z seorang yang mempunyai impian, ingin menjadi salah seorang daripada peserta larian tersebut. Setiap hari encik Z menghabiskan masanya dengan berlatih dan berlatih untuk memenangi pertandingan larian tersebut. Hari pertandingan semakin hampir. Encik Z sangat gembira kerana beliau yakin telah bersedia 85% daripada apa yang boleh dilakukannya telah dipenuhi, di hatinya hanya masa yang bisa mengubahnya.
Tiba-tiba, disangkakan mendung, tetapi hujan pula yang turun di tengah hari. Encik Z tidak menyangka, persediaan yang dilakukan olehnya selama ini, hancur berkecai menanti belah. Encik Z telah mengalami kecederaan yang teruk di kaki kirinya. Ini adalah sesuatu yang berlaku diluar dugaannya. Pada awalnya elok dan sihat walafiat, tetapi semakin tiba hari perlumbaan, malang pula yang datang menimpa. Encik Z terpana dan terkesima.
Rakan-rakan seperjuangan berkali-kali bertanya, kenapa tidak datang ke latihan, kenapa tidak call dan sebagainya. Bukan kerana mereka ini busybody atau sebagainya, tetapi mereka concern tentang keadaan encik Z. Mereka tertanya-tanya kenapa encik Z tidak menyertai latiahn larian di Pusat Latihan Olahraga Negeri baru-baru ini? kerana bagi rakan-rakan seperjuangan, latihan yang di adakan di Pusat Latihan Olahraga Negeri adalah salah satu platform untuk encik Z menunjukkan bakatnya. Tetapi, apakan daya, seperti kata-kata pepatah " Man propose, Allah dispose".
Apa kesudahan encik Z? Adakah perlu beliau menunggu kakinya sembuh dan teruskan perlumbaan atau terus mengaku kalah. Kerana kecederaan ini adalah disebabkan oleh diri encik Z sendiri, walaupun kecederaan ini sebenarnya disebabkan oleh perlanggaran antara encik Z dengan kawannya semasa menjalani latihan di kampung baru-baru ini.
Encik Z terus memikirkan nasibnya. Sambil membilang hari perlumbaan, semakin hatinya sebak dan sakit. Kerana encik Z tahu, ini adalah peluangnya yang terakhir untuk menjadi pemenang dalam perlumbaan ini. Jika encik Z kalah dalam perlumbaan ini pun, Encik Z tetap berpuas hati dan bangga kerana nama beliau juga tercatat di dalam sejarah kerana pernah berlumba di dalam pertandingan larian yang  berprestij ini.
Encik Z rasa seperti tidak berguna kepada rakan sepasukannya. Encik Z juga berasa malu dan segan terhadap orang yang memainkan peranan yang penting dibelakang perlumbaan Encik Z nanti. Iaitu jurulatih yang selama ini banyak membantu dan memberikan kata-kata semangat. Encik Z sudah menganggap jurulatihnya itu juga ibarat kawan baiknya.
Dunia terus berpusing di atas paksinya. Malam dan siang tetap juga bertukar shift tanpa sebarang halangan, air tetap juga mengalir walaupun disekat, malah alirannya juga akan menjadi lebih kuat daripada biasa. Encik Z sentiasa berfikiran positif. Jika Encik Z tiada rezeki untuk menyertai pertandingan larian ini, mungkin pada masa hadapan Encik Z akan mempunyai peluang yang lain untuk bertanding pada perlumbaan larian peringkat nasional pula. Mungkin rezeki Encik Z ada di sana, tiada sesiapa yang tahu, kecuali Allah. Walau apapun yang berlaku, akan ada hikmat dan kesenangan disebaliknya. Hanya satu yang diperlukan, kepercayaan kepada kekuasaan Allah!
takbir 3x!!!
"KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN"
13 October 2008
EMANSIPASI : IMPIAN YANG TAK BERKESUDAHAN....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

1 comments:
terpulang la kepada insan empunya diri............
Post a Comment