
Penulisan ini adalah sambungan daripada part 1, berkenaan tunjuk perasaan, sebagaimana penulis telah tegaskan dalam wacana sebelum ini, ini adalah cetusan idea, perbezaan itu adalah lumrah kepada kita dalam mencari erti kebenaran...
1) Islam adalah agama keamanan, agama yang indah, tetapi bila berlakunya tunjuk perasaan telah menimbulkan fitnah terhadap keindahan islam. Kalau agama lain yang melakukan tunjuk perasaan mungkin itu their way and characters, but not for islam.
2) Tunjuk perasaan adalah tasyabbuh. Demontrasi jalanan adalah salah satu hal yang menyerupai orang kafir. Berlakunya pemberontakkan semasa zaman Greek serta Byzantine dahulu.
3) Rasulullah tidak pernah menatakan demonstrasi adalah wadah atau methode untuk menasihati dan berdakwah kepada pemerintah. Hijrahnya rasulullah ke madinah adalah perintah daripada Allah, bukan tamsilan kepada ketidakpuasan hati Rasulullah, kerana Rasulullah amat menyayangi  kota mekah. Tunjuk perasaan adalah perasaan tidak puas hati yang mana perbuatannya ditunjuk kepada umum. Rasulullah berhijrah ke madinah adalah secara sembunyi bersama saidina abu bakar. Hijrah bukan kias kepada tunjuk perasaan.
4) Tunjuk perasaan menyebabkan berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim (ikhtilath). Kebanyakkan demontrasi jalanan yang dilakukan oleh umat islam termasuklah di Malaysia tidak ada satu garis panduan yang menurut syariat dibuat seperti perempuan di belakang lelaki ataupun sebaliknya. Jelas menunjukkan demonstrasi tiada dalam syariat islam.
5) Menceritakan tentang aib pemerintah di tempat awam adalah dilarang oleh Rasulullah.
6) Fatwa kotemporari yang dikeluarkan oleh ulama besar dunia adalah demonstrasi terhadap pemerintahan kafir bukan kepada pemerintahan islam. Ini adalah khas kepada umat islam yang ditindas oleh penguasa kafir. Contohnya, wajib umat islam melakukan demontrasi terhadapa israel bagi mempertahankan diri setelah ditindas dan untuk menunjukkan kepada dunia yang mereka ditindas.
7) Suasana berbeza dengan Malaysia, masih lagi wujudnya ruang-ruang musyawarah dan diplomasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan pemimpin. Pemerintah malaysia bukan kafir malah beragama islam dan mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan juga mengerjakan haji.
8) Kebanyakkan demontrasi adalah berbentuk kepentingan seseorang ataupun sesuatu kumpulan. Untuk mencapainya mereka ini menghasut orang-orang ramai yang sememangnya jahil dalam hal-hal agama untuk melakukan demontrasi. Ada juga mereka yang beragama tetapi terlalu taksub terhadap sesuatu kumpulan mahupun individu tertentu.
9) Demontrasi yang dilakukan oleh orang-orang melayu yang beragama islam sebelum merdeka adalah tamsilan kepada perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Inggeris yang menindas agama dan bangsa. wajib mempertahankan diri setelah dianiya.
10) Tunjuk perasaan ataupun demontrasi jalanan adalah manifestasi kepada ketidakpuasan hati dan perasaan. Cara untuk mengelakkan manifestasi perasaan yang buruk dan bertentangan dengan syariat adalah dengan ilmu. Ilmulah yang menentukan baik dan buruk sesuatu perkaran bukan perasaan.
11) Tunjuk perasaan yang dilakukan di kawasan perdagangan akan menyebabkan berlakunya kelumpuhan ekonomi, peniaga-peniaga akan rugi, kesesakan lalu lintas, dan sebagainya. Siapakah yang akan menanggung dosa yang telah mereka lakukan terhadap peniaga-peniaga, ambulans yang mambawa pesakit dan bomba dalam perjalanan untuk memadam kebakaran selepas terkandas dalam kesesakan lau lintas ini? Adakah penganjur demontrasi ataupun pengikut yang mengikuti secara membuta tuli.
12) Ada perbezaan antara demontrasi di malaysia dan thailand yang berlaku baru-baru ini. Thailand sebuah negara bukan islam, tetapi malaysia sebuah negara islam. Bila wujudnya islam, cara kita berbeza dengan thailand. Kalau tahiland buat demontarsi jalanan sehingga melumpuhkan ekonomi dan sistem pentadbiran, cara islam bukan demikian, we have our own way to settle it down but not demonstration.
Jangan kita jadikan kepentingan diri dan kumpulan melebihi kepentingan agama, ini akan memberikan banyak kecelaan pada imej agama kita yang suci...
Islam itu indah, tetapi yang merosakkan keindahan islam itu adalah orang islam sendiri....
Kita mesti ingat kezaliman pemimpin juga asasnya daripada kezaliman rakyatnya...jika baik rakyatnya maka baiklah pemimpin itu....kerana pemimpin itu juga asalnya rakyat...
Taatlah kepada ALLAH, dan taatlah kepada Rasul, dan ulil amri minkum.......
JIKA KITA SAYANGKAN ISLAM KITA MESTI MERUBAHKAN PEMIKIRAN KITA, ISLAM MENGALAKKAN SYURA, DIPLOMASI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH. JANGAN KITA MENGGUNAKAN MANHAJ KHAWARIJ DALAM MENYELESAIKAN MASALAH....
AMIN....
11 December 2008
DEMONTRASI BUKAN JIHAD, TAPI MAKSIAT??? PART 2
Posted by NIVYANFAZZA at 3:38 PM
Labels: Idealisme dan isu semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

5 comments:
dah lama cokodok tak singgah kt sini..
punyala cokodok menunggu entri terbaru penulis
akhirnya da jua
bagi cokodok, demonstrasi tu adalah suatu teknik yg digunakan masa dato onn utk dpt kemerdekaan. n kini dipopularkan olh anwar masa reformasi. dkrg [un digunakan olh anwar n parti keadilan (hindraf pun ala seangkatan la dgn keadilan tu).
bila ada rapat umum, baru kerajaan amik perhatian isu yg diperjuangkan. dah lama org2 oku minta dinaikkan gaji n berikan lbh peluang pekerjaan. tp bila diorang buat rapat umum, baru kerajaan bg perhatian.
dgn itu, it became a mindset to malaysian, buat rapat umum, baru kerajaan dengar.
so slh sape? it was encouraged by our government.
this is my opinion though.
kita meniLai dengan iLmu bukan dengan perasaan~~
Salam WUFI
Persoalan demo yang dilakukan di Malaysia tidak syarie atas dasar kita dipimpin oleh pemerintah Islam. Persoalannya, Islamkah negara kita atau kita ini negara Islam semata-mata? Atau juga mungkin Islam Hadhari yang retorik sahaja? Negara Islam tidak cukup hanya dipimpin oleh individu Islam yang BUKAN MUSLIM. Sekadar mengaku syahadah di lidah tanpa jatuh di hati dan diingkari dengan perbuatan, itu bukan IMAN namanya. Justeru, penilaian kita melihat diri pemimpin yang ada hari ini. Adakah setelah lebih 50 tahun mereka 'memiskinkan' kita dengan ideologi sekular, menyebabkan kita buta hati menilai intan dan permata? Dalam hukum Fekah, semua benda/perkara yang wujud di dunia ini hukumnya adalah harus. Situasi dan keadaan akan menentukan berasaskan Qias, Ijmak, dan Fatwa ulama. Siapalah kita ini di hadapan ALlah?
belum terjawab samada melakukan demonstrasi adalah suatu jihad ataupun tidak..
saya rasa penulis menyatakan, disebabkan kita ni negara islam n pemimpin kita islam (samada dia beriman ataupun tidak, hanay Allah yang tahu, bukan kita amnusia yang kerdil utk menilai-saya rasa)amat tidak patut utk melakukan demonstrasi.
the question here is simple:
isit wrong to do demonstrasi or not?
terima kasih kepada semua yang memberi pendapat..
penulis lontarkan persoalan ini adalah kerana penulis melihat demonstrasi ini sebagai suatu yang tidak patut dilakukan....kerana ianya bukan sahaja mencemarkan maruah pemimpin islam malah agama islam itu sendiri...memang betul saudara/i cekodok, Dato' Onn melakukan demonstrasi, tapi kita harus ingat di sini, Dato' Onn melakukan demonstrasi kepada penjajah Barat yang jelas kekafirannya bukan kepada pemerintah islam, maka demonstrasi di sini adalah perlu...
untuk menentukan samada islam, beriman dan sebagainya seseorang pemimpin mahupun manusia itu adalah hak Allah untuk mentukannya, bukan urusan kita untuk menilai....persoalan syurga dan neraka juga hak Allah....
pernah berlaku pada zaman Rasulullah, semasa satu peperangan antara muslim dan kafir quraisy (penulis lupa nama perang tersebut), ada seorang sahabat mengangkat pedang untuk membunuh musuh yang telah membunuh sahabat yang lain, tetapi musuh tersebut telah mengucapkan kalimah syahada, sahabat mahu membunuhnya tetapi Rasulullah menghalangnya kerana...
tetapi sahabat tersebut mengatakan bahawa musuh itu mengucap kerana takut kepada pedangnya...apa jawapan rasulullah? adakah kamu belah hatinya, dan melihat ikhlas atau tidak islamnya itu?....cukup indah peribadi Rasulullah...
jadi apabila islamnya seseorang anak Adam itu, beriman atau tidak hanya Allah yang menentukan..
penulis setuju dengan ungkapan syuhadah dzarawi..penilaian dengan ilmu bukan dengan perasaan....
Post a Comment