19 October 2008

TIADA KOMPROMI PELAJAR BIADAP!



Itulah kata-kata tegas yang telah dikeluarkan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin, Menteri Pelajaran Malaysia kepada pelajar yang telah menendang sorang guru di Perlis beberapa hari yang lalu.

Apa yang penulis dapat katakan di sini, sungguh hebat dan berani anak Malaysia era globalisasi ini. Kehebatan mereka ini tidak pernah dipecah rekodnya oleh nenek moyang kita, malahan oleh mereka yang seusia dengan ayah kita.

1. Apabila penulis menonton Buletin Utama beberapa hari yang lalu, penulis berasa sakit hati dengan seorang pelajar perempuan berita pelajar menendang seorang guru disebabkan tidak berpuas hati terhadap teguran guru berkenaan berhubung kelewatan menghantar tugasan dan juga berkaitan dengan tulisan 'gila babi' yang diconteng pada kerja kursus.

2. Kenapa penulis merasa geram dan sakit melihat karenah pelajar terbabit?

3. Kerana kita harus ingat, pelajar terbabit adalah PEREMPUAN, kalau pelajar lelaki, penulis boleh lagi maafkan walaupun kedua-duanya adalah salah dan berdosa. Seharusnya sebagai seorang pelajar perempuan yang diberikan didikan oleh ibubapa, mereka seharusnya menjadi anak perempuan yang berbudi bahasa, sopan santun serta menghormati orang tua.

4. Penulis masih lagi ingat pesanan ayah penulis ketika penulis mula mendaftar diri di sebuah Sekolah Berasrama Penuh beberapa tahun dahulu, katanya " kita harus menghormati, menyayangi, patuh kepada guru kita selagi ianya tidak melanggar hukum syariat, kerana keberkatan sesuatu ilmu itu adalah terletak pada insan bernama GURU".

5. Penulis ketika berada di sekolah rendah, menengah, matrikulasi malahan universiti, penulis tidak pernah mempunyai apa-apa masalah dengan insan bergelar pendidik ini. Walaupun sejahat mana, sebenci mana sekalipun penulis terhadap guru tersebut, penulis hanya akan biarkan ianya hilang dibawa oleh arus perubahan masa (normal la bagi kita seorang pelajar mengata tentang gurunya di belakang, sebab nak cakap kat depan takut, huhu...). walaupun mengata dibelakang, kita masih lagi mempunyai perasaan hormat dan sayang kepada cikgu kita.

6. Ilmuan-ilmuan terdahulu terlalu menyanjung guru-guru mereka. Sehinggakan mereka rela berkorban segalanya termasuk harta dan nyawa.Kerana bagi mereka, keredhaan guru itu akan membawa keberkatan dalam menuntut ilmu.

7. Tetapi zaman sudah berubah. segala-galanya juga sudah berubah. Adik-adik sekarang sudah mulai merasakan bahang kebebasan yang diuar-uarkan oleh barat. Di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, hal seperti pelajar menendang guru adalah perkara biasa mungkin telah sampai pada tahap perbuatan tersebut dianggap normal. Kita juga pernah dihebohkan dengan berita pelajar sekolah tinggi di Amerika menembak seorang guru yang dibencinya dan banyak lagi.

8. Mengapa hal ini boleh berlaku? Adakah salah guru yang mengajar? Atau salah ibu bapa yang mendidik? Atau salah pelajar yang tidak terdidik? Semuanya kita perlu melihat dan membuat kajian dari pelbagai aspek dengan skop yang luas.

9. Walau apapun sebabnya, penulis ingin memberikan nasihat, janganlah kita melawan guru kita, sayangilah dan hormatlah mereka sewajarnya. Jangan kita sesekali pun melawannya. Kita mesti ingat, walaupun dia mengajar kita satu huruf sahaja, itu pun sudah menjadi kewajipan untuk kita menghormatinya.

10. Kepada para ibu bapa, sentiasalah kita memberikan peringatan dan nasihat kepada anak-anak kita supaya mneghormati guru. Letaklah segala pengorbanan mereka selama ini ditempat yang sepatutnya.

11. Untuk mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu kita harus mempunyai adab dan tatasusila yang betul. Jangan sesekali meninggikan suara kepada guru kita. Kita harus ingat, mereka rela mengorbankan masa mereka yang sepatutnya mereka habiskan bersama keluarga, demi untuk memberikan kita ilmu walau pun jarak dan masa menjadi penghalang.
Hormatilah guru, hormatilah guru, hormatilah guru....

12. Jadikan peristiwa ini sebagai iktibar dan teladan kepada kita, semoga ianya tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Ingat guru ibarat sebatang lilin, yang rela membakar dirinya untuk memberikan cahaya kepada orang lain. Oleh itu, cahaya yang kita perolehi daripada guru, seharusnya dimanfaat dan dijaga sebagai panduan di hari muka.

13. I dedicated this poems for all my lovely readers, please love our teachers!

GURU

Dalam dirimu bertakhta ilmu
yang tak terhitung
walaupun dibilang dengan
jari-jari tangan.

Berilah ilmu dari hati yang ikhlas
didik dan bentuklah insan
janganlah disia-siakan profesion guru
teruslah mendidik insan.

Terima kasih ku ucapkan untukmu guru
kerana kau telah mendidikku
menjadi insan berguna
akan ku cuba amalkan segala ilmumu.

Maafkanlah guru
jikaku melukai hatimu
sesungguhnya dirimu akan ku ingati
buat selama-lamanya
kaulah insan bernama guru.


TERIMA KASIH, GURU...

Masih...jelas diminda...
Bisikan suaramu memanggil...
Di situ langkahku bermula...
Mengejari cita kau di sisi....
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...

Terima kasih guru...
Kerna hulur tanganmu...
Ku menghargai setulus jiwaku...
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya...

Guru... ibarat pelita...
Sentiasa menyinar kamar hidupku...
Guru...kau pewaris ilmu...
Mendidik diriku...hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...

Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan...
Kan ku petik bintang-bintang...
Ku jadikan hadiah untukmu...
Moga Tuhan merahmatimu...
Terima kasih...

Thanks for all my teachers who showed me the light at the end of the tunnel.



KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN

4 comments:

Muslimin Agung said...

Guru mandi bersabun,
Murid terbau keharumannya.
Guru itu acuan, murid itu dohnya,
Guru salah pendekatan, murid terimalah padahnya.

Anonymous said...

thanks pada muslimin agung sudi melawat blog penulis ini...
walau mcm mana sekalipun cara doh itu dibentuk, ia tetap akan ikut acuan tersebut...
jika dibuat secara kasar, maka dohnya tetap juga akan mengikuti acuan, di tekan secara lembut, maka dohnya tetap juga akan mengikuti acuannya...

Anonymous said...

jd, dlm kes ini, adakah slh "acuan" yg membuatkan "doh" bersikap kurg ajar??

Anonymous said...

ya, bijak sekali cekodok pada hari ini.
mak kita nak buat biskut sempirit, doh telah diadun dengan baik dan penuh mesra, cekodok pulang dengan membawa acuan yg tidak disukai oleh ibu cekodok, walaumcm mana sekali pun bagusnya doh itu, biskut sempirit yang dibuat tetap juga ibu cekodok tak suka, kerana ibu cekodok suka sempirit bentuknya seperti bunga dahlia....hehe....
"DOH" itu penulis maksudkan kejadian manusia yang dijadikan sebaik-baiknya, manakala "ACUAN" itu cara didikan ibu bapa, persekitaran dan sebagainya....