pemimpin yang adil sangat dikendaki
penyelamat umat dunia dan akhirat
tiada keadilan umat kan huru hara
pemimpin menanggung dosa rakyatnya
pemimpin yg adil orgnya tawaddu'
boleh duduk sama dgn rakyat-rakyatnya
kehidupannya tidak jauh beza dgn rakyatnya
kepentingan rakyat lebih utama
dia boleh ditegur oleh rakyat-rakyatnya
kasih sayang teserlah di mukanya
sombong dan takabur tiada pada dirinya
rakyat taat dan sayang padanya
kepentingan rakyat sangat dijaga
wang rakyat dan negara tidak disalah guna
rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
rakyat diajak mentaati Allah
pemimpin yang adil mengutamakan akhirat
mengingatkan rakyat tipu dunia
akhlak yang mulia pakaian dirinya
rakyat hormat bukan takut padanya
pemimpin-pemimpin di akhir zaman
kebanyakkan pencetus huru hara
untuk melindungi kesalahan dirinya
dia tuduh orang melakukannya
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....
Sempena dengan suasana panas pemilihan serta peralihan kepimpinan diTsana sini seperti pemilihan pucuk pimpinan baru UMNO, MCA, GERAKAN dan sebagainya, tergerak di hati penulis untuk mencoret sesuatu berkaitan fenomena ini.
Anda semua pasti mengenali Khalifah Umar Abdul Aziz. Beliau adalah seorang pemimpin islam yang agung, yang dapat memerintah satu empayar islam yang luas dengan penuh adil dan sakmasa. Sifat zuhud, mesra rakyat, amanah dengan tanggung jawab dan tawaddu' menjadikan kepimpinannya diberkati oleh yang Maha Esa.
1.         Penulis rasakan sejak kebelakangan ini agak mual dan jijik dengan berita-berita yang disiarkan di media massa samada TV mahupun surat khabar. Mana tidaknya, pelbagai jenis salah laku pemimpin diuar-uarkan ibarat iklan untuk satu promosi prabayar telefon mudah alih. Di sana sini becerita tentang perilaku pemimpin tersebut.
2. Pemimpin yang disabitkan dengan rasuah, pemimpin yang terlibat dengan skandal seks, pemimpin yang menerima seks sebagai habuan untuk seseorang mendapatkan projek mahupun kontrak dan sebagainya. Rasa jijik yang teramat mahu cerita satu persatu! cukuplah sekadar menyebut beberapa sahaja.Apa sebenarnya yang telah berlaku?
3. Adakah kita telah tersalah memilih pemimpin? Atau pun pemimpin pada hari ini telah hilang jati diri dan sifat amanah terhadap tanggung jawab disebabkan tuntutan nafsu lebih besar daripada segalanya. Baru sahaja menjadi pemimpin beberapa bulan, sudah pakai Mercedes Compressor, sudah mulai bina istana idaman, sudah mula memegang jawatan pengerusi kepada pelbagai konglomerat besar dan sebagainya. Apa sebenarnya manifestasi pemimpin ini? Adakah sekadar menang bersorak, kampung tergadai?
4. Penulis menulis artikel ini tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Samada kerajaan mahupun pembangkang, semuanya adalah sama jika melakukan kesalahan. Pemimpin dikalangan parti memerintah juga mempunyai masalah, pemimpin di kalangan pembangkang juga wujudnya masalah sehingga menggemparkan satu malaya ( kes di Perak).
5. Mengapakah masalah ini boleh terjadi? 
6. Penulis dapat simpulkan disini ialah pemimpin yang dipilih mempunyai kurang pemahaman tentang agama dan juga telah hilang semangat jadi diri. Sesetengah pemimpin pada hari ini menganggap jawatan adalah satu batu loncatan untuk mereka memenuhi tuntutan nafsu. Pemimpin harus ingat kedudukan sebagai pemimpin bukanlah menunjukkan kehebatan yang harus disalah gunakan.
SEJARAH MENUNJUKKAN KITA BOLEH MELAKUKAN....
7. Pemimpin-pemimpin yang lampau telah menunjukkan pemerintahan serta perjuangan yang mereka lakukan adalah ikhlas dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi.Ini  sangat berbeza dengan sesetengah pemimpin pada masa sekarang, hanya mementingkan pangkat dan harta.
8. Sebut sahaja Khalifah Umar Abdul Aziz, Khalifa Al-Fateh, Mahatma Gandhi, Jawaharlal Nehru, Tunku Abdul Rahman, Martin Luther dan ramai lagi. Mereka ini berjuang atas dasar dan satu prinsip semangat juang yang jelas. Mereka lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kehidupan sendiri. Siapa yang tidak mengetahui kisah Khalifah Umar Abdul Aziz, Mahatma Gandhi, yang hanya tinggal di rumah yang usang dan berpakaian murah seperti rakyat biasa. Apabila perjuangan ikhlas yang  mereka ditaburkan, sehingga sekarang nama mereka menjadi sebutan dan menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan oleh dunia.
9. Penulis tidak bermaksud untuk menyuruh pemimpin kita pada hari ini untuk menukar penampilan serta appearance mereka, tetapi sekurang-kurangnya biarlah kebajikan rakyat lebih diutamakan. Jangan hanya hendak menghiaskan isteri dengan kalung yang besar, tetapi lupa bahawa rakyat masih lagi dibelenggu masalah keperluan asas.
10. Penulis melihat, pemimpin pada hari ini perlu melakukan satu transformasi yang terancang, kalau kita mahu lihat negara kita berada pada landasan yang betul. Bukan penulis mengatakan negara kita tidak berada pada landasan yang betul, tetapi penulis mahukan landasan yang bakal kita lalui itu, betul-betul satu landasan yang diredhai.
11. Barulah kita akan dapat manfaatnya. Ekonomi meningkat, perpaduan diantara kaum akan menjadi lebih utuh, politik negara akan menjadi stabil dan pelabur tidak lagi takut untuk melabur di negara kita.
KEBANGKITAN PEMIMPIN MUDA HARUS DI SEGERAKAN....
12. Penulis melihat, kebangkitan pemimpin muda yang berintelektual dan berkarisma adalah salah satu daripada keperluan terdesak pada masa ini. Bukan untuk kita melawan pemimpin yang sedia ada, tetapi sebagai salah satu daripada platform untuk transisi kuasa pada masa hadapan.
13. Jika kepimpinan pada hari ini hanya memberikan peluang dan harapan kepada orang lama sahaja, negara kita mungkin akan ketandusan barisan kepimpinana yang berkualiti suatu hari nanti.
14. Sebagai orang muda pada hari ini, kita harus mempersiapkan diri kita untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa pemimpin muda juga mempunyai karisma dan jati diri yang tersendiri. Walaupun  kita tidak menjadi sehebat Khalifah Umar Abdul Aziz mahupun Mahatma Gandhi, sekurang-kurangnya semangat juang itu wujud dan membara di dalam diri kita.
15. Selaku orang muda, kita harus melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi untuk menempuh dunia yang penuh rintangan. Kita jangan hanya tertumpu kepada bidang yang kita ceburi dan minat sahaja. Kerana kita perlu ingat ilmu itu LUAS, SELUAS samudera biru. Kuasailah sebanyak mungkin ilmu selagi peluang terbentang luas.
Kepada yang bakal memerintah dan menjadi pemimpin
Ingatlah jawatan itu bukan satu jaminan untuk kita mencapai kebahagiaan di dunia!
kita harus ingat bahawa sebelah kaki sudah berada di pintu neraka, usahakanlah supaya kaki yang masih berbaki itu terpasak kukuh di pintu syurga !
"KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN"
13 October 2008
CATATAN....PEMIMPIN
Posted by NIVYANFAZZA at 10:33 PM
Labels: Idealisme dan isu semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

5 comments:
CORRECTION..
tunku abd rahman is not who do u think he is... plz do read about him to understand who he realy is...
he dun stand anyway near mahatma gandhi or even khalifah omar al kattab.
no personal grudge, but this is the truth! juz informing....
thanks cekodok, yes i knew that. penulis hanya bagi contoh pemimpin yang mana pernah memberikan satu perubahan. penulis tahu Tunku abdul rahman tak setaraf dengan khalifah Umar and mahatma gandhi...
but as malaysian, we also should be proud of our stateman. his effort and so on to get the independent from the colonial, should be remembered by us! no other meaning!
lama tak dengar khabar cekodok? penulis cekodok akan sentiasa sihat walafiat k!
sbb sihat la nak mencoret lg. saya kira penulis tahu sape yg lbh layak harus diberikan all the credit to. (did he do anything ka??).
ok, tak nak bincang psl ni lg. but, btw u n me, v noe who is the real "Bapa Kemerdekaan".
mula2 igt penulis dah tak active, tetiba entry demi entry diupdate. nice! keep updating!!
thanks cekodok, tak aktif pasal penulis sibuk sikit hari tu. but from now, penulis akan teruskan menulis....
selepas baca artikel penulis, hope cekodok can say something about my view or opinion k.....kalau tak penulis tak tahu penulis silap atau betul..atau mana-manalah....
ek eleh... apa yg cokodok tulis pun blm tentu btl atau tdk..tp best gak penulis bg autoriti kpd insan bernama cokodok ini utk mengomen di ruangan penulis.
kalu stress, gtau jak ar??
hehehe
keep writing...
Post a Comment