16 October 2008

MEREKA BERKUASA! KITA???

Assalamualaikum dan salam sejahtera....






Siapa yang lebih berkuasa? pertayaan ini penulis tujukan kepada sesiapa yang mempunyai jawapan.

1. Hari ini kita mendengar pelbagai masalah yang telah timbul di serat dunia. Antara bala yang paling hebat akhir-akhir ini ialah PEMANASAN GLOBAL dan KEMEROSOTAN EKONOMI DUNIA. Ini semua bukan salah sesiapa, salah mereka yang hebat dan berlagak hebat.

2. Tidak sedar lagikah kita dengan petanda awal amaran daripada pencipta, supaya kita insaf dan sedar agar kita bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Atau kita hanya mahu menunggu sehingga dunia ini hancur berkecai lantaran kuatnya tiupan sangka kala oleh malaikat Israfil?

3. Perasaan penulis ibarat dicucuk-cucuk oleh besi yang panas melihat penderitaan yang di alami oleh saudara-saudara seislam penulis di Palestin, Iraq, Lubnan, Afghanistan dan sebagainya. Mereka ditindas dan diperlakukan seperti binatang. Tanpa ada sebarang sifat perikemanusiaan.

4. Amerika dengan angkuhnya membentangkan pelbagai pelan damai yang hanya akan menguntungkan israel semata-mata. Jika pelan tersebut dipersetujui Palestin tetapi hak-hak israel tercalar, pelan tersebut hanya akan tinggal nama sahaja. Alasan yang diberi, pelan damai gagal, disebabkan tiada persetujuan di antara Palestin dan Israel.

5. Untuk mendapatkan perhatian dunia dan Amerika, Israel memainkan serta mengingatkan dunia tentang peristiwa HOLOCAUST. Penulis bukan mahu mempertikai peristiwa tersebut. Sememangnya peristiwa Holocaust ini berlaku di German, yang mana telah dilakukan oleh tentera NAZI pimpinan ADOLF HITLER. Tetapi penulis merasa ragu-ragu dengan angka kematian yang digempar gempurkan iaitu mencecah 11 juta orang. Penulis melihat ZIONIS hanya memainkan sentimen ini adalah untuk mendapat sokongan dunia terhadap mereka untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang merdeka. Bagi mencapai cita-cita ini mereka melihat sokongan dan dorongan daripada kuasa dunia terutamanya Amerika dan Britai adalah amat penting.
6. Penulis tertanya-tanya, berapakah bilangan angka kematian rakyat Palestin yang dibunuh, dipenjara dan sebagainya oleh tentera ZIONIS selama 4 dekad ini. Ini belum lagi dicampur dengan nyawa rakyat Lubnan, mesir dan Syiria serta pelbagai masyarakat antarabangsa yang lain yang berada di sana (wartawan, tentera pengaman, badan kebajikan dunia).





7. Apabila Tun Dr.Mahathir mengatakan Israel memerintah dunia secara Proksi, semua negara sekutu Israel membidas kembali kenyataan Tun Dr.Mahathir dengan mengatakan Tun Dr.Mahathir adalah Anti-semitik dan sebagainya. Penulis ingin menimbulkan persoalan, siapa sebenarnya yang mencipta serta menghasilkan perkataan Anti-semitik ini jika bukan Israel sendiri. Ianya ibarat pencuri yang mencuri, apabila dikejar, apabila sampai di pertengahan jalan menjerit mengatakan pencuri, mereka yang mengejar percaya bahawa yang menjerit pencuri itu bukan ialah pencuri.




8. Dunia sekarang tidak lagi mengikut hukum yang disediakan oleh pencipta yang mana lebih mementingkan semangat kemanusiaan. Nilai kemanusiaan tidak lagi menjadi darah daging kepada negara-negara kuasa besar. Mereka sudah mulai menerima pakai Hukum Rimba. Siapa yang kuat, dialah yang akan diagung dan paling hebat. Siapa yang paling hebat dialah yang paling di atas.

9. Apa akan terjadi kepada mereka yang lemah? Mudah sahaja jawapannya. Dimain-mainkan oleh mereka yang kuat ibarat sebiji bola yang mengikut arah tendangan kaki si penendangnya. Ditendang ke kiri, ke kirilah ia dan sebaliknya. Negara-negara yang lemah ini mudah dan senang ditindas oleh kuasa besar. Yang kuat mula menunjukkan taring dengan mencampuri urusan hal ehwal dalaman sesbuah negara yang lemah. Kedaulatan sesebuah negara yang lemah, ibarat hati yang dirobek-robek, sambil mereka melaungkan demokrasi tanpa sekatan. Mereka mahukan negara-negara yang lemah ini menggunakan sistem yang mereka cipta ini yang mana dikatakan sistem pemerintahan yang paling sempurna.

10. Penulis tidak nafikan kelebihan Sistem Demokrasi jika ia dilaksanakan oleh orang yang layak serta mengetahui batas-batas pelaksanaanya. Jika tersalah pemimpin, sistem demokrasi mungkin akan bertukar menjadi Anarki mahupun Diktator.

11. Sejarah sudah membuktikan kepada dunia, bukan hanya sistem demokrasi sahaja yang dapat mewujudkan tamadun yang hebat. Nama-nama besar seperti Hercules, Gladiator, Rasulullah dan sebagainya, tidak menggunakan sistem demokrasi dalam pemerintahan mereka. Pada masa dahulu mereka menggunakan sistem seperti republik, sistem anarki, sistem pemerintahan raja kuasa mutlak (CHINA) dan sebagainya. Mereka juga dapat membina tamdadun yang hebat tanpa demokrasi.

12. Demokrasi adalah sistem yang dicipta oleh manusia, selepas sistem ini tidak lagi fix mahupun sesuai dengan mereka, mereka akan mencipta sistem pemerintahan yang lain pula. Mungkin sistem yang mana memberikan faedah yang besar kepada mereka.

13. Kemelesatn ekonomi dunia pada hari ini, telah memberi kesan kepada seluruh dunia. Ini dibuktikan lagi dengan bankrapnya sebuah bank di Amerika iaitu Lehman and Brothers yang telah beroperasi lebih daripada seratus tahun. Selepas itu, diikuti pula oleh salah satu syarikat insurans terkemuka dunia iaitu AIG. Apa yang dilakukan oleh mereka yang hebat ini? Mereka menggunkan duit pembayar cukai untuk menyelamatkannya. Bukan sedikit tetapi berbillion dolar. Duit pembayar cukai yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat, hilang disebabkan tangan-tangan yang rakus.





14. Apabila Asia mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998, mereka yang hebat ini menyarankan agar kerajaan Asia tidak perlu menyelamatkan bank-bank mahupun syarikat yang hendak bankrap. Mereka menyarankan agar kerajaan negara Asia membuat pinjaman dari Bank Dunia dan IMF. Kita bersyukur kepada yang maha Esa kerana pemimpin kita pada masa itu amat bijak dalam mencari penyelesaianya. Hasilnya, Kita tidak membuat pinjaman dengan IMF walaupun didesak berkali-kali oelh mereka yang hebat ini. Negara kita melaksanakan tambatan nilai ringgit terhadap dolar untuk diperdagangkan. Kerajaan juga telah menggabungkan bank-bank perdagangan yang menunjukkan prestasi rendah menjadi satu bank yang kuat. Syukur kepada tuhan langkah ini menunjukkan hasil yang postif. Bagi negara yang meminjam daripada IMF, sedang merangkak membayar faedah pinjaman. Betapa hebatnya mereka yang hebat ini.

15. Tetapi yang penulis rasa geli hatinya, apabila masalah ekonomi ini berlaku kepada mereka, mereka ibarat megguna pakai kembali cadangan yang pernah mereka sarankan kepada negara Asia dahulu. Mereka menyuruh negara Asia agar tidak menyelamatkan bank yang hendak bankrap, tetapi hari ini negara hebat inilah yang menyelamatkan bank mereka yang hampir muflis.

16. masalah ekonomi ini semakin merebak dan tiada tanda-tanda perubahan sehingga kini. sistem ekonomi Kapitalis barat ini adalah sistem yang lemah dan perlu kita tinggalkan. Penulis sarankan kita kembali kepada Sistem Ekonomi Islam yang adil lagi saksama.

17. dengan menyahkan penggunaan dolar dalam perdagangan, mungkin ekonomi kita tidak akan mengenai tempiasnya. Tun Dr. Mahathir mencadangkan kita agar menggunakn emas sebagai penanda kepada nilai bukannya wang kertas yang tiada nilai. Ada yang mengikutiny?, Hanya masa mampu menggubahnya.

Jangan kita menjadi lemah dan terus lemah disebabkan yang kuat terus kuat.
Hidup ini ibarat roda, sekejap di atas dan kemudian di bawah. Sementara kita berada di atas gunakanlah sebaiknya kelebihan itu, jika kita berada di bawah, janganlah pula kita terus berada dibawah.

WE HAVE TO REMEMBER, THE GREAT PERSON WILL BE ARROGANT, AN ARROGANT PERSON WILL MAKE MISTAKE.....KITA HARUS INGAT, MEREKA YANG HEBAT DAN KUAT, AKAN MENJADI SOMBONG DAN ANGKUH, MEREKA YANG ANGKUH DAN SOMBONG AKAN MELAKUKAN KESILAPAN, KESILAPAN YANG DILAKUKAN INI HARUS MENJADI PELUANG KEPADA KITA.






KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN

0 comments: