
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Akhirnya kita telah tiba di dalam suasana dan mood pilihanraya. Pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO, MCA dan GERAKAN telah rancak bermula. Pilihanraya bagi masyarakat kampus juga sudah mula membuka tirai, tidak terkecuali di Universiti Malaysia Sabah juga merasai bahangnya. Bermula dengan penamaan calon pada 20 OKTOBER, dan diikuti oleh hari pengundian pada 23 OKTOBER. Kepada semua calon yang bakal bertanding, tahniah dan selamat berjaya penulis ucapkan.
1. Kali ini penulis ingin berbicara mengenai politik masyarakat melayu. Penulis bukan ingin menghentam mana-mana pihak ataupun ingin beretorik mengenai politik berpartian. Penulis juga mengakui, penulis bukannya seorang yang amat arif dalam bidang ini. Tetapi atas rasa tanggung jawab sebagai salah seorang rakyat malaysia yang tulen, penulis melihat tiada apa-apa masalah untuk penulis melontarkan pandangan dan pendapat penulis. Betul atau salah pandangan penulis, ianya tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Ianya sekadar lahir dari hati nurani penulis sendiri.
2. Kepada sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita sama-sama memberikan pendapat dan pandangan kita selaku orang muda. Penulis ingin tahu sejauh mana manifestasi pembaca sebagai kaum muda yang mana mempunyai populasi berjumlah 11 juta orang di Malaysia pada hari ini.
3. Hari ini, sebagaimana yang kita semua ketahui, di malaysia corak pemerintahan adalah sistem demokrasi berparlimen. Maknanya kita memilih pucuk pimpinan kita malalui peti undi. Di malaysia, parti-parti politik adalah berdasarkan ras ataupun kaum, dan ada beberapa buah parti yang berlandaskan campuran kaum. Sebut sahaja UMNO dan PAS, semua daripada kita sudah dapat membayangkan parti politik tersebut dan ideologi yang dibawa oleh parti-parti tersebut.
4. Penulis bukan ingin membincangkan parti politik mana yang lebih baik dan tidak. Seba itu adalah hak rakyat malaysia untuk menilainya. Tetapi penulis hanya ingin berkngsi pendapat mengenai attitude masyarakat melayu terhadap parti politik dan juga cara berpolitik masyarakat melayu sehingga mempengaruhi kehidupan normal kita. 
5. Penulis tidak mengatakan politik itu kotor. Politik adalah satu sistem. Yang mengotorkan politik ialah politicians ataupun orang politik itu sendiri.
6. Hari ini masyarakat melayu boleh dikatakan terbahagi kepada dua puak secara generalnya. Satu melayu yang menyokong parti UMNO dan satu lagi menyokong Parti PAS. dan sebilangan kecil bertaburan didalam KEADILAN, PPP, DAP dan juga GERAKAN.
7. Apabila pilihanraya UMUM tamat, sepatutnya orang melayu perlu menumpukan perhatian mereka terhadap pembangunan ekonomi dan sosial. Pemimpin -pemimpin juga harus memberikan perhatian serius terhadap kebajikan dan pembangunan negara. Tetapi penulis merasakan agak malang dengan attitude kaum melayu yang hanya melebihkan ideologi politik yang bersifat sementara berbanding dengan memberi tumpuan kepada proses pembangunan negara.
8. Apabila penulis mengkaji, cara masyarakat CINA Malaysia terutamanya, cara berpolitik mereka amat bijak dan smart. Apabila tiba masa pilihanraya, mereka akan memberikan perhatian kepada pilihanraya tanpa melupakan hal-hal yang boleh memberikan pulangan kepada mereka seperti aktiviti-aktiviti perniagaan dan sebagainya. Mereka hanya akan bertelingkah pada masa pilihanraya sahaja (Secara umumnya). Mereka yang berparti MCA akan memberikan perhatian kepada MCA, manakala mereka yang berparti DAP dengan DAP. 
9. Apabila tamat sahaja pilihanraya mereka akan kembali bersatu dan melupakan ideolodi politik masing-masing. Mereka akan bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain atas dasar kaum.
10. Jika kita lihat dalam organisasi mahupun mana-mana persatuan masyarakat cina, mereka akan terdiri daripada pelbagai parti dan ideologi. Contohnya di dalam Dewan Perniagaan Cina Malaysia, ada ahlinya orang MCA, GERAKAN , PPP malah juga daripada parti pembangkang seperti DAP. Mereka saling bekerjasama antara satu sama lain bagi mencapai matlamat mereka.
11. Tetapi bagaimana pula dengan masyarakat yang sebangsa dengan penulis ini, iaitu masyarakat Melayu? Hari-hari cakap politik, tidur politik, makan politik, mandi politik dan segala-galanya politik. Hal-hal yang lain menjadi perkara nombOr 2. Penulis bukan ingin mengatakan salah jika ingin berpolitik, tetapi jangan terlalu taksub sehingga melupakan hal ehwal yang lain.
12. Orang PAS dan orang UMNO , tidak boleh duduk semeja, HARAM.Orang PAS tidak boleh makan daging yang disembelih oleh orang UMNO dan sebagainya. Yang  membuatkan penulis rasa lagi tidak patut adalah apabila wujudnya masjid untuk  ahli PAS dan masjid untuk ahli UMNO. Kenapa ini boleh terjadi, berbeza kah pahala jika ideologi politik berbeza???. Alahai politik melayu.....
13. Inilah yang terjadi apabila ideologi politik dijadikan sebagai panduan  kepada kehidupan. Ideologi politik adalah untuk politik. Manakala untuk sistem kehidupan kita sudah mempunyai sistem yang tersendiri iaitu ISLAM. ISLAM IS OUR WAY OF LIFE.
14. Mereka ini lupa tentang ekonomi disebabkan, hari-hari berpolitik. Di dalam Dewan Perniagaan Melayu, hanya ada orang dari satu parti sahaja. Pada pandangan pembaca, boleh majukah ekonomi masyarakat melayu jika hal ini berterusan? Jika kita berterusan begini, jangan kita salahkan kaum lain jika mereka lagi berjaya dalam bidang ekonomi dan sebagainya. Kerana kita betul-betul belum lagi bersatu dalam ikatan persaudaraan sesama kita.
15. Wahai bangsaku, sedarlah, bangkitlah, jangan kita terlalu tumpukan kepada satu perkara sahaja. Tidak salah untuk kita berpolitik, tetapi jangan kita lupa hal-hal yang lain. Sememangnya kita perlu menguasai politik, tetapi bukan meninggalkan isu ekonomi dan pembangunan.
16. walaupun ideologi politik kita berbeza, itu bukan satu halangan untuk kita berjaya dan maju kehadapan. Di sini, penulis melihat peranan pemimpin adalah penting. Pimpin dan tunjukkanlah jalan yang betul kepada mereka di bawah pimpinan kita. Semoga kita semua akan sentiasa di payungi keredhaanNya.
Politik hanyalah baju, persaudaraan adalah badan. Walaupun berbeza baju yang dipakai, badan kita adalah badan yang sama dan tetap akan sama.
Parti adalah hak eklusif setiap rakyat Malaysia. Tetapi perpaduan adalah hak semua daripada kita.KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN
16 October 2008
Alahai Politik Melayu....
Posted by NIVYANFAZZA at 2:59 PM
Labels: Idealisme dan isu semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

0 comments:
Post a Comment